Monday, October 24, 2011

Najib disabotaj isu Aziz?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagihttp://mstar.com.my/archives/2011/10/21/mstar_berita/aziz%20bari.jpg berdepan pilihan raya umum ke-13.

Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat".

Misalnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Apakah hanya kerana mempunyai pandangan berbeda tentang sejarah perjuangan kemerdekaan negara, maka mahkamah terpaksa dipilih untuk mengadili Mat Sabu, dan bukannya melalui perdebatan, perbahasan atau dialog?

Terkini, tambah membebankan Najib apabila pakar undang-undang perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari, digantung tugas dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebabkan pandangan beliau terhadap isu yang berkaitan dengan bidangnya.

Gejala ini bukan perkara baru. Sebelum ini ramai tenaga akademik menerima surat amaran daripada pentadbiran universiti ekoran pandangan atau kenyataan akhbar yang dilihat menimbulkan "kegemparan", walaupun ia menyentuh bidang kepakaran atau hasil penyelidikan mereka.

Hanya kerana isu jerubu melanda negara atau masalah sosial generasi muda, yang ditimbulkan oleh pensyarah dalam bidang berkenaan, mereka boleh mendapat "surat cinta" dan terpaksa "menutup mulut" kemudiannya. Ada juga pensyarah sains politik yang ditegur kerana bercakap dengan pihak akhbar mengenai tuntutan bertindih dengan negara jiran.

Justeru, golongan cendekiawan kita semakin bersendirian, tinggi di menara gading, terpisah dengan realiti masyarakat, ibarat "mati di pucuk". Mereka seperti dilarang menyumbang idea dan menyalur pandangan bernas terhadap pergolakan atau konflik di persekitaran. Waduh ... bukan saja malang berganda tetapi juga membazirkan wang rakyat.

Ternyata, kebebasan akademik dan hak bersuara warga kampus dinafikan serta dicabuli pentadbiran (baru) UIAM. Reaksinya, seperti diduga, merata dan merebak dengan cepat. Suara simpati dan sokongan terhadap Aziz segera tumpah di mana-mana, terutama di laman sosial, facebook.

Dalam waktu singkat, selepas sehari Aziz digantung tugas, aksi protes melalui demonstrasi berjaya digembleng, di UIAM sendiri. Anak-anak muda, mungkin sebahagiannya anak murid beliau, bingkas bangun bersuara lantang. Selama ini kampus Gombak itu tidak pernah mengizinkan kelompok mahasiwa pro-Umno menerajui gerakan pelajarnya.

Ia juga difaktorkan oleh kewibawaan dan keberanian Aziz, yang diakui ramai. Malah beliau pernah membidas keras Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan polemik dalam parti. Suatu bukti Aziz bersuara tanpa takut, tanpa segan.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang juga prof madya undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, Akta Hasutan sendiri membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Baginya, Aziz semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan. Menurut Azmi, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan - secara langsung atau tersirat - yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Prof Madya Dr Rosli Mahat turut melahirkan rasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang dikenakan terhadap Aziz.

"Aziz seorang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dari Universiti Oxford, London, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras: "Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Ia tindakan mengampu dan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran."

Secara peribadi Aziz mudah didekati, tidak lokek idea, dan sebagai pengamal media, saya begitu senang sekali dengan minat mendalamnya terhadap dunia penulisan dan penerbitan. Lebih 10 tahun lalu, semasa saya menerbitkan majalah Detik, Wasilah dan siri akhbar tidak berkala di Medan Idaman, tidak jauh daripada kampus UIAM Gombak, Aziz agak kerap mengunjungi pejabat Penerbitan Pemuda.

Selain bertukar-tukar fikiran dan cerita, Aziz cukup prihatin dengan mutu bahan penerbitan kami. Lebih mengujakan, ziarah beliau bersama-sama bahan yang kami boleh manfaatkan. Bukan sekadar kritikan membina, tetapi juga tulisan yang boleh dikongsi pembaca.

Lama sebelum komentarnya terhadap Sultan Selangor, bicara Aziz menampakkan beliau benar-benar independen. "Selepas Prof Jomo KS ke PBB, saya lihat satu-satunya tokoh pemberani di kalangan ahli akademik adalah Prof Aziz Bari. Hairan ya, dia seperti tidak takut langsung untuk bersuara," kata seorang sahabat lama dari Skudai, Johor.

Saya kira tekanan ke atas pentadbiran UIAM untuk mengambil tindakan ke atas Aziz bukan semata-mata disebabkan kenyataan terakhirnya itu. "Dendam" ini sudah lama meruap. Pihak tertentu hanya menunggu masa sesuai untuk "memerangkapnya".

Apa pun, yang pasti, episod gelita ini bukan sahaja meninggalkan kesukaran berpanjangan buat Najib tetapi telah menggagalkan usaha tungkus-lumusnya membina imej baru BN menjelang PRU13. Tokoh sehebat Aziz tidak rugi apa-apa jika disingkirkan. Peluangnya terbuka luas di tempat lain.

"Soalnya, apakah ini petanda jelas ada perancangan untuk sabotaj Najib daripada dalam? Generasi muda dan masyarakat kelas menengah terkesan dengan isu Aziz Bari ini," kata seorang editor kanan, yang mengakui hairan dengan tindakan drastik UIAM itu.
Baca Seterusnya......

Sunday, October 23, 2011

Memartabatkan kedudukan pembangkang: Menanti tindakan kerajaan Pakatan

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya cenderung untuk melihat sisi positif senario politik negara pasca pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan penamhttp://myharakah.net/images/others/ahmad_lutfi_othman.jpgpilan barisan pembangkang yang lebih bertenaga, sehingga menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, dan penguasaan Pakatan Rakyat ke atas lima negeri.

Ya, satu titik perubahan sejarah (historical watershed) telah tercipta, lebih dikenali sebagai tsunami politik dan situasi siasah negara kita pasti tidak sama lagi selepas ini.

Kewujudan oposisi yang kuat dan berkesan, dengan jumlah wakil rakyat lebih ramai dan berketrampilan, termasuk di negeri yang dimenangi Pakatan (Umno-BN cuba belajar untuk menjadi pembangkang berkesan), merupakan fenomena menarik dalam sistem demokrasi.

Dalam demokrasi, pembangkang menjadi prasyarat terpenting untuk menghidupkan "sistem terbaik" bikinan manusia ini. Pemerintah bukan sahaja harus menghormati-meraikan suara dan pandangan berbeda, tetapi perlu memartabatkan kedudukan pembangkang.

Bagi pengkaji politik, kematangan perjalanan pilihan raya yang adil dan bebas pada sesebuah negara, antaranya ditunjukkan melalui peralihan kuasa yang stabil di antara parti-parti yang bertanding. Justeru, Malaysia yang masih diterajui BN sejak merdeka, dengan tekanan berterusan ke atas pembangkang, dilihat tidak mengamalkan demokrasi tulen.

Tulisan saya minggu lalu, yang menyimpulkan "rakyat untung bila oposisi kuat", mahu menekankan manfaat besar yang dinikmati sekiranya sistem dua parti dapat dirintis dan disuburkan. Mana-mana parti pemerintah akan sentiasa berasa diperhati dan dihakimi daripada dekat kerana pada bila-bila masa kedudukan mereka boleh diganti. Mereka tidak boleh lagi sewenang-wenangnya memperbodohkan rakyat atau menganggap diri dan kelompok sahaja yang betul dan benar.

Suara rakyat, yang dianggap gema keramat, kini sukar untuk diremehkan, apatah lagi undi yang diperolehi gabungan parti yang menang pun, seperti BN pada Mac 2008, hanya mewakili sekitar 51 peratus. Maknanya kerajaan hanya mewakili sebahagian rakyat. Justeru, sebarang pembentukan polisi awam, dasar-dasar utama atau rancangan penting kerajaan perlu melibatkan pelbagai sektor masyarakat, termasuk mengambil kira kritikan pembangkang.

Kewujudan masyarakat sivil yang ditonjolkan melalui penyertaan aktif badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan pendesak makin merancakkan lagi sistem demokrasi. Tambahan pula ruang awam untuk perdebatan isu-isu berkepentingan ramai diperluaskan dengan kemajuan menakjubkan ICT, yang memunculkan media baru dan kuasa siber. Saluran maklumat tidak lagi boleh dimonopoli.

Suara-suara sumbang seperti pernah dizahirkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, misalnya slogan "pembangkang sifar" hanya akan diketawakan generasi muda yang celik politik. Hujah bahawa negara tidak memerlukan pembangkang ataupun tohmahan oposisi hanya merencatkan pembangunan negara -- apatah lagi suara pembangkang yang dikaitkan dengan pelbagai istilah negatif seperti pengkhianat, tidak patriotik, antinasional, malah dituduh subversif -- sudah boleh dibenamkan dalam-dalam.

Hinggakan Dr Mahathir Mohamad sendiri, menjelang kempen PRU12, walaupun atas motif peribadi untuk memalukan Perdana Menteri ketika itu,Abdullah Ahmad Badawi, turut menegaskan bahawa barisan pembangkang perlu diperkasakan. Mahathir berkempen di seluruh negara menyerang Pak Lah; saya turut mengikutinya ke Taman Melewati, Petaling Jaya, Alor Setar dan Kota Bharu. Secara tidak langsung, Mahathir mahu bilangan oposisi lebih ramai dan suara mereka diperkuatkan. Dan pengundi menyambut seruan Mahathir itu dengan positif sekali, terutama masyarakat Tionghua, dalam PRU13.

Secara peribadi, saya tidak begitu bersetuju dengan tanggapan bahawa penyokong kerajaan (termasuk di dalam sidang Dun negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat) juga boleh memainkan peranan berkesan sebagai pembangkang yang konstruktif. Biarlah fungsi "membangkang" itu dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh pembangkang. Usah merendahkan tugas mereka yang penting itu.

Prof Dr Aziz Bari pernah menyentuh soal ini: "Sebagai pengikut dan penyokong parti yang memerintah, penyokong kerajaan tidak akan mengemukakan soalan yang memalukan kerajaan. Mereka akan bermati-matian mempertahankan kerajaan hatta sampai ke tahap menegakkan benang basah.

"Dan mereka tertakluk kepada ketua whip; penyokong kerajaan akan bercakap dan mengundi mengikut telunjuk whip mereka. Dari perspektif rakyat, pembangkang adalah lebih baik kerana ia boleh mengkritik dasar-dasar itu habis-habisan dan mungkin boleh menggantikan dasar itu dengan dasar lain jika mereka dapat membentuk kerajaan. Mereka juga menggantikan kerajaan itu dengan cara menumbangkannya melalui undi tidak percaya."

