tag:blogger.com,1999:blog-72628710218200444932024-02-08T12:39:28.196+08:00Minda LutfiCetusan PendapatUnknownnoreply@blogger.comBlogger387125tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-82306035940472818022020-06-02T09:24:00.001+08:002020-06-02T09:28:49.798+08:00Tukar kerajaan sekarang bila PH “cukup bilang” atau tunggu PRU-15?

Secara peribadi saya mengharapkan mandat rakyat seperti ditunjukkan
dalam PRU-14, Mei 2018, dapat dikembalikan sesegera mungkin. Kerajaan
Perikatan Nasional (PN) yang rapuh ikatan ini, tanpa manifesto pula,
wajar diganti dengan cepat, tanpa berlengah.

Kekecewaan, khususnya dalam kalangan pengundi muda harus segera
dirawati, jika tidak sistem pilihan raya kita akan mengalami defisit
keyakinan. Ya, untuk apa berpanas beratur di pusat mengundi sekiranya
kerajaan boleh bertukar hanya dengan rundingan sulit wakil rakyat
tertentu yang curang.

Langkah pengkhianatan dan pembelotan ahli-ahli Parlimen tertentu PKR
dan Bersatu, diketuai Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, akhir Februari
lalu, sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah
bercanggah dengan tatasusila demokrasi dan kerajaan pintu belakang yang
ditubuhkan itu tidak mempunyai legitimasi, malahan belum teruji di Dewan
Rakyat.

Meskipun pelbagai usaha atau “pakej rangsangan” dilakukan Muhyiddin
untuk menarik lebih banyak sokongan, melalui pelantikan jawatan-jawatan
strategik seperti duta-duta khas bertaraf menteri dan
pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi
kerajaan (mungkin ada sogokan lain yang terpendam), namun masih gagal
mengumpulkan sokongan yang mencukupi.

Muhyiddin masih takut untuk membenarkan usul tidak percaya kepada PM
dibahaskan, walhal ia satu keperluan buat dirinya mendapat keabsahan
agar dapat menerajui negara secara lebih baik, sekali gus menangkis
tohmahan buruk terhadap kerajaan tebuk atap yang didirikannya.

Lebih ironis, sokongan wakil rakyat kepadanya dikatakan semakin menipis dan Muhyiddin khabarnya tidak memiliki majoriti lagi.

Sudahlah bacul untuk menghadapi sidang Parlimen, sehingga kuasa
Speaker Dewan Rakyat pun dicabuli, kita masih belum mendengar apa-apa
penggubalan polisi awam atau agenda pembaharuan dibentangkan. Manakala
pemimpin yang terpalit dengan najis rasuah turut dilantik menerajui GLC
penting dengan imbuhan lumayan.

Nurani saya berbisik, biarkan lebih lama lagi kerajaan
Muhyiddin-Azmin ini berkuasa; biarkan rakyat dapat membuat penilaian
lebih adil dan menyeluruh terhadap pentadbiran PH dan membandingkannya
dengan pemerintahan PN, termasuk dalam isu-isu yang dikaitkan dengan
sentimen agama dan kaum.

Semasa era PH dulu, begitu galak dan ghairah sentimen
perkauman-keagamaan sempit dibakar bagi menyuburkan kebencian melulu
terhadap kerajaan. Isu-isu seperti kematian Adib, bantuan sekolah Cina,
tulisan jawi, hibah Tabung Haji, aset kerajaan dijual, kemalangan maut
membabitkan pemabuk dan banyak lagi, dimanipulasi sepenuhnya bagi
menggambarkan kepentingan Islam-Melayu terancam di bawah PH.

Justeru, hati kecil saya berbisik, tidak perlulah pertukaran kerajaan
sekarang, meskipun pembangkang sudah “cukup bilang”, biar kepincangan
regim tebuk atap ini lebih terserlah lagi dan rakyat dapat menjadi saksi
mata.

Namun, saya lebih memikirkan soal kepentingan negara dan rakyat
seluruhnya, berbanding soal strategi politik untuk menang pilihan raya.
Membiarkan lebih lama negara ditadbir oleh komplot Umno- BN-Pas-Bersatu
Muhyiddin — yang menampakkan warisan kleptokrasi, menamatkan agenda
pembaharuan serta mengembalikan ciri-ciri kediktatoran dan mengekang
kebebasan bersuara — hanya akan menjerumuskan negara tercinta ke lembah
yang lebih kelam.

Sudahlah kita diancam impak dahsyat wabak maut koronavirus. Negara
perlu diselamatkan, atau diminimumkan kesan buruk Covid-19 secepat
mungkin, dengan memastikan putera-puteri terbaiknya, tanpa mengira
agama, kaum dan pegangan politik, bersama-sama menggembleng setiap
potensi, berkhidmat untuk watan.

Sebenarnya, sejak dahulu, ketika pentadbiran PH menjadi sasaran
kecaman dan rasa tidak puas hati masyarakat, juga sewaktu PH dikatakan
kalah dalam perang persepsi, dituduh gagal melunasi janji manifesto,
sanubari saya tetap percaya, dalam PRU-15 nanti, insya Allah majoriti
rakyat tetap bijak memilih di antara “intan dan kaca”.

Meskipun kerajaan PH mempunyai banyak kelemahan, mungkin tersasar
prioriti, bermasalah dari segi komunikasi dalaman sesama komponen parti,
kelihatan “terlalu kedekut”, sehingga kalah dalam siri pilihan raya
kecil, namun saya masih menaruh keyakinan, jika saingan PH datang
daripada BN-Pas, pengundi tetap tertarik untuk menyokong gabungan parti
yang kurang memudaratkan rakyat.