Dari sudut lain, demi meraih populariti dan sokongan, parti pemerintah dan pembangkang akan sentiasa berlumba-lumba menawarkan yang terbaik buat rakyat. Mereka juga sedaya mungkin cuba memperbaiki kelemahan yang didedahkan seteru masing-masing. Tentulah akhirnya yang untung adalah rakyat. Bajet 2012 adalah contoh terbaik apabila BN dilihat mencedok banyak tawaran menarik Pakatan Rakyat, yang kemudiannya menterjemahkan dalam bentuk insentif one-off.

Penduduk di negeri Pakatan juga mendapat keuntungan berganda. Kedua-dua kerajaan, negeri dan pusat, sentiasa mengambil berat kepentingan mereka. Dari sisi lain, badan-badan di bawah persekutuan, misalnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pihak polis akan lebih proaktif mengesan "salah laku" pemimpin kerajaan negeri Pakatan. Natijahnya, walaupun atas "dendam politik", namun kesannya tetap positif bagi memastikan perasuah tidak terlepas dan kemakmuran negeri dapat dikongsi bersama.


"Jika pemimpin Pakatan Rakyat, atau sebelum ini Barisan Alternatif dan Angkatan Perpaduan Ummah, tidak diserkup SPRM, saya yakin mereka benar-benar bersih. Berbeda dengan pemimpin Umno-BN, walaupun mereka tidak dihadapkan ke mahkamah, ataupun 'dibersihkan' oleh SPRM bagi menangkis tuduhan pembangkang, kemungkinan mereka terlibat dengan amalan korupsi masih tinggi," kata seorang pemerhati politik.

Sesungguhnya kedudukan pembangkang di negara ini harus dipertingkatkan dalam kadar segera. Paling penting mengubah persepsi atau tanggapan kolot mana-mana parti pemerintah bahawa pembangkang hanya menganggu urusan mereka ataupun merasakan oposisi perlu ditekan setiap masa.

Misalnya, kita harus mengkaji elaun dan kemudahan Ketua Pembangkang di Parlimen sekarang, sekurang-kurangnya biarlah setara dengan anggota Kabinet. Elaun ketua pembangkang kita jauh lebih rendah daripada setiausaha parlimen, apatah lagi menteri. Begitu juga di peringkat negeri, berilah kemudahan dan kelengkapan seperti seorang exco.

Menurut Dr Aziz, pembangkang di negara maju diberi peranan rasmi. Di United Kingdom, jika kerajaan disebut Her Majesty's Government, pihak pembangkanmg dipanggil Her Majesty's Opposition. Di sana ketua pembangkang turut diundang di dalam upacara-upacara negara.

"Di Australia, salinan laporan mengenai perisikan keselamatan negara disalinkan kepada ketua pembangkang; ia tidak dianggap paria seperti di Malaysia. Para pemimpin seperti Lord Owen dan Lord Ashdown dilantik sebagai wakil Britain di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Malah secara tradisi di negara-negara maju, termasuk India, jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga diisi ahli Parlimen pembangkang, bagi mewujudkan suasana "semak dan imbang". Selangor merintis jalan dengan mencadangkan jawatan itu di peringkat negeri disandang Adun BN Sungai Burong, Mohd Shamsudin Lias. Malangnya beliau menolak atas alasan pelantikan itu bermotif politik.

Saya tidak pasti adakah cadangan sama pernah dikemukakan dalam sidang Dun Kelantan, Perak, Kedah dan Kelantan. Alangkah baiknya jika kerajaan negeri Pakatan menunjukkan teladan unggul dengan memartabatkan kedudukan pembangkang, termasuk dalam segi kemudahan, elaun, penghormatan, tempoh sidang Dun dan lain-lain lagi. Kerajaan Pakatan harus terlebih dahulu menghormati pembangkang (BN) di negeri masing-masing dengan meraikan mereka dengan cara yang lebih baik.

Saya teringat keluhan seorang wakil rakyat PAS di Selangor sekitar tahun 2000, reaksi kepada tindakan PBT yang tidak menyediakan ruang parkir khas untuknya di kawasan bangunan majlis perbandaran berkenaan. Saya harapkan insiden seumpama itu tidak berlaku di era Pakatan memerintah, malah menyerlahkan lagi sikap terbuka meraikan kepelbagaian.

II.

Banyak pihak bimbang majlis Himpunan Sejuta Umat, 22 Oktober ini, yang bertujuan meningkatkan kewaspadaan tentang wujudnya serangan terhadap aqidah umat Islam, termasuk kristianisasi, akan diperalatkan untuk kepentingan politik kelompok tertentu.

PAS yang selama 60 tahun usianya istiqamah mempertahankan aqidah ummat daripada pelbagai gugatan dan serangan -- sehingga ditohmah mencetuskan situasi "kafir-mengkafir" -- tiba-tiba dilihat berada di kandang tertuduh. Seolah-olah jika ia tidak menyertai himpunan itu maka akan dituduh melepaskan prinsip perjuangan atau tunduk kepada parti sekutu dalam Pakatan.

Tidaklah sukar untuk ditelah motif politik individu seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan Ezam Mohd Noor, serta usaha terancang untuk melaga-lagakan PAS dengan rakan-rakannya yang menerajui kerajaan negeri Selangor.

Menyedari Azmi Abd Hamid, merupakan pengerusi bersama himpunan tersebut, ramai teman-teman bimbang -- tokoh yang berjuang tanpa mengira penat-lelah dan sakit-payah seperti Cikgu Mi akan diperalatkan.

Namun, selepas membaca emelnya, petang Selasa lalu, saya berasa lega, sekali gus mengkagumi bicaranya, yang turut merangkumkan pemikiran sekularisme dan perkauman assobiyyah sebagai gugatan terhadap aqidah, selain gerakan evangelis Kristian.

Tegasnya, himpunan itu "tidak akan dibenarkan dihijack oleh golongan yang berkepentingan politik dan beragenda melaga-laga antara kaum dan penganut agama mahupun antara parti politik." Dan bagi saya, kenyataan Cikgu Mi itu memudahkan PAS untuk membuat pendirian rasmi pada malam 18 Okt lalu.

Baca Seterusnya......

Umno sedia terima hudud daripada hidup tanpa rasuah!

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Siapa dapat menolak hakikat bahawa Umno-BN meraih kuasa dan kemudiannya mempertahankan takhta melalui prosehttp://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2011/01/umno-rasuah.jpg?w=389s "pembelian undi", dasar "patron-client (politik penaung-dinaung)" dan "rasuah" yang sudah berakar-umbi sejak zaman berzaman serta sukar untuk dicerai-tanggalkan lagi.

Boleh anda bayangkan Umno tanpa rasuah, salahguna kuasa, pembolotan kekayaan negara, monopoli tender projek yang memberi pulangan lumayan?

Maaf cakap, pada hemat saya, Umno mungkin lebih bersedia menerima pelaksanaan hukum hudud daripada hidup tanpa korupsi dan nepotisme. Ya, hudud seperti diamalkan di Arab Saudi dan Pakistan ...

Justeru, biarpun Umno kalah di Kelantan sejak 21 tahun lalu, namun dengan agihan projek daripada pusat yang sarat dengan elemen habuan rasuah kepada setiap hieraki kepimpinannya di sana, parti itu masih nampak bertenaga. Malah, rasuah yang membusuk dalam usus Umno itu akan sentiasa menjadi penghalang daripada mereka kembali bertakhta di Kelantan.

Begitu juga dengan keadaannya di negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat; talian hayat Umno bergantung kepada naungan kerajaan persekutuan, yang turut melimpahkan materi untuk terus "merasuahkan" pengundi dengan niat untuk mengembalikan kuasa. Semangat kesukarelawanan sudah pupus. Lagi pun apa lagi yang mahu "diperjuangkan", 'kan?

Sekali lagi saya bertanya, bolehkah anda bayangkan bagaimana Umno mahu survive tanpa mendakap erat amalan rasuah, tumbuk rusuk atau makan suap itu? Bagi saya, tidaklah sukar untuk membayangkan masa depan Umno jika talian hayatnya itu diputuskan, terutama apabila kerajaan persekutuan bertukar tangan dan Putrajaya diambil alih.

Organisasi Umno sendiri akan menjadi pincang, tempang dan lumpuh jika tidak "dilicinkan" oleh "wang rasuah", yang disalurkan secara rasmi atau tidak rasmi, melalui tabung politiknya, yang dikutip "secara profesional" daripada sumber dana awam.

Bukan berita mengejutkan kita mendengar jutaan ringgit terpaksa "dilaburkan" untuk calon-calon yang bertanding di peringkat bahagian, apatah lagi pusat, memilih saf kepemimpinan Umno. Jawatan dalam parti menjanjikan keistimewaan, sama ada menduduki posisi dalam kerajaan, syarikat berkepentingan kerajaan GLC, pihak berkuasa tempatan (PBT), selain peluang meraih kekayaan melalui penganugerahan tender projek-projek kerajaan.

Soal berapa ramai pemimpin Umno dicekup SPRM, seterusnya didakwa di mahkamah dan akhirnya kebanyakan mereka dibebaskan, bukanlah isu besar. Dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), terbitan Jabatan Perdana Menteri, halaman 154, dicatatkan: "Pendakwaan yang berjaya terhadap individu yang berkuasa juga jarang berlaku, menyebabkan orang ramai percaya bahawa kami melindungi ahli politik dan individu yang mempunyai hubungan politik."

Mengenali agensi pencegahan rasuah daripada dekat sejak lebih 10 tahun lalu, dengan pengalaman saya membuat pelbagai aduan rasmi membabitkan orang kenamaan (VIP), sudah cukup untuk membuktikan bahawa banyak kes salahguna kuasa bukan saja boleh terlepas, malah tidak mampu pun untuk dihidu SPRM. Mungkin ada kes dilihat salah daripada segi moral dan etika, tetapi "dibenarkan" oleh undang-undang.

Tidak keterlaluan apabila ada pihak secara sinis berkata: "Sistem sedia ada telah menternak perasuiah-perasuah besar." Malangnya, Pelan Integriti Nasional 2004 yang diharap berupaya menjadi formula penyelesaian terbaik masih belum mendatangkan hasil. Konsep integriti belum membudaya dalam diri atau personaliti, apatah lagi dalam sistem dan institusi.

Projek-projek kerajaan, khususnya yang bernilai dan berprofil tinggi, masih diuruskan secara tender rundingan, misalnya pembinaan Istana Negara yang baru. Bukan saja kos projek melambung tinggi daripada harga siling, malah kontraktor kroni yang dipilih langsung tiada pengalaman. Selepas mendapat kritikan hebat, kini banyak projek dianugerahkan melalui proses tender terhad (bersaing sesama suku-sakat) -- bukannya tender terbuka -- sedangkan ia masih terikat kuat dengan amalan kronisme dan pilih kasih.

Justeru, saya tertarik untuk melihat pembentangan bajet 2012 daripada aspek ini. Apakah ruang dan peluang rasuah, penyelewengan perolehan serta ketirisan yang selama ini menghanguskan RM28 bilion setiap tahun, telah ditutup ketat? Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat juga mencatatkan, tiga kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

Usahlah tersilau dengan "kemilau" pelbagai insentif one-off, namun perhatikan juga habuan yang dibolot para kroni dan suku-sakat elit pemerintah, misalnya siapa yang mendapat kontrak pembinaan infrastruktur, penjenamaan semula projek yang gagal, pelepasan cukai kepada kerabat.

Misalnya, kes pemaju hartanah di KLIFD, yang projeknya bernilai RM26 bilion, telah diberikan pelepasan cukai sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun. Pada kadar cukai korporat 25%, sebanyak RM1.3 bilion wang rakyat, yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negara, akan bolos begitu sahaja ke tangan kroni.

Dengan itu, saya cukup bersetuju dengan penekanan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, 10 Oktober lalu: "Belanjawan 2012 ini tidak lebih daripada senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan. Ratusan bilion akan dibelanjakan semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat."

Benarlah apabila Anwar merumuskan: "Belanjawan 2012 menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan."

Baca Seterusnya......

Bersih 3.0 jawapan terbaik, tandatangan Najib dan Awang Sariyan

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Memang membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga. Namun, apalah pilihan yang ada kephttp://paaduu.com/wp-content/uploads/2011/07/bersih3.0.jpgada parti-parti pembangkang di negara ini. Tumpuan kini terpaksa dikerahkan untuk menyediakan padang permainan sama rata dan peraturan gelanggang yang lebih adil, berbanding persiapan untuk "bertarung" itu sendiri.

Segala kelebihan memihak parti pemerintah yang menguasai kerajaan persekutuan, yang menguasai segala sumber, jentera dan kemudahan, dan dengan itu boleh merencana serta melaksanakan apa juga taktik kotor untuk memintas Pakatan Rakyat.

Ketika kempen penerangan pihak oposisi bertembung pelbagai kesukaran, misalnya pemberian permit, kemudahan lokasi, sabotaj ketika berceramah, dan dinafikan liputan media, pada masa yang sama Umno-BN bukan sahaja terus selesa menguasai saluran televisyen, radio dan akhbar harian, malah mereka turut mengambil alih posisi "pengadil permainan".

Begitulah yang sering berlaku selepas mereka dikejutkan dengan keputusan pilihan raya yang memeranjatkan. Lihatlah operasi jahat selepas PRU 1999, khususnya persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pendaftaran pemilih. Pengalaman kehilangan kuasa, meskipun setakat peringkat negeri, cukup memeritkan Umno.

Pastinya kita belum lupa tragedi di Terengganu sehingga kerajaan PAS ditumbangkan pada 2004. Senarai daftar pemilih cukup meragukan. Ramai yang mengundi lebih daripada sekali dan bertebaran "pengundi hantu". Khabarnya, kini bekas Menteri Besar, Idris Jusoh, terlibat dalam perancangan menawan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, khususnya Selangor, melalui "kaedah Terengganu" itu.

Ketika rakyat tidak puas hati dan marah dengan sistem demokrasi yang pincang, disusuli dua kali demonstrasi besar-besaran di ibu kota, terbaru 9 Julai lalu, rupanya ia tidak cukup untuk menyedarkan pemerintah bahawa mereka perlu lebih serius dan jujur melakukan reformasi besar-besaran ke atas proses pilihan raya. Kalau pun ada perubahan, ia sekadar percubaan kosmetik untuk mengelirukan tanggapan umum.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 - bersihkan senarai pengundi, reformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minimum 21 hari, perkukuh institusi awam, hentikan rasuah dan tamatkan politik kotor - seperti tidak dipedulikan. Macam-macam daleh dijadikan perisai.

Kuasa mewajarkan segalanya buat Umno. Apatah lagi bagi orang seperti Najib Razak dan Noh Omar yang mengetuai Umno Selangor. Khazanah negara dipunggah semahunya untuk bekalan "membeli dan menyogok pengundi" dalam PRU13, tetapi sebelum itu, jalan pintasnya terbentang luas dengan memanipulasi senarai pemilih, terutama di kawasan yang menyaksikan BN kalah tipis. Di Selangor, sasarannya adalah kerusi Dun majoriti Melayu.

Ya, perit sekali menyertai pilihan raya di sebuah negara sedang membangun yang begitu rendah ranking ketiga-tiga indeks penting, iaitu demokrasi, kebebasan akhbar dan rasuah, seperti Malaysia. Usaha Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Exco Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat, untuk membuka ruang demokrasi lebih kondusif wajar dipuji.

"Jika konspirasi Umno bersama SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), dengan kerjasama pihak polis ini tidak dapat kita gagalkan, saya rasa BN dapat tawan balik Selangor. Dan BN pun nampak confident," kata seorang AJK PAS Pusat.

"Daripada kita menunggu sehingga selepas PRU13 untuk sekali lagi berarak di jalan raya, dan mungkin sudah terlambat ketika itu, kerana dibimbangi amarah rakyat sukar dikawal, maka adalah lebih baik kita cetuskan Bersih 3.0 sekarang," saya mencadangkan.

Berdasarkan komen anak-anak muda dalam facebook, saya perhatikan mereka cukup kecewa dengan siri pendedahan tidak berkesudahan tentang skandal Mykad dan juga sindiket pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

"Itu yang baru kita temui, entah macam-macam lagi konspirasi jahat Umno yang belum terdedah, apa ditunggu lagi? Bersih 3.0 jawabnya," tulis seorang bekas pemimpin mahasiswa. "Ya, banyak lagi kaedah yang mereka gunakan, dan sebahagian besarnya mungkin dibenarkan undang-undang. Tengok sajalah begitu ramai yang Umno daftarkan sebagai pengundi baru tahun ini," saya membalasnya.

Anak-anak muda yang tidak berpuas hati itu mereka merujuk berita serbuan Pemuda PAS Pusat yang mengepung 240 pendatang asing, yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih di sebuah resort di kawasan sekitar Putrajaya baru-baru ini. Kegiatan itu dikatakan berjalan rancak sejak akhir September lalu dan dibimbangi berterusan hingga Disember ini, dengan andaian PRU13 mungkin Februari atau Mac 2012.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti wujud pergerakan bas-bas yang membawa pendatang asing - yang didakwanya untuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi - yang dikesan berlaku hampir setiap hari.

"Kita memang ada bukti sahih, kita ada sumber dalaman yang mengesahkan ia melibatkan 10 hingga 15 buah bas. Modus Operandi itu dibuat secara terang-terangan membawa pendatang asing dengan bas," katanya, sambil menambah pendatang berkumpul di beberapa lokasi antaranya Paya Jaras, Hentian Sungai Buloh dan Hentian Serdang. Awal tahun ini PAS Selangor pernah menyerbu dua tempat berasingan dan menemui bukti.

Operasi seumpama itu bukan perkara baru. Ia pernah dilakukan di Sabah, terutama bagi menjatuhkan kerajaan PBS. Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman khabarnya pernah mengesahkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu dikeluarkan di Sabah untuk tujuan pilihan raya.

Amat wajar sekali lagi tekanan ke atas SPR dan pemerintah diteruskan, kempen seluruh negara dipergiatkankan, dan pendedahan disebarluaskan, namun cukupkah sekadar itu? Pemimpin Umno akan bersikap "pekak badak" menunggu PRU13 bagi menjayakan misi mereka.

Harakah turut diasak untuk memainkan peranan lebih proaktif menangani kemelut meruncing ini. "Takkan kita nak biarkan disembelih hidup-hidup begitu saja, seperti berlaku 2004, di Terengganu dan Kedah. Harakah kena fikirkan sesuatu," seorang pembaca mendesak.

Saya dapat menduga jawapan yang dikehendakinya tetapi belum mampu mengungkapkannya lagi ...

Bagaimanapun, seorang lagi pembaca dari Kedah mengingatkan dalam emel, sambil minta saya siarkan dalam kolum ini: "Janganlah kita terlalu sibuk melayan kerja jahat Umno-SPR-JPN sehingga melupakan tugas asasi mendekati rakyat akar umbi. Wakil-wakil rakyat kita mesti turun padang, jangan sombong, usah peraga kehidupan mewah, bantu orang susah yang meminta, ringan tangan berbakti.

"Jangan guna alasan takda peruntukan untuk elak menyantuni orang. Cari dana kebajikan walaupun sedikit. Di negeri Pakatan, mudahkan orang ramai mendapatkan bantuan, termasuk daripada kerajaan pusat. Sekali lagi, jangan ego dan besarkan diri."

II. Tanda tangan Najib dan tender rundingan


Fokus Fikrah kali ini menumpukan isu ketirisan dalam pelaksanaan pembangunan negara. Di sebalik riuh-rendah tawaran dan insentif one-off dalam belanjawan 2012, isu kegagalan sistem penyampaian perlu diketengahkan. Tidak sedikit projek yang diumumkan bajet terdahulu, sama ada gagal ataupun masih belum dilaksanakan.


Ketirisan dalam projek masih berlaku, terutama semasa pelaksanaan projek RMK10. Masih banyak projek-projek besar masih dikendalikan secara tender rundingan, sekadar contoh Institut Kemahiran MARA, Institut Kanser Negara (IKN), Istana Negara dan Malaysian Institute of Aviation Technical (MIAT).

Kontroversi pembinaan Istana Negara tidak perlu diulang lagi, dengan kos awal melebihi RM1 bilion, sehingga menyebabkan Ketua Pengarah Kerja Raya Prof Ir Judin Abd Karim tersingkir. Kos IKN berjumlah RM700 juta, manakala MIAT, RM150 juta.

Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi dilihat memberi sokongan kepada kontraktor kroni melalui tandatangan beliau dan mengarahkan Kementerian Kewangan memberikan projek kepada kontraktor berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga tidak berpuas hati dengan insentif RM3,000 kepada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang telah tamat kontrak. Kedua-dua agensi itu berperanan sebagai agen Umno tetapi menggunakan wang rakyat sepenuhnya.

Saya cuba meninjau laman web Jasa, yang diketuai Fuad Hassan. Dalam kenyataannya sebagai Ketua Pengarah, beliau berkata: "Adalah menjadi harapan saya agar seluruh jentera keluarga besar Jasa berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan (baca Umno-BN) melalui gagasan 1Malaysia."