Saya teringat, semasa menikmati juadah makan tengahari Konvensyen
Parti Amanah Negara (AMANAH) Wilayah Persekutuan, di Bangsar,
pengerusinya, Dr Hatta Ramli mengulas tentang kekalahan teruk calon
Bersatu dalam PRK Tanjung Piai.

Beliau berkata, dia tidaklah gusar sangat dengan majoriti besar calon
MCA itu. “Saya lebih risau jika majoritinya kecil. Bila besar sangat,
bermakna pengundi di sana mahu sampaikan mesej tertentu, bukan
disebabkan mereka tolak sama sekali PH,” ujar Dr Hatta lagi.

Hishamuddin Rais yang turut bersama di meja kami turut mencelah,
menekankan kemungkinan faktor sabotaj parti sekutu Bersatu. Maksudnya,
kekalahan teruk di daratan paling selatan benua Asia itu satu kes
terpencil dan mempunyai mesej tersirat yang perlu diperhalusi.

Saya turut bersangka baik dengan perancangan Kabinet Mahathir-Wan
Azizah. Sekadar di awal 20 bulan mentadbir, masih berbaki tiga tahun
lagi waktu itu — tempoh yang relatif panjang — saya percaya banyak lagi
agenda yang menyangkut kebajikan rakyat masih dalam perancangan dan draf
terakhir untuk dilaksanakan.

Rakyat mula melihat pembaharuan yang bermanfaat, di samping
pendedahan berterusan amalan korupsi dan pembaziran melampau regim
terdahulu. Para menteri yang juga pemimpin kanan PH juga, yang rata-rata
kurang pengalaman dalam pentadbiran, mulai turun padang bertemu rakyat
selepas banyak masa sebelumnya tertumpu kepada rutin tugas di pejabat.
Kekeliruan rakyat dapat diperjelaskan.

Atas hakikat inilah, pembangkang ketika itu, khususnya Umno, sentiasa
menghidu dan mengintip peluang, untuk memastikan kerajaan PH dapat
ditumbangkan sebelum PRU-15. Umno amat menyedari akan kelebihan berpihak
kepada parti kerajaan sewaktu pilihan raya umum.

Justeru, harus direbut kekuasaan itu walau dengan apa cara sekalipun.
Yang penting, semasa Parlimen dibubarkan nanti, bukan PH di tampuk
kuasa. Dan Umno juga sudah terlepas daripada kekangan kewangan ekoran
akaun parti dibekukan.

PN cuba mempamerkan kesatuan melalui MoU, sehari sebelum sidang
Parlimen, 18 Mei lalu.

Mungkin untuk menjawab banyak kritikan yang
mendakwa PN terlalu rapuh dan tidak diasaskan kepada persefahaman yang
mantap.

BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama empat parti politik
termasuk Bersatu, Pas, PBS dan STAR, menandatangani kenyataan bersama,
menyuarakan sokongan terhadap penubuhan PN.

Bagaimanapun, ada pemimpin
parti komponen GPS melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan bersama
itu dan menyifatkan mereka hanya mesra Perikatan dan bukan ahli PN.

Selang beberapa hari GPS menolak pendirian Pas tentang isu arak.
Manakala sikap Umno yang mahu menjarakkan diri dan bersikap dingin
dengan PN telahpun diketahui umum sejak awal lagi.

Umno dan Pas, yang membentuk Muafakat Nasional, kononnya lebih
memilih PRU-15, atas keyakinan gabungan dua parti Melayu itu, mampu
meraih kemenangan dan seterusnya membolot kuasa yang lebih selesa.

Bagi saya, ia hanya keyakinan palsu berdasarkan realiti politik
berbeda dalam PRU-14, ketika pertandingan tiga penjuru. Saya akan
huraikan unjuran situasi berlainan PRU-15 dalam tulisan berikutnya.zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-57687114365654010832020-05-31T09:28:00.000+08:002020-06-02T09:29:06.273+08:00Kerajaan PN-Muhyiddin goyah, rujuk balik mandat rakyat PRU-15

Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat cukup bilangan sokongan ahli
Dewan Rakyat, hanya berdasarkan kedudukan kerusi di Parlimen atau bukti
Akuan Berkanun (SD), isu kerajaan pintu belakang masih belum selesai.

Terbukti semalam, ada wakil rakyat yang duduk sebelah blok penyokong
kerajaan, rupa-rupanya pembangkang. Lagi pula, anggaran sokongan cukup
tipis, tidak lebih 113, majoriti dua undi!

Dan kalau berlaku pengundian, belum tentu lagi sokongan “cukup makan”
itu dapat bertahan.

Mungkin ahli-ahli Parlimen Umno pun ada yang
menolak Muhyiddin serta memihak Mahathir atau Anwar dalam diam. Apa lagi
ahli Parlimen Bersatu (asal) yang sudah terkesan dengan sikap sombong
Umno dan mahu kembali sebagai parti dominan kerajaan.

Kalau usul undi tidak percaya kepada perdana menteri akhirnya dapat
dibentang di Parlimen juga, dan kemudian ditolak kerana penyokong
Muhyiddin lebih ramai, maka isu pengkhianatan-pembelotan dan pencabulan
mandat rakyat juga masih belum selesai.

Isu terpenting bukan “cukup bilang” atau tidak, ia menyangkut
persoalan dasar, kerajaan ini hasil rampasan kuasa. Tapi kudeta yang sah
di sisi undang-undang atau Perlembagaan.