III. Awang Sariyan dan bahasa supranasional

Ucapan tokoh bahasa, Prof Dr Awang Sariyan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya, 11 Oktober lalu menarik perhatian saya. Ketika polemik PPSMI masih cuba ditimbulkan pihak tertentu dan kedudukan bahasa Melayu terus terpinggir di negeri sendiri, penegasan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China ini perlu direnung.


Dalam syarahannya itu, beliau menggariskan enam perancangan berkaitan dengan taraf dan peranan bahasa Melayu. Dr Awang menekankan keperluan peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam pelaksanaan dan penguatkuasaannya.

"Amatlah ironis halnya apabila penguatkuasaan undang-undang pembuangan sampah yang tidak menentu dan kesalahan lalu lintas, misalnya, diberi perhatian, tidak pula undang-undang melanggar peruntukan Perlembagaan negara yang berkaitan dengan dasar bahasa atau akta pendidikan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama tidak diberi perhatian sama sekali," ujarnya.

Mengenai taraf dan peranan bahasa Melayu, beliau berkata, mana-mana pengecualian yang tidak munasabah tidak harus wujud lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya pengecualian penggunaan bahasa Melayu dalam sistem kehakiman dan ekonomi (termasuk perdagangan).

Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia ini seterusnya mencadangkan penubuhan jabatan atau unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar bahasa, terutama dalam bidang pentadbiran.

Beliau turut menyentuh langkah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional, iaitu bahasa serantau dan bahasa antarabangsa, yang tidak terikat oleh batas geopolitik. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa, khususnya dalam zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya.

Menyinggung peranan penting DBP, beliau mahu kepemimpinannya terus kreatif dan inovatif dalam gerak kerjanya, bukan mengurangkan atau menghentikan kegiatan dan projek.

"Penghematan berbelanja dalam pelaksanaan projek bererti halus dan teliti dalam cara berbelanja, tetapi tidak harus sampai tidak berbelanja untuk projek-projek yang penting untuk kemajuan bahasa, sastera dan ilmu semata-mata kerana hendak memberikan kesan kepada tuan politik bahawa pemimpin DBP pandai berhemat, tetapi sebenarnya tidak memenuhi amanah menjayakan misi memajukan dan mengembangkan bahasa dan persuratan negara," tegasnya, yang juga bekas pegawai kanan DBP.

Baca Seterusnya......

Bajet Santa Claus, cabaran Buku Jingga dan 19 ilmuan Islam

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Bahang pembentangan Bajet 2012 masih terasa hangatnya. Semua pihak mengakui ia satu lagi percubaan Dato' Seri Najib Razak untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. Belanjawan itu dihasilkan bukan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi negara yang meruncing, tetapi dirumuskan semata-mata untuk mengekalkan kuasa BN.

Bagi Najib, bajet adalah senjata terakhir untuk menyanggah tawaran Pakatan Rakyat melalui belanjawan alternatif 4 Oktober lalu dan Buku Jingga, atau sekurang-kurangnya bagi mewujudkan 'feel good factor' walaupun segala jaminan yang dikemukakannya boleh memberi impak negatif kepada negara. Pertimbangan utamanya adalah mengekalkan kuasa. Segalanya diperkakaskan untuk matlamat itu.

Isu-isu kritikal seperti peningkatan inflasi, melebarnya jurang kaya-miskin, pertambahan hutang awam sehingga RM456 bilion, terperangkap dalam regim pendapatan rendah-sederhana, pergantungan kepada pekerja asing, ketirisan dalam sistem penyampaian, silap keutamaan yang membawa kepada pembaziran, dan isu monopoli, tidak ditangani secara serius dan bijaksana.

Justeru, ada pihak menyamakan Najib seperti Santa Claus yang tiba dua bulan lebih awal daripada hari krismas. "Kedatangannya bukan setiap tahun seperti Santa Claus, tetapi lima tahun sekali menjelang pilihan raya. Apa pun, mungkin kehadirannya ini buat kali terakhir," kata seorang teman sambil ketawa kecil.

Sepintas lalu, dalam beberapa aspek, bajet Najib dilihat mencedok pakej tawaran Pakatan Rakyat, namun falsafah atau asas yang mendasarinya jauh berbeza. Mungkin sebahagian rakyat, terutama kakitangan awam dan golongan berpendapatan rendah tersilau dengannya, tetapi secara peribadi saya mengharapkan pelaksanaannya sampai tepat kepada sasaran terutama bayaran one-off.

Lambakan wang tunai ekoran one-off ini memang dikritik, dibimbangi merangsang kenaikan kos hidup yang sedia tinggi sekarang, namun bantuan kepada rakyat yang memerlukan seharusnya dialu-alukan tetapi ia sepatutnya dibuat secara berterusan melalui pakej lebih menyeluruh. Bukan seperti ingatan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar: "Nikmat sekejap, sedap sesaat." Belum pun insentif one-off diterima rakyat, harga barangan dapur terus meningkat.

Sesungguhnya perbelanjaan wang rakyat haruslah dilakukan secara berhemah. Kerisauan tentang defisit, hutang dan kecenderungan kerajaan BN berbelanja lebih disentuh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Parlimen membahaskan bejat: "Angka yang dipersembahkan kononnya untuk beri gambaran keadaan defisit dan hutang terkawal, sedangkan kita sedia maklum tabiat BN membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun ... seperti pada 2010 dan 2011."

Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK negara. Pendapatan rakyat setiap bulan sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang rumah kereta dan rumah. "Masih ada golongan pekerja yang diperlakukan seperti khadam dan dibayar gaji di bawah paras kemiskinan," dedah Anwar.

Anwar turut mengkritik peruntukan tinggi sehingga 78 peratus untuk belanja pengurusan, manakala belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial semakin mengecil. 11 kementerian utama diperuntukkan wang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan lebih kecil.

Malah belanja operasi melonjak 12% di Jabatan Perdana Menteri dan 15% di Kementerian Kewangan, kedua-duanya di bawah Najib, dan bagi Anwar, "ini bertentangan dengan desakan rakyat agar PM mengurangkan pergantungan beliau kepada juru runding luar negara dan pakar media yang mahal dan mengenepikan pendapat pimpinan penjawat awam."

Bekas Menteri Kewangan itu turut menegur potongan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran: "Perbelanjaan operasi dipotong 3% sementara perbelanjaan pembangunan dipotong 28%. Sebab itu, rakyat tidak teruja dengan pengumuman yuran sekolah rendah dan menengah akan dihapuskan kerana jelas penghapusan ini akan dibiayai melalui potongan peruntukan yang lain.

"Keadaan ini tidak ubah seperti Belanjawan 2011 bila mana Perdana Menteri secara senyap-senyap memotong peruntukan operasi pendidikan sehingga bilangan hari di asrama dan peruntukan lain dikurangkan. Makanya, rakyat akan tetap menanggung kos pendidikan yang dibayar kepada pihak sekolah, sama ada melalui sumbangan PIBG atau pelbagai bayaran lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi."

Dalam pada itu, saya tertarik dengan ulasan 19 cendekiawan Muslim, yang menggelarkan diri mereka "sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair" mengenai bajet. Antaranya termasuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Maszlee Malik, Dr Zahazan Muhammad dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

"Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut bajet 2012 dengan perasaan bercampur-campur," kenyataan mereka bertarikh 8 Oktober dipetik.

Mereka turut bimbang dengan bajet yang kekal defisit dan peningkatan hutang. Dalam kenyataan bersama itu, mereka menyokong 24 item dalam belanjawan 2012. Manakala 10 item lain "sokongan bersyarat" dengan cadangan beberapa penambahbaikan, misalnya mengenai saluran bantuan yang wajar dikendalikan secara Islam, pemberian permit teksi individu, sistem pengangkutan di bandar dan risiko harga maksimum skim pinjaman rumah pertama.

Selain itu, mereka memberi kritikan terhadap 17 item lagi, di antara lain: Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama persekutuan; peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan; peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing tidak diberi perhatian sama sekali; sekuriti dan isu keselamatan rakyat tiada peruntukan mencukupi; peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan Kedai IMalaysia yang 40% lebih rendah dari harga pasaran; serta cadangan pertambahan kadar keuntungan cukai harta tanah.

Mengenai bantuan one-off RM500 kepada isu rumah berpendapatan sebulan RM3000 dan ke bawah, mereka menegaskan: "Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam."

Saya memandang positif usaha ilmuan dan pendakwah ini serta mengharapkan komitmen berterusan mereka untuk terus menyumbang idea dan saranan bagi kebaikan bersama.

Baca Seterusnya......

Oposisi kuat, rakyat untung

Oleh Ahmad Lutfi Othman
lutfi_detik@yahoo.com

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Belanjawan 201 berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkannya sebagai “belanjawan pilihttp://4.bp.blogspot.com/-0lcpxlUvzDk/TnuF59fCA5I/AAAAAAAAAaY/UlXh6DvG4Go/s1600/budget-2012-najib-tun-razak.jpghan raya”. “Kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kepada mereka ... bila election nak diadakan? Bila?” soalnya kepada wartawan.

“Jelas ia merupakan helah pi lihan raya,” kata Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam ba jet itu dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat. “Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka,” katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salah urus dan pembaziran tidak ditangani.

Tiada siapa dapat menafikan, bahawa apa sahaja gerak-tindak Dato’ Seri Najib Razak mutakhir ini, pasti sarat dengan motif dan tujuan politik. Apatah lagi eventhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA-yxrjKfm_HWyIvHqVGH-EKyeuvH66LzzM_wDtFI8q39pLO8H-fE_t4iLeLWyklqHAlEGQElkrz7Tw5HPnanD8BFovP8XzKIVCvjXlduWoeYDsUmL6B1CTjsKsTm9RbzgHZdCPwDdiwA/s1600/najib+bajet+2012.jpgse hebat pembentangan bajet, yang menjadi tumpuan seluruh rakyat, malah ia dianggap ucapan terpenting di Dewan Rakyat setiap tahun, tambahan pula Parlimen dijangka dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Apa pun istilah yang mahu dikaitkan, sama ada “bajet pilihan raya”, “bajet gelabah”, “bajet tiruan” mahupun “bajet cedok”, bagi saya, yang lebih penting ada lah manfaat yang akan diraih rakyat terbanyak.

Biarlah parti-parti politik bersaing secara sihat, berdebat dalam iklim demokrasi yang makin se gar, menuju pembentukan sis tem dua parti yang matang, yang mustahak, natijah akhirnya harus memberi keuntungan kepada setiap warga.