Dijangka menghampiri sidang Parlimen akan datang, episod sarat dengan
sogokan dan tawar-menawar menjadi lebih rancak lagi. Malangnya,
kepentingan rakyat dan negara akan terus terabai.

Pandemik Covid-19
hanya menjadi perisai membentengi kerajaan yang rapuh ini.

Sehingga kini, tiada sebarang pakej rangsangan ekonomi atau pelan
menghadapi wabak maut ini yang dibahaskan secara menyeluruh di Parlimen.
Impak dahsyat koronavirus ini masih belum dihalusi secara tuntas.

Apatah lagi apabila kerajaan tebuk atap ini masih tidak dapat melalui
proses semak- imbang di Dewan Rakyat, lagilah keabsahannya akan terus
dipertikai. Muhyiddin terus disibukkan untuk membeli sokongan dengan
mengagih-agihkan habuan dan ghanimah; tiada lagi usaha pembaharuan atau
pemulihan tanah air tercinta, juga penggubalan polisi awam atau
pelaksanaan program bagi menyelesaikan kemelut rakyat.

Agenda reformasi Pakatan Harapan (PH) dahulu telah terbantut dan
kemungkinan besar terbaral. Muhyiddin sentiasa dibelenggu rasa curiga,
syak wasangka, tidak yakin diri, dan takut pada bayang-bayang sendiri.

Lagipun kerajaan ini tidak tidak berdiri atas apa-apa manifesto atau
iltizam politik, hanya komplot jahat elit politik berkepentingan dan
persefahaman sementara yang goyah.

Kerajaan PN hanya komplot jahat elit politik berkepentingan tanpa manifesto atau iltizam politik.

Selepas dua bulan merampas kuasa rakyat, selepas ahli-ahli Parlimen
(yang tidak dapat masuk Kabinet lagi atau sudah penuh kuota timbalan
menteri) diserahkan jawatan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) dan diwujudkan duta-duta khas bertaraf menteri, amat
mengejutkan sokongan terhadap Muhyiddin tidak juga meningkat.

Kita masih tertanya-tanya siapa sebenarnya yang mengisi senarai wakil
rakyat yang menyokong Muhyiddin, yang diserahkan kepada Agong akhir
Februari lalu.

Apakah ini petanda konflik politik mungkin berpanjangan, yang hanya
dapat dirungkai dengan pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum
mengejut. Lagi pun, Umno dan sekutu rapatnya, Pas, sudah lama yakin
mereka akan menang besar dalam PRU-15.

Malah, semasa baginda Agong berjumpa kali pertama dengan wakil-wakil
rakyat sejurus perdana menteri meletakkan jawatan akhir Februari lalu,
kedua-dua parti Muafakat Nasional itu tidak mencadangkan sebarang nama
calon PM, mereka mengusulkan Parlimen dibubarkan. Justeru, kemungkinan
PRU-15 diawalkan tidak boleh ditolak.

Di samping mengukuhkan pengaruh parti masing-masing dan membersihkan
daripada potensi pengkhianatan berulang, kerjasama politik sesama
pembangkang harus dimurnikan.

Hubungan dua personaliti utama, Mahathir-Anwar mesti dijernihkan.
Khususnya penyokong tegar ataupun penasihat mereka berdua, harus berjiwa
lapang, dan mengambil iktibar daripada keruntuhan kerajaan PH. Masalah
komunikasi yang meruncing itu nampaknya masih belum diuruskan dengan
tuntaszabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-68237492527441954812019-09-11T22:16:00.001+08:002019-09-11T22:16:16.362+08:00Pembangkang Umno-Pas sengaja bermain api atau PH berdepan jalan mati?

Hampir
sebulan hospital pakar Universiti Teknologi Mara, Sungai Buloh menjadi
rumah kedua saya, susulan serangan jantung mengejut malam Jumaat, awal
Julai lalu.

Selama lebih kurang 60 hari juga saya berehat panjang selain tiga
kali ditolak masuk ke bilik prosedur rawatan jantung. Pakar kardiologi
turut membayangkan kemungkinan saya terpaksa jalani pembedahan pintasan
jantung buat kali kedua selepas sepuluh tahun, sekiranya prosedur
angioplasti itu tidak berjaya.

Awal 2010, semasa berkhidmat di Harakah, serangan jantung ketika
memandu memaksa saya menjalani tiga kali prosedur angioplasti di sebuah
pusat rawatan swasta di Jalan Tun Razak, sebelum dipindahkan ke Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras untuk operasi pembedahan
jantung.

Alhamdulillah, biar pun agak sukar, operasi lima jam bermula awal
maghrib Rabu itu akhirnya berjaya. Saya hampir tertidur ketika jam
melewati 12.30 tengah malam tetapi dikejutkan dengan tepukan tangan
pasukan pakar bersama kakitangan sokongan tanda kelegaan dan kesyukuran.
Operasi berjaya. Darah kembali mengalir dalam saluran jantung yang
tersumbat sejak satu abad lalu. Dua doktor pakar dari dua hospital
swasta mengetuai prosedur tersebut.

Pernafasan terasa kembali lancar. Sebelumnya, saya kerap
tercungap-cungap terutama apabila keluar bilik air. Mendaki anak tangga
di rumah juga suatu aktiviti memenatkan. Pergerakan lebih selesa, namun
tetap perlahan dan perlu berhati-hati. Saya dinasihat terus berehat dan
tidak melakukan aktiviti fizikal yang lasak; sebenarnya satu kelaziman
sejak empat tahun lalu apabila menjalani rutin dialisis tiga kali
seminggu.

Dalam tempoh 20 hari di wad, ramai kenalan menziarahi. Rupanya tidak
sedikit yang kurang maklum bahawa ada sebuah lagi pusat perubatan di
belakang hospital awam Sungai Buloh, melalui jalan yang dipenuhi deretan
pokok-pokok bunga.

(Gambar : Pasukan
pakar yang mengendalikan operasi rawatan jantung Ahmad Lutfi di
hospital Universiti Teknologi Mara, Sungai Buloh, Ogos lalu)

“Terima kasih Lutfi, sekurang-kurangnya you telah mempopularkan
hospital ini kepada rakan-rakan you, termasuk pak-pak menteri yang
datang melawat,” gurau seorang doktor pakar HUiTM, mengetahui ada
menteri singgah.

Khabarnya hospital universiti di Sungai Buloh itu akan
sepenuhnya diuruskan secara swasta mulai tahun depan, manakala bahagian
awam bakal beroperasi di Puncak Alam.

Sepanjang terlantar menanti prosedur jantung itu juga, saya jarang
mengikuti perkembangan semasa. Saya cuba mengosongkan minda daripada
membaca topik-topik yang selama ini meruntun minat. Namun, ada kenalan
yang menziarahi gagal menahan diri daripada bergebang persoalan siyasah.
Saya sekadar memasang telinga.

Malah selepas selesai operasi yang bersambung-sambung itu, mata dan
fikiran masih terasa penat untuk mengikuti pergolakan politik yang
sentiasa panas. Apa pun, saya yakin, putaran masa dan edaran dunia tetap
berjalan lancar; dunia belum kiamat! Hujan lebat pasti akan reda, badai
besar akhirnya surut juga.

Politik Malaysia jarang sunyi walaupun di luar musim pilihan raya.
Tiada istilah gencatan senjata. Ramai aktivis sepenuh masa dan 24 jam
makan tidur dengan politik. Sentiasa meriah dan berwarna-warni. Isu-isu
bersilih ganti, panas membahang dan ada kalanya bagai pijar membakar.
Ramai pula tukang sorak tambah mencurahkan minyak.

Secara peribadi, saya tidak terlalu risau atau bimbang dengan
rantaian pergolakan isu-isu yang kelihatan panas itu. Mungkin juga
disebabkan saya kurang arif mengenainya dek keuzurzn yang menganggu
sehingga menganggap ia hanya fenomena biasa yang sentiasa berulang. Atau
mungkin juga isu-isu yang kelihatan sensitif itu sengaja dirancang atau
diada-adakan? Ada pihak menganggap ia untuk mengalihkan perhatian
daripada isu-isu yang lebih real. Ya, teori konspirasi sentiasa mencelah
di mana ada ruang dan peluang.

Namun begitu, tidak pula bermakna saya meremehkan apa juga isu atau
persoalan yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman rakyat
pelbagai kaum serta agama. Enam dekad selepas merdeka menunjukkan
sebilangan kita masih tebal dengan prasangka buruk. Ditambah buruk
dengan golongan opurtunis yang cekap mengapi-apikan sentimen tersebut.
Dan kelompok berkepentingan ini sentiasa mencari jalan, termasuk
memanipulasi isu sensitif, demi meraih manfaat jangka pendek. Malangnya,
sebilangan rakyat pula mudah terjebak dalam perangkap penuh emosional.

Senario politik pasca-PRU14 bukan sahaja menarik, juga mendebarkan.
Dari perspektif lain, kita semakin terpisah dan dijarakkan. Asas-asas
yang membina negara, yang dipersetujui generasi awalan juga tidak
dihormati lagi.

Keterbukaan bukan bermakna persefahaman boleh dirobek dan sensitiviti tidak dipedulikan.

Sesungguhnya parti-parti pembangkang, apatah lagi badan-badan bukan
kerajaan juga memainkan peranan penting demi kestabilan dan kesentosaan.

Kita berhasrat mencapai kematangan dan idealisme tetapi kita juga akur
dengan kerencaman realiti dan faktor kumpulan pendesak. Dalam setiap
era, sentiasa muncul golongan ekstremis yang tetap mempunyai pengaruh
dan sokongan. Ada kalanya rasional, kesederhanaan dan inklusif kelihatan
ditundukkan oleh gelombang melampau itu.

Regim Perikatan-BN selama enam dasawarsa memerintah sering menekan
dan menindas pembangkang. Undang-undang dimanipulasi, kebebasan disekat,
demokrasi dicabul, sistem dan proses pilihan raya ternyata pincang,
malah aktivis oposisi dilayan bagai warga kelas kedua. Namun pembangkang
secara umumnya menerima setiap keputusan pilihan raya biarpun ia diakui
umum berjalan secara berat sebelah. Tiada aksi boikot atau pemulauan,
apatah lagi untuk memilih jalan kekerasan atau keganasan. Pendekatan
damai tetap menjadi pilihan.

Di waktu itu, dengan keanggotaan gabungan parti-parti dalam kerajaan
dan pembangkang yang hampir seimbang serta merata, isu-isu bersifat
perkauman sempit dan keagamaan melampau dapat diredakan.
Sekurang-kurangnya setiap gabungan parti bersikap rasional dan terbuka
demi meraih undi dari setiap sektor masyarakat. Jalur tengah sentiasa
menjadi rujukan.