Contohnya, jika ucapan Mohamad Sabu mengenai pejuang ke merdekaan dan peristiwa Bukit Kepong 60 tahun lalu tidak dipersepsikan secara negatif oleh Utusan Malaysia (dengan dorongan strategis Umno-BN dan pihak po lis), saya yakin nasib bekas pe rajurit tidak akan mendapat per hatian serius pihak kerajaan. Mungkin pusara mereka yang terkorban di Bukit Kepong juga terus tidak terjaga.

Dan terbukti, dalam bajet Jumaaat lalu, kebajikan bekas anggota keselamatan merupakan antara yang menjadi prioriti. Najib mengumumkan, bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dhttp://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/mat-sabu-sept12.jpgan balu.

Apakah anda yakin bantuan ini terfikir oleh kerajaan jika tidak timbul kontroversi Mat Sabu dan “Sabuisme”nya itu? Sekiranya pembangkang kekal di takuk lama, sekadar memanaskan persidangan Dun mahupun Parlimen, tentunya kita terpaksa menunggu masa lebih lama untuk melihat pelbagai perubahan atau langkah transformasi dilakukan kerajaan.

Tanpa suara desakan rakyat yang kuat, khususnya yang dilaungkan melalui siri demonstrasi besar-besaran di tengah ibu kota, usah berharap ISA dan PPSMI dimansuhkan, begitu juga dengan langkah penambahbaikan sistem pilihan raya.

Kalau pengundi di Sabah dan Sarawak tidak membuktikan mereka sememangnya benar-benar men jadi penyelamat kepada BN da lam PRU12, janganlah bermimpi pemimpin Pusat akan memberi lebih perhatian, dan wakil-wakil rakyat di sana pula tidak akan menjadi “anak emas” yang sentiasa diperhatikan rengekan mereka.

Tidak terkecuali, sekiranya Pakatan Rakyat tidak mengemukakan “belanjawan bayangan” lebih awal daripada pembentangan Najib, atau pihak pembangkang tidak berjaya menampilkan keupayaan dan kemampuan untuk menggugat kedudukan BN, seperti dhttp://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/10/Belanjawan-Sejahtera-Rakyat-2012.gifizahirkan pada Mac 2008, saya percaya tidak akan berlaku “perebutan untuk melakukan kebaikan” bagi menunjukkan kepa da rakyat, siapa yang lebih pri hatin dengan degup jantung masyarakat bawahan. Berulang kali dinyatakan, PRU13 adalah pertembungan paling sengit, bagi menentukan sia pa bakal menerajui kerajaan.

Se panjang 54 tahun merdeka, ne gara belum pernah menyaksikan pilihan raya yang mana pengundi benar-benar “mempunyai pilihan” seperti yang akan kita ha dapi tidak lama lagi. Justeru, setiap undi walaupun daripada sektor paling kecil, pasti menjadi perkiraan setiap parti yang bertanding.

“Semua parti kini menjadi begitu kalkulatif, cukup ‘berkira’, dan tidak boleh meremehkan apa jua faktor, meskipun dilihat kecil, apatah lagi kesan atau impak daripada bajet 2012,” kata seorang pemerhati politik. “Bagaimanapun, saya kira rakyat lebih cerdik dan matang untuk membuat penilaian.

Najib dan BN belum lagi dapat melangkah ke zon selesa ha nya kerana bajet yang banyak menawarkan faedah kepada rakyat ini,” tambahnya.

Malaysian Insider memetik ulas an pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin yang berkata walaupun bajet yang diumumkan memberi faedah kepada rakyat, namun ia bukan penentu BN akan terus menerajui negara pada PRU13.

“Ia memanglah bajet tentang pilihan raya umum kerana semua dapat habuan masing-masing, kalau kita lihat kakitangan awam da pat bonus, pesara, warga emas, pemandu teksi juga dapat. Ia adalah bajet pilihan raya tapi ia bukan penentu khttp://www.ibnukhusairy.com/wp-content/uploads/8e924f2424ce35032439a0ee4559_grande.jpgerana ia masih bergantung kepada saat-saat akhir sebelum pilihan raya umum tapi perkara ini boleh menjadi satu perkara yang baik kepada BN,” katanya.

Pandangan hampir sama dilon tarkan penganalisis politik Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani: “Ia bu kan penentu tapi kalau ki ta lihat ia positif kepada rakyat teruta manya golongan sederhana yang menjadi majoriti pengundi dan yang paling utama adalah kakitangan awam dan ia akan beri tempias positif kepada BN.”

Saya sendiri kurang pasti bagaimana bajet ini dapat membantu golongan rendah dan pertengahan berdepan dengan kegawatan peningkatan kos sara hidup yang berterusan. Dengan pengumuman bonus, kenaikan gaji, bayaran one-off dan beberapa insentif lain, dijangka ia akan disusuli kenaikan harga barangan, yang membebankan rakyat keseluruhannya, ter utama yang tidak dapat menyerapnya kerana mereka tidak termasuk dalam golongan yang menerima faedah langsung bajet.

“Saya rasa pelik bila media sudah tidak bising lagi walaupun har ga ayam mencanak tinggi.

Apakah fenomena kos barangan dapur naik ini sudah dianggap biasa dan tidak perlu diperjuangkan lagi? Kasihanilah kami orang bawahan,” demikian panggilan tele fon yang saya terima dua bulan lalu. Pemanggil mahu Harakah dan PAS prihatin dengan kesusahan rakyat ekoran kenaikan barangan keperluan harian.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar semasa mengulas bajet, mengingatkan: “Te tapi apa yang saya bimbang, banyak bantuan itu bersifat oneoff. Apakah jaminan bahawa bantuan ini tidak akan ditarik balik selepas ini?”

Kekhuatiran serupa dilahirkan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: “Kita tidak tahu apakah ia hanya diberikan setiap tahun atau hanya lima tahun sekali.

Hanya masa pilihan raya saja bagi, lepas itu tak ada bagi lagi. Bukan macam negeri Pakatan Rakyat, setiap tahun kita bagi tak kira ada pilihan raya atau tidak.”

Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, turut menyinggung bantuan one-off ini: “Tak cukup de ngan bantuan one-off. Lebih pen ting ialah kukuhkan institusi supaya pehttp://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2010/12/yb-tian-chua-mp-batu-4-405x270.jpgmbahagian harta negara ini lebih telus dan adil. Kita juga tekankan kecekapan institusi kerajaan di mana rasuah dapat dikurangkan dan ketirisan di kurangkan. Ini tidak banyak di tekankan dalam bajet Perdana Menteri, contohnya pengukuhan SPRM, Suhakam, dan kehakiman. Ini tidak disebut.”

Dalam hal ini, saya teringat luahan rasa tidak puas hati Najib terhadap sikap rakyat yang dilihat tidak mengenang budi atau berterima kasih terhadap segala bantuan BN. Masa yang sama Najib, dalam satu program politik di Selangor, merungut apabila melihat rakyat lebih menyanjung bantuan kecil daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Perkara sama turut diluahkan Dato’ Seri Noh Omar, timbalan Najib di Selangor. Najib dan Noh seolah- olah hairan mengapa rakyat teruja dengan bantuan kerajaan Pakatan yang nilainya jauh lebih kecil berbanding sumbangan Kerajaan Pusat. Masakan tidak, bantuan RM100 Pakatan untuk setahun diingati rakyat tetapi bantuan pusat RM300 sebulan dianggap sebagai hak.

Dan saya yakin, situasi hampir sama mungkin dihadapi Najib dengan pembentangan Najib ini.

Rakyat yang melihat bagaimana pemimpin Umno-BN, kroni serta suku-sakat mereka mengaut keuntungan besar daripada projekprojek kerajaan, khususnya yang diumumkan http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/09/Cincin-Rosmah1.jpgdalam bajet, semakin meluat dengan tindakan tamak itu. Dan jangan lupa karenah dan gelagat Rosmah Mansor yang “memualkan” itu.

“Rakyat hanya dapat kuah dan tulang, sedangkan elit politik sapu segala isinya,” itulah suara hati rakyat. Bayangkan berapa banyak “keuntungan atas angin” yang dikaut melalui projek pembinaan jalan, pembinaan infrastruktur dan lain-lain atas nama kemudahan untuk rakyat.

Kos projek tidak lagi kompetitif dan ketirisan meleleh di manamana apabila tender terbuka tidak dijalankan. Di peringkat negeri, menteri besar ataupun ketua menteri bertindak bagai pengerusi lembaga tender, yang mengagihkan tender sesuka hati. Cubalah ta nya pengalaman Dr Khir Toyo atau apa yang dilakukan Dato’ Seri Mohd Ali Rustam sekarang.

“Lutfi, cuba kau bangkitkan isu gaji minimum yang langsung tak disentuh Najib. Lagi satu, apa sudah jadi dengan janji-janji kemudahan awam yang efisyen. Ju ga tentang bebanan hutang ne gara, kini dah melebihi RM450 bi lion. Anak muda kini pula ramai men jadi muflis kerana berbelanja melebihi kemampuan,” seorang te man mengomel.

Ya, rupanya ma sih banyak isu yang belum ditangani bajet.

II

Mengingati anugerah khas PAS buat Pahlawan Umat, Dr Burhanuddin Al-Helmy, saya terbaca puisi khas Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said:

Tapak yang Luhur
(Istimewa buat Dr Burhanuddin
Al-Helmy)

Bertapak atas batas yang luhur
bersumpah lidah sufi tersohor disedarkannya lara bangsa
waja diranghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj91t8rmdvv2RUou4Tu2_wSUi5PguFF9C9i-fDwmr16rk0jiktD9BoCJXn4sXTS3txbaY-2moGHb_K3xsaLHadBa1oD3H-PeMinboIuO9uCKQV9fy16rq3FCVPIqi1xfPHgqw4zwHJmDsRK/s1600/pak-samad005.jpgsang tepis
membantah.

Awal lagi semangat bernyala dihembus bara merdeka
bangsa.
Pagi ke malam berjuang tegap
di tengah rakyat gigih bersikap.

Bersilat atas bumi yang subur
bisik bersikap qalbu sejujur
menyala unggun zaman yang
garang
membakar tekad cekal
berjuang.

Bersama bangsa bangkitlah ia
tegas perkukuh asas merdeka.

Sambil membelek koleksi puisi SN Usman Awang, saya terpandang sajak ditujukan khusus buat gandingan Burhanuddin, iaitu Dr Zulkifli Mohamad:

Bintang di Langit Zaman (Zulkifli dalam kenangan)

Hanya semalam baru dijulang kemenangan harum
direnggut mengejut ketika teman dan lawan merasa
kagum
meninggalkan terkulai dua hati yang masih muda
untuk berteriak dan
memanggil-manggil nama
yang telah tiada
.....