Isu-isu kritikal negara, seperti tuntutan pilihan raya bersih dan
adil, sistem kehakiman yang berintegriti, media bebas, membanteras
korupsi, memerangi kleptokrasi, agihan ekonomi lebih adil dan
persoalan-persoalan nasional lainnya menjadi agenda penting yang
dibahaskan. Oposisi ketika itu giat berkempen menuntut Malaysia yang
lebih adil, bersih, demokratik, transparen dan bermaruah.

Dalam PRU14, Umno hilang kuasa tanpa dijangka. “Cash is King” tidak
berkesan lagi. Pas pula gagal menyelamatkan Umno; impiannya untuk
menjadi “king maker” terburai. Namun kedua-dua parti Melayu ini masih
mempunyai sokongan akar umbi, khususnya di wilayah tertentu. Isu-isu
yang membangkitkan sentimen kaum dan sensitiviti agama digunakan untuk
memperkukuh pengaruh. Dasar keterbukaan kerajaan baharu dimanfaatkan
bagi menyebarkan propaganda pembangkang, khususnya membakar kebencian
dan prejudis. Masa sama, media awam kurang berkesan menangkis dan
menjawab isu-isu panas tersebut.

Pentadbiran baharu pula dilihat tidak tegas, sekali gus kurang
berkesan menangani gejala berita palsu dan fitnah yang bermaharajalela.
Perdebatan hal-hal sensitif yang selama ini dipendamkan memang
dialu-alukan tetapi perlu diuruskan secara berhemah dan
bertanggungjawab. Usah biarkan golongan ekstremisme merampas masa depan
negara, seterusnya memusnahkan jalur kesederhanaan.

Dalam pada itu, ada pemerhati menyifatkan Bersatu gagal menggantikan
posisi Umno dan Parti Amanah Negara pula tidak berjaya menarik sokongan
orang Pas. Apabila Umno-Pas mengatur langkah membentuk kerjasama
politik, ia dikira boleh menggugat kerajaan PH, khususnya di kerusi
majoriti pengundi Melayu.

Perebutan pengaruh dan kuasa adalah lumrah. Oposisi pastinya mencari
peluang di atas kelemahan dan kepincangan kerajaan, juga kelompongan
pengalaman pentadbiran. Imbau kembali bagaimana BN ditumbangkan. Dua
seteru ketat, Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim boleh berpadu atau
mengetepikan perbedaan. Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu yang pernah dua
kaki dikurung ISA boleh menerima kepimpinan Mahathir bagi mencapai
objektif menumbangkan regim kleptokrasi

Cuma, lihat bagaimana isu-isu diolah untuk mendapat sokongan rakyat
pelhagai kaum. Daripada skandal mega 1MDB dan kes-kes penyalahgunaan
kuasa agensi strategik seperti Felda, Mara, Tabung Haji, membawa kepada
demonstrasi Bersih dan tawaran manifesto. Ternyata rakyat mendambakan
perubahan yang positif-holistik dan mahu menamatkan segera amalan
kecurian dana awam yang berskala gergasi. Negara kaya-raya ini mesti
diselamatkan buat warisan generasi masa depan anak semua bangsa.

Bukannya negara kini ketandusan isu-isu membabitkan kepentingan
bersama, selain perubahan yang tertangguh dan pengurusan negara yang
kelihatan

canggung. Korupsi mungkin sedang dibanteras dengan hebatnya, namun
banyak lagi juzuk penting dalam ketatanegaraan yang belum ditangani
dengan baik.

Namun barisan pembangkang lebih memilih isu-isu yang dikira mudah
merangsang sokongan kelompok tertentu. Dicipta slogan dan diratib wirid,
seumpama “Melayu terabai, Islam terancam” atau yang lebih popular
“agenda DAP dominasi kerajaan PH”.

Mampukah gabungan Umno-Pas menggoncang kedudukan PH dengan
serangan-serangan liar ini?

Apakah watak oposisi ini dapat diterima baik
rakyat? Bagaimana sikap politik golongan majoriti senyap di
tengah-tengah keriuhan yang dipaparkan itu? Benarkah ia sekadar
kelemahan komunikasi atau ketempangan sistem penyampaian? Atau ia memang
petanda serius membayangkan kemungkinan pemerintahan satu penggal yang
bakal kecundang?

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-71108316135614053242019-08-07T12:54:00.002+08:002019-09-11T21:59:13.827+08:00Mahathir-Anwar: Usah biarkan rakyat rimas-lemas dengan politiking

Terpaksa menghuni wad Pusat Perubatan Univerisiti Teknologi Mara (PPUiTM) Sungai Buloh selama hampir dua minggu ekoran serangan jantung tidak menghalang saya daripada terus mendapat tempias daripada pergolakan politik tanahair.

Sejak hujung Ramadan, tambah meriah menjelang fajar Syawal, pelbagai isu hangat tidak pernah reda, malah kian mendebarkan mutakhir ini. Sedangkan kita baharu sahaja melepasi episod tahun pertama pemerintahan Pakatan Harapan, menyaksikan kerajaan BN-Perikatan berusia 61 tahun ditumbangkan oleh kuasa rakyat. Namun, situasi politiknya seolah-olah negara seperti berada di ambang pilihan raya umum; menggelegak dan penuh warna-warni.

Memang dinamika politik Malaysia tidak pernah terhenti hanya kerana pilihan raya umum masih jauh lagi. Tiada rehat atau masa senggang untuk berlibur walaupun demam pilihan raya sudah berakhir. Majlis ceramah politik terus hidup dan mendapat sambutan menggalakkan. Malah perhimpunan atau demonstrasi yang condong kepada membantah kerajaan dihadiri ramai peserta.

Sehinggakan saya yang uzur panjang dan direhatkan dalam wad hospital UiTM Sungai Buloh juga tidak senang duduk; itu pun sekadar pemerhati pasif dari jauh! Tetamu yang menziarahi juga membawa khabar politik yang sarat dengan cerita-cerita sensasi dan kontroversiti. Ya, kita lebih teruja memanjangkan kisah yang ada kalanya belum dipastikan kesahihan daripada membincarakan tema yang produktif dan memanfaatkan rakyat.

Topik yang cukup hangat sekitar isu peralihan kuasa perdana menteri, krisis dalaman PKR khususnya pergeseran di antara presiden dan timbalan presidennya serta kaitan dengan video Sandakan, dan upaya taawun Pas-Umno. Walaupun Parti Amanah Negara turut mengadakan proses pemilihan di setiap peringkat kepemimpinan, tidak pula terdengar gosip yang merimaskan. Tentunya ada perkembangan di luar jangka dalam AMANAH, namun ia bagai percikan kecil dalam cawan sahaja.

Pergeseran dan timbulnya pelbagai pandangan berbeda, malah munculnya kumpulan-kumpulan yang tidak sealiran dalam sesebuah parti, khususnya yang sedang memegang teraju kekuasaan bukannya fenomena pelik. Cuma, bagaimana perselisihan itu diuruskan, agar matlamat lebih besar tidak tersasar dan kepercayaan rakyat terus terpelihara; mandat umum untuk membawa perubahan, yang masih hangat, jangan diremehkan.

Mungkin bagi kebanyakan penggerak pertubuhan siyasah, pergolakan dalaman itu lumrah dan asam garam perencah kerukunan berorganisasi, tetapi usahlah melewati had sehingga kelihatan cukup merimaskan dan tercabut ikatan persaudaraan dalam perjuangan.

Soalnya, apakah pertikaian di kalangan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat — komponen parti paling banyak memiliki kerusi Parlimen dalam Pakatan Harapan — boleh dianggap telah melanggar batas-batas yang boleh dikompromi? Apakah tindakan timbalan presiden tidak menghadiri mesyuarat parti dalam tempoh yang panjang, boleh diterima dan tiada notis peringatan dikeluarkan? Bagaimana pula dengan ketetapan konvensyen Pakatan Harapan pada Januari 2018 mengenai calon perdana menteri kelapan; benarkah tiada had masa ditentukan agar proses peralihan kuasa itu disempurnakan?

Sekali imbas, kelihatan punca meleretnya kotroversi ini adalah tempoh masa yang tidak dimuktamadkan bagi peralihan kuasa itu. Ramai beranggapan, ketetapan konvensyen PH tidak menyatakan dengan jelas. Namun anggapan umum, ia akan berlaku pada pertengahan penggal, atau lebih tepat sekitar dua tahun selepas kerajaan baharu dibentuk. Saya sendiri tidak pasti, bagaimana had dua tahun itu dirujuk, tetapi begitulah kepercayaan umum. Dan Dr Mahathir sendiri bagaikan mengakuinya beberapa kali.

Secara peribadi, saya juga berpandangan tempoh dua tahun itu terlalu singkat, apatah lagi bagi membawa misi pemulihan dan refornasi kepada regim yang berkuasa lebih enam dasawarsa. Namun, jika ia satu konsensus yang disepakati Pakatan Harapan, lima bulan sebelum PRU14, maka muafakat itu tidak boleh dipandang ringan. Ia janji dan komitmen terbuka kepada ralyat Malaysia yang tidak wajar dimungkiri.

Cuma, saya tertanya-tanya bagaimana resolusi mengangkat Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri boleh dipakejkan sekali dengan ketetapan Anwar merupakan penggantinya? Apakah ia bertujuan untuk melunakkan bantahan terhadap cadangan Mahathir menjadi perdana menteri kali kedua? Legasi gelap pemerintahannya selama 22 tahun tidak mudah untuk diterima oleh tiga pemimpin komponen PH, iaitu DAP, PKR dan AMANAH. Atau dirasakan Mahathir sudah terlalu tua bangka bagi memimpin Malaysia keluar daripada krisis yang parah? Anwar merupakan calon perdana menteri Pakatan Rakyat sebelum itu meskipun Pas kelihatan tidak bersetuju sehingga konsesus gagal dibentuk.

Daripada tiga parti asal PH itu, hanya AMANAH dilihat dapat menerima sepenuhnya ketetapan Mahathir sebagai perdana menteri pertama kerajaan baharu. PKR nampak mula bergolak; ada pemimpinnya secara terbuka mempersoalkan kewajaran pilihan Mahathir itu. Manakala, difahamkan DAP terpaksa mengambil sedikit masa dengan melakukan rundingan dalaman beberapa kali sebelum kata putus dicapai.

Bukan hanya penyokong dan pemimpin PH terkejut dan tidak menyangka Umno-BN mampu dikalahkan dalam PRU14, malah bekas presiden Umno, Najib Razak lebih terpinga-pinga lagi.

Malam 9 Mei 2018 terasa begitu panjang sekali. Bukti keberanian rakyat merentasi kecondongan politik, yang menarik turun regim kleptokrasi. Dan faktor Mahathir sebagai pelengkap kejatuhan dinasti Perikatan-BN itu tidak dapat dipertikai lagi. Bukan menafikan peranan Anwar dan tokoh-tokoh pembangkang lain, namun peranan Mahathir sebagai peserta pecut terakhir acara larian berganti-ganti itu mempunyai aura tersendiri. Ditambah fungsi tersendiri Mahathir sebagai negarawan ulung berpengalaman dalam saat-saat kritikal membentuk kerajaan. Sejak itu, saya kira syak-wasangka dan keraguan kepada Mahathir berdasarkan rekod lamanya, perlahan-lahan hilang.