Begitu pendek nafas ini
berdetik dalam usia hidup
setiap manusia dalam
perjalanan ke pintu maut
tapi kematian seorang berjasa lebih memberi erti
kerana kematian itu sendiri
menyebabkan ia tidak mati
seperti sekarang kita menyebutnyebut
namanya, dan ia
telah menjelma menjadi
bintang bersinar di langit zaman.

A Samad Said

Baca Seterusnya......

Fasa kedua 60 tahun PAS

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kongres Sambutan 60 Tahun PAS yang berlangsung pada 1 Oktober lalu di Pulau Pinang memang meriah dan bersejarah. Hadirin, saya kira 30,000 orang, sebahagiannya di dalam Dewan Milenium "berlagu lutut" pada majlis Rapat Umum Perdana di sebelah malamnya.

Pekan Kepala Batas sesak teruk. Saya terpaksa perlahan-lahan menapak agak jauh dari tempat letak kereta. Ramai lagi yang berpusing-pusing mencari parkir. Mujur perut sudah diisi nasi kandar di gerai berdekatan.

(Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di majlis Rapat Umum Perdana, sempena sambutan 60 tahun PAS, 1 Oktober.)

Seusai program, jam 12 malam, sekali lagi terpaksa menunggu lama disebabkan laluan kereta tersekat di celah-celah rumah kedai, 2km dari lokasi ceramah.

Di sebelah paginya, mood kongres nampak ceria dan bersemangat. Ucapan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan penganugerahan tokoh buat "putera terbaik Melayu", Dr Burhanuddin Al-Helmy menyuntik inspirasi baru buat petugas parti. Cerita mengenai kegigihan, istiqamah, ketekunan dan ketabahan berdepan tribulasi dan rintangan berpanjangan di atas jalan dakwah.

Yang nyata, selepas Mohamad Sabu menimbulkan kontroversi Mat Indera, berbicara tentang sejarah (apatah lagi mengenang jatuh bangun parti) sudah mampu menarik perhatian umum dan memaku tumpuan.

Saya sendiri melihat kongres itu memberi makna tersendiri, sehingga menggagahi juga turun jauh ke utara. Muktamar PAS pun bagi saya tidak seistimewa itu. Jun lalu, meskipun Taman Melewar tidak begitu jauh dengan kediaman saya di Bukit Ampang, saya tidak bersedia untuk bersesak di persidangan tahunan PAS.

Sayang, pengisiannya pada hanya sebelah pagi, dan tiada ruang untuk penyertaan aktif daripada perwakilan. Hanya ada dua pembicara, Dato' Kamarudin Jaffar dan Subky Abd Latif. Ramai yang mahukan sambutan 60 tahun itu diraikan di peringkat akar umbi, di seluruh negara, dan mengaitkannya dengan persiapan PRU13.

Semasa berucap, Ustaz Abdul Hadi kelihatan sebak sewaktu menyebut nama-nama Yang Dipertua Agung atau Presiden PAS sebelumnya. Dengan suara tersekat-sekat, beliau menyeru seluruh ahli PAS bersedia menyerahkan diri kepada perjuangan menegakkan agama Allah seperti yang ditunjukkan pemimpin terdahulu.

"Marilah kita menjadi seperti mereka yang tetap jatidiri, tidak mengubah haluan, tidak menebuk bahtera, malah melajukan perjalanan bahtera mencapai keredhaan Allah untuk menang di dunia dan menang di akhirat," katanya.

Pidato tengahari naib-naib presiden, Husam Musa dan Mahfuz Omar lebih menekankan keupayaan parti menempuh cabaran mendatang, dengan memanfaatkan pengalaman silam.

Husam membentangkan data-data menarik tentang PRU13, khususnya bagi menjayakan pelan kemenangan menguasai Putrajaya. Exco Kanan Kerajaan Kelantan ini menarik perhatian peserta dengan ungkapan "minda berkerajaan dalam PAS", yang dilihat mampu meletakkan parti Islam itu sebagai peneraju kerajaan alternatif berdasarkan pengalaman memerintah negeri.

"Bagi 60 tahun akan datang, PRU13 adalah sebahagian dari barometer yang penting. Kongres ini dianjurkan tepat menjelangnya tarikh penting itu. Terpulang kepada ahli sama ada mampu melonjak PAS seribu langkah ke hadapan dan memundurkan lawan kita seribu langkah ke belakang dalam pertarungan penting untuk meletakkan perjuangan kita ke persada utama negara," rumus Husam.

Mahfuz, yang berapi-rapi berucap, mengimbau konsep Melayu Raya yang diperjuangkan Burhanuddin, dan mahu ia dikembangkan dalam bentuk Malaysia Raya, dengan asas Islam yang kukuh. Baginya, fasa 60 tahun kedua PAS perlu dimantapkan lagi, terutama selepas terbukti Umno makin tersepit dengan asakan kesedaran rakyat yang ditunjangi PAS.

Sebelumnya, Tok Guru Nik Aziz menyampaikan tazkirah tentang hal-hal asas seperti solat dan membaca al-Quran, yang dikaitkan dengan pengalaman PAS berdepan pelbagai tekanan, termasuk mengharamkan simbol bulan bintang. Beliau juga menyentuh polemik hudud.

Tok Guru mengharapkan, satu hari nanti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan muncul sebagai "Parti Islam Se-Dunia" (PAS). Keuzuran sememangnya tidak pernah menghalang Tok Guru untuk terus menyampaikan nasihat, yang pastinya cukup bermanfaat buat bekalan melalui jalan berliku dalam perjuangan suci ini.

Tazkirahnya membekas di hati; ya, Tok Guru memang tiada duanya. Peringatannya begitu menyentuh biarpun mengulas tema biasa dalam kehidupan.

Sementara menunggu pidato umum malamnya, semasa menjamah nasi kandar di pekan Kepala Batas, seorang yang mengenalkan dirinya sebagai pembaca setia Harakah, merapati saya. "Bang, saya minta sangat-sangat, tolonglah tulis tentang penagihan dadah terutama di kampung-kampung, yang cukup tenat sekarang," nada suaranya cukup serius, di antara merayu dan mendesak.

"Bangsa kita punah kalau macam ini. Kerajaan dan polis memang tak serius tangani masalah dadah. Betul. Undang-undang berat pun tak guna kalau pelaksanaannya longgar," tambahnya. Beliau bercerita panjang, penuh emosi dan sekali lagi menggesa Harakah menimbulkan isu ini.

Sebenarnya hari itu, saya diasak satu lagi isu yang "membingungkan" apabila terbaca laporan Berita Harian, 1 Oktober, tentang kajian isu pembuangan bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM).

Kajian itu mendapati tiga daripada enam remaja berumur di antara 15 hingga 28 tahun, kebanyakannya lulusan universiti, melakukan hubungan zina. Seramai 1,922 daripada 5,016 responden yang diselidik mengetahui rakan mereka mengandung anak luar nikah. 76 peratus (3,812 responden) mempunyai rakan yang pernah menonton video lucah.

Semasa singgah di Taiping, tengahari Ahad, 2 Oktober, untuk menziarahi makam Pahlawan Umat, Dr Burhanuddin, di Masjid Lama Taiping, dan pusara Mat Indera, di Kg Jambu, tidak jauh daripada situ, kemelut gejala sosial yang membarah itu masih menganggu fikiran saya.

(Pak Akob [kiri] menunjukkan nisan pusara Mat Indera. Tulisan namanya masih timbul dengan jelas walaupun dikebumikan pada Januari 1953.)

Bagaimanapun, pelbagai cerita yang dikongsi daripada setiausaha masjid, Mohd Zamhuri Baharim dan penjaga kubur Mat Indera, Yaakob Din, dapat meringankan sedikit "sakit kepala" saya. Sayang kami tidak dapat memenuhi jemputan makan tengahari PAS kawasan yang disampaikan Bashir Ahmad, pegawai khas Dato' Seri Nizar Jamaluddin untuk Dun Sepetang.


II.

Selain pengumuman tawaran menarik oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan Alternatif 2012 kepada media, 4 Oktober lalu, beberapa penekanan yang dibuatnya elok juga diberi tumpuan.

Di antaranya, Anwar menekankan: "Golongan maha kaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus-lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan maha kaya ini seronok melancong dan berbeli-belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.

"Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35 peratus dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.

"Statistik rasmi dari kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca-merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.

"40 peratus rakyat Malaysia datang daripada isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. Tiga perempat dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya dalam negara (termasuklah golongan maha kaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% kekayaan negara.

"Angka ekonomi negara rendah-rendah belaka, kecuali kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan harga gula melonjak 66%, harga 1 kilogram ayam melonjak 37%; susu bayi, 26%; teh tarik, 25%; dan roti putih, 20%.

"Unjuran angka inflasi membayangkan jika keadaan ini berterusan sehingga 2015 akibat kegagalan BN mengawal harga barang, rakyat akan menanggung kos barangan harian yang melonjak 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%."

Justeru, rakyat tiada pilihan selain bertindak menukar kerajaan. Pembolotan khazanah kekayaan negara mesti dihentikan. Rasuah yang membarah bagai tiada kesudahan. Undang-undang tidak mampu menyekat keserakahan nafsu pemimpin Umno-BN dan suku-sakatnya.

Pengalaman saya mengikuti beberapa kes rasuah berprofil tinggi membuktikan bahawa peluang untuk melakukan salahguna kuasa hanya dapat ditutup melalui undang-undang yang berat, penguatkuasaan yang tegas dan integriti diri yang tinggi.

Begitu banyak ruang dan peluang salahguna kuasa yang tidak mampu dikesan oleh undang-undang, apatah lagi dengan realiti Malaysia Boleh!

Dalam masa sama, Dato' Seri Najib Razak tentu tidak akan melepaskan peluang semasa membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini, bagi menarik sokongan kepada BN. Pastinya ia bajet terakhir sebelum PRU13 dan usah terkejut dengan tawaran-tawaran itu nanti.
Baca Seterusnya......

Hudud, PPSMI dan Memali

Oleh Ahmad Lutfi Othman
SAH, isu hudud telah dipolitik kan. Umno dan media ber bahasa Melayu yang dikawalnya, melalui siri serangan sejak dikecewakan dalam pilihan ra ya 2008, terus menekan PAS ba gi menggahttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/memali.jpg?w=180&h=240mbarkan parti Islam itu tunduk kepada DAP. Targetnya tetap satu, ingin menjauhkan pengundi Melayu da ripada PAS.