Genap seminggu selepas menang PRI14, Anwar mendapat pengampunan Agong, satu tempoh masa yang relatif singkat dan menepati ketetapan konvensyen Pakatan Harapan, Januari 2018. Ia membuka laluan untuk Anwar bergerak aktif dalam politik tanpa apa-apa sekatan.

Formula Mahathir dalam agihan kerusi Kabinet, meskipun mungkin dipengaruhi kepentingan partinya, Bersatu, yang menang antara kerusi Parlimen paling kecil, juga diterima baik rakyat. Semua empat parti PH, dilayan secara setara tanpa mengira jumlah kerusi yang dimenangi. Hujah Magathir, rakyat yang menentukan kemenangan, bukannya mana-mana parti politik. Mungkin di saat itu penyokong PKR, yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen hampir empat kali ganda daripada Bersatu mula merasa tidak puas hati. Begitu juga dengan pemilihan anggota Kabinet di kalangan PKR yang dikatakan mengetepikan cadangan rasmi parti. Kumpulan Azmin Ali khabarnya mendapat layanan istimewa Mahathir, yang mendapat nasihat rakan karib perdana menteri, Daim Zainuddin, tokoh veteran yang tidak serasi dengan Anwar.

Saya pernah menulis buku Krisis Anwar-Mahathir: Daim pencetus kontroversi baru, terbitan 1994. Tidak dinafikan bahawa penyokong Anwar mulai gelisah dengan peranan dominan Daim dalam kerajaan Pakatan Harapan, yang dikira masih sarat dengan sentimen anti-Anwar. Pelantikan Azmin sebagai Menteri Hal-Ehwal Ekonomi yang berpengaruh itu, ditambah pengganti menteri besar Selangor yang dipilih Azmin, bukannya parti, menambahkan lagi kecurigaan bahawa langkah Anwar kemungkinan disekat sekali lagi.

Dalam tempoh awal pemerintahan juga sudah muncul desakan dari bahagian Bersatu agar Mahathir tidak berundur di pertengahan jalan; elok disudahkan sehingga PRU15 berlabuh. Terlintas pengalaman Mahathir boleh kembali aktif berpolitik selepas mengumumkan persaraan. Juga ekoran desakan dan tuntutan akar umbi yang bersilih ganti menggesanya agar selamatkan negara daripada angkara Najib Razak!

Justeru, mengenali watak Mahathir, yang sentiasa memilih untuk mempunyai opsyen lebih terbuka dan tidak suka ditentukan gerak langkahnya oleh orang lain, maka saya dapat memahami kegusaran penyokong dan pendukung Anwar. Apatah lagi kalangan orang-orang Anwar juga banyak yang melatah dan menghalakan sasaran terbuka mereka kepada Mahathir.

Kerap juga saya tertanya-tanya benarkah sikap Mahathir terhadap Anwar sudah berubah, atau hanya sekadar perubahan strategi politik untuk menumpaskan musuh bersama, Najib? Biarpun berulangkali melafazkan untuk tetap berpegang dengan janji melepaskan kuasa kepada Anwar, Mahathir tetap seperti sosok yang dikenali umum, tingkahnya mengundang tafsiran pelbagai. Pihak berkepentingan boleh mengolah menurut selera masing-masing, dan tiada siapa mampu mendakwa pengertian mereka paling tepat.

Bicara tentang peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar memang meletihkan dan tidak produktif. Dua figura heavy-weight yang pernah rapat-intim ini, kemudian bertarung dalam pertempuran luar biasa dahsyat, seterusnya tanpa dijangka mengisytiharkan perdamaian, dan muncul sebagai pemenang. Mungkinkah kita menyaksikan lagi medan tempur tragis selepas sejarah Malaysia Baharu dilakar penuh warna-warni? Atau kemenangan bagai revolusi tanpa-darah itu bakal dikhianati dan rakyat terus jauh daripada perubahan yang didambakan? Sementara perubahan struktural dan reformasi sistem masih jauh daripada impian, wajarkah kita terus berlegar sekitar kontroversiti tidak berkesudahan? Ya, kita masih terkepung dengan politik personaliti di kala tuntutan perubahan jauh lebih mendesak.

Saya cuba membaca perkembangan politik seterusnya nanti, termasuk kebimbangan pertemuan Mahathir dengan wakil Umno, Pas dan parti-parti dari Sarawak. Menelah pemikiran perdana menteri berusia 94 tahun ini adalah kerja paling sukar dan mengelirukan. Cuma harapan saya, moga watak penyelamat Malaysia kali ini tidak mengecewakan harapan jutaan rakyat yang rimas-lemas dengan situasi politik terkini.zabidihttp://www.blogger.com/profile/14811657576558491040noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-68487662122638367892019-06-26T21:53:00.000+08:002019-09-11T21:59:58.770+08:00Video Sandakan, perpecahan PKR dan polemik PM kelapan

Saya
cuba mengelak daripada menyinggung isu video seks yang didakwa
membabitkan menteri kanan dan aktivis muda PKR walaupun ia diakui panas
membahang dan menarik minat awam.

Cukuplah dengan iktibar daripada minat berlebihan saya, 20 tahun
lalu, dalam menyikapi isu dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri berlaku
curang sehingga terlucut daripada jawatan. Pertimbangan rasional,
termasuk melayan keraguan dan tanda tanya besar, tidak memadai untuk
kita cuba mencari kesahihan di atas isu membabitkan keaiban seseorang.