Manakala bagi parti komponen bukan Melayu BN, terutama MCA dan media berbahasa Inggeris, yang dikejarnya adalah penonjolan komitmen PAS untuk terus melaksanakan hudud, bagi menjarakkan pengundi bukan Islam dengan PAS, sekali gus memalitkan imej buruk kepada sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.

Sambutan Hari Hudud di Kelantan bukan perkara baru, tetapi kali ini Umno melihat ia boleh dimomokkan menjelang PRU13.

Untuk pilihan raya yang pa ling sengit dalam sejarah itu, apa sahaja isu akan dieks ploit, walaupun tan pa sedar akhirnya ia memerang kap Umno sendiri.

Malah bukan mengejutkan jika selama ini Umno seperti mahu me letakkan dirinya sebagai pihak yang “begitu terkilan” jika PAS “me lepaskan” prinsip perjuang an Is lamnya. Perhatikanlah, bagaima na riuh-rendahnya media Umno ji ka melihat agenda Negara Islam tidak lagi dicatatkan dalam manifesto PAS.

Ya... sayang sungguh Umno dengan perjuangan Islam PAS rupanya! Namun, kini Umno agak gelisah selepas dijelaskan bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Sya riah II Kelantan 1993 ke atas orang Islam (yang di luluskan sidang Dun Kelantan menurut prosedur yang betul dan menepati kehendak sistem de mo krasi), terikat dengan komitmennya pula.

Pelbagai seminar, diskusi, forum, wacana dan ceramah tentang enakmen hudud diadakan setiap tahun. Lagi pun, sebelum kedatangan British, undang-undang Is lam adalah undang-undang utama (law of the land) di Tanah Melayu, seperti Undang-Undang 99 Perak dan Hukum Kanun Melaka.

Ia bukan sesuatu yang asing dan ganjil de ngan masyarakat kita. Di Kelantan, dalam kerangka sistem sedia ada, tanpa perubahan total, enakmen syariah ini boleh diusahakan dengan kerjasama Umno di peringkat persekutuan.

Apa lagi daleh Umno untuk lari daripada tanggungjawab ini? Untuk membolehkah Mahkamah Syariah membicarakan keskes hudud, sekurang-kurangnya per lu memansuhkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), yang menyekat mahkamah ber kenaan daripada membicarakan jenis-jenis kesalahan yang bo leh dihukum dengan hukuman lebih berat. (Hukuman maksimum sekarang adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan). Hudud memang merupakan tun tutan atau hasrat rakyat Kelantan, kata Prof Dr Abd Aziz Bari, selepas membuat tinjauan ke negeri itu dan mendengar sentimen akar umbi, di samping berbincang dengan MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apabila MCA mengugut akan ke luar BN jika Umno mahu melaksanakan hudud, saya tergelak kese orangan. Bila pula Umno mele takkan hudud sebagai agenda yang dihasratkannya? Malah tiada pun kesungguhan untuk membuka seluas-luasnya pintu ke arah ke baikan dan menutup ruang kemaksiatan, iaitu situasi kondusif sebelum pelaksanaannya.

Dr Chua Soi Lek tidak perlu risau. Umno hanya mahu bermain politik dengan isu hudud. Selama ini langsung tiada inisiatif Umno bagi mewujudkan suasana selesa itu, termasuk mengadakan per siapan yang perlu. Masakan se lepas 54 tahun memerintah ne gara, belum nampak apa pun usaha serius untuk melaksanakan undang-undang syariah.

II.

Imperialisme linguistik Saya tertarik dengan kolum Sas terawan Negara ke-10, Dr Anwar Ridhwan, dalam Malaysiakini. Selain menyentuh isu-isu ba hasa dan budaya, beliau turut menyinggung polemik bahasa, mi salnya sama ada negara ini pernah dijajah Inggeris, atau hanya dinaunginya.

Saya kira pandangan bernasnya wajar dikongsi dengan audien yang lebih ramai. Dari sisi lain, kritikan berani beliau, sekurangkurangnya tidak meletakkan A Samad Said keseorangan, sebagai Sasterawan Negara, untuk tampil menjuarai isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Melalui tulisan terbarunya, yang menyentuh debat bahasa yang masih tidak berpenghujung, Anwar meng ungkapkan: “Dalam kon teks Malaysia yang kelihatan cen derung untuk tunduk kepada imperialisme linguistik bahasa Ingge ris, yang patut diperkasakan ia lah modul serta kurikulum subjek ba hasa Inggeris itu sendiri, bukan memparasit subjek-subjek lain – agar bahasa Inggeris yang dipelajari oleh anak cucu kita berkesan sebagai bahasa bagi tujuan fungsional atau profesional.

“Jika dasar PPSMI diteruskan, lama kelamaan akan timbul desakan agar lebih banyak subjek diajar dalam bahasa Inggeris. Pada hal jika subjek bahasa Inggeris itu kuat, dan modul serta kurikulumnya dapat di arahkan kepada tujuan fungsional dan profesional, ia tidak perlu mengambil subjeksubjek yang lain.

“Penerusan PPSMI yang akan meluas dari masa ke masa akan mengancam sekolah kebangsaan, kerana jika tidak dibendung mungkin wujud sekolah-sekolah bandar dengan PPSMI, dan sekolah- sekolah luar bandar, pedalaman, kepulauan dan Felda yang tanpa PPSMI. Ini akan menimbulkan jurang sosial yang berbahaya.”

III.

Memali dan bekas Ketua Polis Baling Nama bekas Ketua Polis Daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim,pada 29 September lalu, tiba-tiba menjadi popular.

Beliau yang terlibat dalam tragedi berdarah Memali, 19 November 1985, kini seperti mahu “membetulkan sejarah yang terpesong”. (Rupanya bukan saja sejarah penentangan terhadap penjajah dan kemerdekaan negara perlu ditafsir semula, malah peristiwa yang mengorbankan 18 nyawa, 25 tahun lalu itu juga wajar diteliti kembali).

Dalam bukunya Memali: A Po liceman Remembers, beliau me rumuskan bahawa pegawai atas annya di Bukit Aman untuk menangkap seorang tok guru, Ustaz Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Li bya sebagai ‘tidak bijak’ dan dibuat de ngan campur tangan politik.

Assyahid Ibrahim ditembak mati dalam percubaan kali kedua polis untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. (Beliau kini dikenang sebagai penentang utama ISA, bukan melalui memorandum atau demonstrasi, tetapi dengan darah dan nyawanya sendiri).

Muszaffar menulis, bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman, termasuk pemangku Ke tua Polis Negara ketika itu, sepatutnya tidak menuruti arah an daripada pe mimpin politik me reka dan me nolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis.

“Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada pe ringkat akar umbi,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Saya masih belum membaca bu ku karya adik Tunku Aziz, bekas aktivis Transparency International itu.

Apa pun, berdasarkan pengamatan langsung terhadap peristiwa hitam itu, yang pernah saya garap melalui dua makalah ringkas, Percikan Darah Syuhada dan Memali: Selepas 3 Tahun BN Bertaubat?, termasuk beberapa kun jungan ke Memali, kali pertamanya ketika mewakili Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Ma laysia sejurus selepas kejadian, maka pendedahan Muszaffar tidaklah mengejutkan.

Memali adalah isu politik dan sepatutnya diselesaikan melalui kaedah politik. Bayangkan natijahnya apabila pihak polis yang lengkap bersenjata berat dikerahkan bagi “merungkai” masalah politik Umno, khususnya di Ba ling.

Menteri Dalam Negeri, yang ju ga pemangku Perdana Menteri ketika itu, Musa Hitam turut me ngakui desakan parti mendorong beliau bertindak, seperti kenyataannya kepada media bahawa “he was criticised twice in the Umno general assembly for his seeming inaction with regard to these activities.”

Di Parlimen, sehari selepas ke jadian, Musa berkata operasi itu adalah untuk menangkap tiga “penjenayah” iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli Che Mid dan Yusuf Che Mid. Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur.

Namun, dalam pertuduhan ter hadap 34 orang yang ditahan ISA ekoran tragedi itu, mereka didakwa terlibat dalam aktiviti mengancam keselamatan negara dan ke giatan pelampau agama “bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang sah dengan ca ra revolusi bersenjata.”

Lebih detailnya, KDN menyebut alasan perintah tahanan ISA sebagai “bertanggungjawab menyediakan senjata merbahaya iaitu jamur, buluh runcing, molotov *****tail, anak panah, lastik ... untuk menggulingkan kerajaan Ma laysia secara kekerasan dan revolusi bersenjata.”

Dua minggu sebelum Muszaffar melancarkan bukunya itu, sa ya sem pat berbicara dengan se orang bekas pegawai tinggi tentera, di maj lis rumah terbuka Aidilfitri. Kami banyak menyentuh soal kontroversi Mat Indera dan pengikti rafan terhadap semua pejuang kemerdekaan.

Menyentuh soal banyak isu masa kini yang dipolitikkan, beliau me ngaitkannya dengan Memali: “Kenapa perlu se rang dan tembak? Kenapa tidak mengadakan kepungan sehingga melemahkan Ibrahim Libya dan orang-orangnya. Ji ka dikendali kan dengan baik, tan pa sentimen politik, mung kin tiada nyawa melayang.”

Baca Seterusnya......

Sunday, October 2, 2011

Ainuddin, Harakah dan polemik merdeka

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Baru - baru ini saya sempat menghadiri majlis pelancaran buku biografi Tan Sri Ainuddin Abd Wahid, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu, garapan Fatini Yaacob, yang disempurnakan Dato' Seri Najib Razak.

Saya turut ditemubual oleh penyelidik buku ini, pada Ogos 2009, selepas pertemuan yang dirancang Fatini di pejabat Harakah gagal berlangsung. Mungkin nama saya timbul ekoran kontroversi pemecatan saya pada 1986 dan pembabitan dalam gerakan pelajar 1985-86.

Ainuddin, yang popular dengan gelaran "bapa Tan Sri" oleh warga UTM, memang dikenali sebagai tokoh pendidik yang kental semangat Melayu-Islamnya. Seingat saya, ketika kampus lain kadangkalanya bergolak dengan bantahan pelajar Islam terhadap kegiatan mungkar dan maksiat, UTM tetap "aman damai".

Kampus Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) menjadi saksi bagaimana ketegasan Ainuddin membendung pengaruh budaya liar, dengan peraturan yang mungkin dilihat kolot, seperti tidak membenarkan aktiviti budaya membabitkan mahasiswi di atas pentas. Begitu juga dengan pengasasan subjek pendidikan Islam sepanjang kursus (setiap semester bagi tempoh tiga tahun untuk diploma dan lima tahun, ijazah).

Meskipun terpalit dengan beberapa isu seperti pemecatan pelajar purdah pada 1985 (semasa saya menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UTM) dan penyingkiran Ustaz Fadzil Mohd Noor (tanpa diberi peluang membela diri), namun jasa besarnya semasa mengetuai Maktab Teknik, bermula Ogos 1969, seterusnya bertukar nama Institut Teknologi Kebangsaan, 1972 dan UTM, pada 1975 tetap terakam kukuh dalam sejarah.

Ainuddin mungkin selamanya akan dikenang kerana "kedegilannya" mahu memastikan setiap anak Melayu diberi "peluang dan bimbingan" untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains. Masakan tidak, dalam masa lima tahun, beliau menggandakan jumlah pelajar Melayu daripada skala 10:90 kepada 90:10.

Malah ada rakan sebaya saya, yang mendapat keputusan SPM menghampiri gred tiga, tetapi masih ditawarkan pengajian di UTM dalam kursus sarjana muda (pelajar gred pertama pun lebih selesa mengikuti kursus diploma) dan beliau lulus sebagai jurutera lima tahun kemudiannya.

Meskipun bercanggah dalam beberapa isu tertentu yang diperjuangkan PMUTM, saya masih ingat, semasa bertemu Ainuddin di pejabatnya, kami lebih banyak berbicara soal masa depan anak-anak Melayu. Beliau terpaksa "berdegil" mempertahankan kuota pelajar Melayu walaupun diasak pihak menteri.

Ada kalanya beliau meluahkan rasa tertekan dengan kehendak orang-orang politik dan saya percaya tindakan pemecatan pelajar purdah pun disebabkan arahan langsung Perdana Menteri, yang ketika itu sebagai Menteri Pertahanan sering melintasi kampus UTM saban minggu.

Selepas saya keluar UTM, dan beliau telahpun bersara, saya mengunjunginya beberapa kali. Rumahnya tidak jauh daripada kediaman saya di Ampang. Kali pertama berjumpa, untuk mengadakan wawancara, selepas belasan tahun tidak bertemu, saya membawa senaskhah Harakah.

"Saya dah ada Harakah, jarang saya terlepas," katanya. Elok saya panjangkan kisah Ainuddin ini dalam kesempatan lain.

II.

Perdebatan isu sejarah kemerdekaan negara masih belum selesai. Perbahasan mengenainya berterusan. Sambutan pula di luar dugaan. Bayangkan, kalau dahulu program membicarakan soal sejarah cukup membosankan, kini hadirin memenuhi dewan!

Bermula kontroversi Mat Indera dan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, seterusnya pengiktirafan kepada setiap pejuang yang menentang imperialis, disusuli dakwaan Majlis Profesor Negara bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Pakar sejarah, Prof Dato' Mohamad Abu Bakar, buat kali kedua (pertama di Wacana Merdeka Universiti Malaya, kemudiannya di pejabat Sinar Harian), secara tidak langsung merakamkan penghargaan di atas peranan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang disifatkan sebagai fenomena "Sabuisme", kerana mencetuskan minat luar biasa kepada sejarah.

Bagi saya, biarkan saja debat ini. Biarkan masing-masing berhujah, mencari dalil, mengemukakan bukti, menyelongkar dokumen lampau. Ya, ia sesuatu yang positif dan dari satu sisi boleh memantapkan tradisi keilmuan.

Daripada bertelingkah hal remeh-temeh yang lain, bukankah lebih baik bergelut meneliti teks sejarah? Justeru, agak ramai tertarik dengan pandangan Dr Ahmad Kamal Ariffin Muhd Rus, melalui kertas kerjanya, "Status Negeri-Negeri Melayu Pada Era Pentadbiran British", yang saya kutip dalam tulisan minggu lalu.

Benar, pensyarah Jabatan Sejarah UM, yang cacat penglihatan itu, menampilkan dokumen dan fakta, sekali gus menyanggah dakwaan MPN. Tulisan 34 halamannya sarat dengan rujukan dan nota kaki, dimulai dengan penjelasan mengenai kategori negeri-negeri jajahan British.

Taktik licik dimulai oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Andrew Clarke melalui Perjanjian Pangkor 1874, yang memperluaskan pengaruh British ke Negeri-Negeri Melayu (NNM). Antara tahun 1874-1895, Residen British di empat NNM muncul sebagai orang paling berpengaruh.

Senario ini merupakan rangkaian penguasaan yang sememangnya distrategikan lantaran menjadikan NNM ini ditadbir bagao sebuah jajahan meskipun kononnya dari segi undang-undang NNM ini berstatus Negeri Lindungan British.

Rangkaian itu berjaya dibentuk memandangkan residen yang ditugaskan di NNM perlu bertanggungjawab kepada Gabenor British di Singapura dan gabenor ini pula perlu bertanggungjawab kepada Setiausaha Tanah Jajahan di Lindon.

Begitu juga dengan penguasaan Residen British melalui Majlis Mesyuarat Negeri (MMN); walaupun ditubuhkan sebagai Majlis Penasihat namun ia adalah badan legislatif dan eksekutif negeri, juga dalam kes tertentu bertindak sebagai mahkamah tertinggi.

Sultan tidak lagi dibenar mengeluarkan titah atau sebarang arahan pemerintahan di luar MMN. Sebarang perintah di luar MMN dianggap tidak sah. Satu cara digunakan residen bagi memastikan Sultan tidak mengeluarkan perintah di luar MMN ialah dengan menyimpan cap mohor Sultan di pejabat residen.

Cap mohor hanya boleh digunakan dengan izin residen. Fungsi dan perjalanan MMN juga dikawal oleh gabenor di Singapura. Terdapat kelulusan yang diberi perkenan Sultan diarah ubah oleh gabenor. Manakala kuasa eksekutif residen jeneral begitu besar sehingga menghakis kuasa MMN, apatah lagi Sultan.

Penubuhan Persidangan Residen-Residen British pada 1896, diikuti perjanjian 20 Oktober 1909 yang melahirkan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) memperuntukkan kuasa sebegitu luas kepada Pesuruhjaya British. Keahlian Raja-Raja Melayu dalam MMP tidak melebihi ahli biasa.

Baginda tidak mempunyai kuasa veto, tidak boleh mempengerusikan majlis, tidak diberikan undi kedua, tidak berkuasa melantik sebarang ahli, tidak boleh menentukan tarikh dan lokasi mesyuarat, tidak boleh menentukan agenda mesyuarat dan paling menghinakan ialah ketidakhadiran mereka tidak menjejaskan proses kelulusan undang-undang.

MMP menjadi instrumen sangat mustajab dalam memastikan segala keperluan kuasa dan kewangan yang diperlukan British dipenuhi. Misalnya pada 1912, ahli-ahli MMP berjaya dipengaruhi bagi meluluskan peruntukan $20 juga sebagai modal permulaan membina sebuah kapal perang untuk dihadiahkan kepada British.

Pada 1916, MMP digunakan bagi meluluskan undang-undang percukaian perang, bagi membantu Britain yang terbabit dalam peperangan di Eropah. Dalam tempoh 1915-18, MMP meluluskan 39 enakmen berkaitan perang.

Saya tidak bermaksud untuk menyendatkan minda anda dengan fakta-fakta sejarah. Sekadar mengungkapkan kembali tulisan Dr Ahmad Kamal, bagi menyerlahkan sikap sebahagian ahli akademik kita, seperti kata Prof Mohamad Abu Bakar, sebagai "pro-establisment professors yang akur terhadap segala apa yang diluahkan pemerintah".

Ayuh, berdebatlah dengan disiplin ilmu sebebasnya tetapi amatlah memalukan sekali apabila pandangan sarjana kita hanya dikeluarkan untuk menyokong penguasa, demi kepentingan sempit politik mereka.

III.

Sebagai wartawan-penulis yang berdepan langsung pelbagai tekanan pemerintah, khususnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), saya amat mengharapkan Perdana Menteri mengotakan janjinya, bukan saja memansuhkan ISA, juga menyediakan ruang kondusif untuk pengamal media.

Pindaan AMCP 1984 yang diumumkan pada malam Hari Malaysia, tidak menyentuh perkara pokok kebebasan akhbar. Isu utama seperti kuasa mutlak menteri (untuk melulus dan menolak permohonan, juga menggantung atau menarik balik permit) yang tidak boleh dicabar di mahkamah, penghapusan semakan kehakiman dan penyingkiran hak pendengaran belum disentuh.

Meskipun internet tidak dibatasi oleh AMCP namun tidak bermakna peraturan "lapuk dan karut-marut" itu wajar didiamkan sahaja. Rakyat perlu bersuara dan membantah; usah hanya menunggu akta drakonian ditelan sejarah secara semulajadi. Ahli-ahli politik pula mesti proaktif membenamkan semua undang-undang zalim.

Harakah antara akhbar paling teruk ditekan KDN, selain Suara Keadilan yang diharamkan terus. Syarat-syarat (terutama mengenai penjualan, pengedaran dan kandungan) yang dipaksakan ke atas Harakah memang bersifat "karut-marut" terutama dilihat dalam konteks dunia siber.

Tanpa sedar, syarat-syarat itu menyudutkan Harakah daripada dapat bersaing di atas padang permainan sama rata dengan akhbar milik Umno-BN yang lain. Bagi saya, untuk PRU13 ini, media tradisi seperti akhbar (apa lagi televisyen dan radion), masih kekal berpengaruh dan bakal menentukan siapa pemenangnya.

Sementara kami cuba memperbaiki penampilan dan kualiti Harakah, misalnya dengan mengemukakan "wajah baru" mulai edisi Jumaat 30 September 2011, penggerak parti wajar menyebarluaskan rangkaian pengedaran dan penyebaran akhbar-akhbar alternatif.

Saya mendapat maklum balas betapa masih banyak kawasan atau lokasi yang belum dijenguk Harakah, apatah lagi di Sabah dan Sarawak, yang dikira"simpanan tetap" BN. Begitu juga dengan kampung-kampung tradisi dan penempatan tanah rancangan, yang selama ini diakui kubu kuat Umno.

Selain mengharapkan inisiatif rasmi pihak pengedaran Harakah, saya beberapa kali menyarankan agar aktivis PAS memikirkan pendekatan praktik agar ia dapat dikongsi dengan lebih ramai pembaca.

Mungkin nilai RM2 senaskhah boleh dijadikan sumbangan tetap bagi membeli "satu lagi" Harakah sebagai hadiah. Apa pun, supaya dapat digerakkan dengan cepat kerana masa cukup mendesak sekarang, inisiatif ini harus digerakkan daripada atas, iaitu pimpinan parti sendiri,'kan?
Baca Seterusnya......