Kemeriahan dan kesyahduan Aidilfitri yang baru berlalu terganggu
dengan kehadiran persoalan tidak dijangka ini. Ingatkan budaya politik
baharu sudah menokhtahkan elemen jelik seumpama itu, tetapi realitinya,
perebutan dan persaingan kuasa mewajarkan segala-galanya. Kawan boleh
bertukar menjadi lawan, sahabat mudah mengkhianati, rakan bisa sahaja
menikam belakang.

Cuba untuk tidak menyinggung episod hanyir ini, namun ia tidak boleh
disapu ke bawah karpet. Di mana-mana orang berbicara mengenainya. Sama
ada secara terbuka atau berlapek. Adegan ranjang, apatah lagi
membabitkan seks sejenis dan didakwa menyentuh sisi gelap personaliti
terkemuka sukar untuk ditutup.

Ada teman yang bertanya, “bolehkah hang mengulas isu video ini tanpa
terlebih dahulu menontonnya?” Sesungguhnya tidak tergamak untuk menonton
video jijik itu, sekalipun bertujuan bagi mengesahkan ketulenannya.
Begitu juga dengan video-video bertaraf longkang yang tersebar luas
sebelum ini. Masyarakat kita sudah kehilangan akhlak dan adab. Kemuliaan
insan dipertaruhkan.

Mata, tangan dan lidah tidak lagi dapat dikawal.
Sifat malu hilang entah ke mana.

Segera saya teringat reaksi seorang demonstran di Eropan yang
membantah The Stanic Verses, karya Salman Rushdie di era 1980-an dahulu.
Fiksyen yang menghina Rasulullah s.a.w. itu mengundang protes
besar-besaran umat Islam di seluruh planet bumi ini. Ditanya apakah dia
sudah membaca novel itu, jawab penunjuk perasaan tersebut, “Syukur, saya
tidak membaca karya sekeji itu”.

Ya, bagi mereka yang belum ada kesempatan untuk menonton video lucah
itu atau tidak dirangkaikan dalam grup whatsapp tertentu, bersyukurlah
anda.

Sekurang-kurangnya penglihatan kita tidak dicemari elemen porno yang
kotor itu walaupun minda kita mungkin sudah terjejas teruk dengan
lintasan yang bukan-bukan. Jangan pula terperangkap dengan rantaian
perkongsian dengan lebih ramai audien walaupun asalnya niat sekadar
untuk mengesahkan originalitinya.

Kerap kali kita tanpa sedar termasuk dalam rangkaian fitnah atau
penyebaran aib orang, dengan memanjangkannya kepada pihak lain, atas
motif hanya bertanya kesahihannya. Sebaiknya rantaian itu tidak
disambung oleh kita dan harus ditamatkan. Buang jauh-jauh rasa ingin
tahu yang sebenarnya didorong oleh nafsu syahwat dan bisikan syaitan.

Kadang-kadang seseorang yang mempunyai kedudukan dan posisi
berpengaruh, walaupun sekadar bertanya kesahihan aib buruk yang
diperolehinya, sudah cukup untuk turut menyebarkan dengan lebih meluas
keaiban itu.

Bayangkan, pada tengahari Sabtu itu, ketika bertandang raya ke rumah
saudara-mara, di sebuah flat kos rendah yang sempit, kami menghadap
juadah Aidilfitri yang lazat, sedang kaca televisyen menayangkan laporan
berita terkini berkaitan kes video berkenaan. Tua muda, kecil besar,
dan sebahagiannya anak-anak bawah umur, meskipun mata tidak tertumpu
kepada TV, disibukkan dengan aneka makanan tetapi masing-masing dapat
mendengar secara jelas butiran kata yang tidak wajar dikongsi umum.

Pastinya berita seumpama itu bukan pertama kali dikongsi khalayak
terbuka. Babak gelita 1998 diikuti kes liwat II membabitkan tokoh besar
tanahair kini berulang kembali walaupun agak sedikit terkawal. Deskripsi
mungkin tidak rinci seperti dahulu, tetapi ia sudah cukup memualkan dan
menganggu kesantunan aktiviti kekeluargaan. Memang kita perlukan
masyarakat lebih terbuka untuk menjadi lebih progresif dan bertamadun,
tetapi bukan dengan cara membicarakan hal-hal dalam kelambu tanpa
segan-silu.

Fajar 10 Mei 2018 membawa sinar bercahaya lebih gemilang.
Pengisytiharan cuti Khamis dan Jumaat yang syahdu itu memberi ruang
persediaan untuk setiap warga membetulkan minda berdepan episod baharu
yang lebih segar. Bukan setakat usia pemerintahan regim 61 tahun
ditamatkan, atau lebih tepat direhatkan, legasi lampau juga mahu
dikuburkan. Budaya usang zaman berzaman, seperti ampu-mengampu, takut
nenyuarakan kebenaran, amalan korupsi dan kronisme, tumbuk rusuk,
pilih-kasih, perlu dihentikan sama sekali.

Memang tidak mudah mencetuskan perubahan atau mencabut akar yang kuat
mencengkam bumi. Apatah lagi kelaziman hodoh itu sudah dianggap sebati
dan menjadi darah-daging. Pemegang kuasa boleh sahaja beralih orang
tetapi tabiat lama terus diwarisi. Lebih malang apabila ramai bertukar
kulit, berubah warna bagi menjamin survival. Maka semangat dan roh
perubahan perlahan-lahan pudar.

Babak hanyir cerita videp ini hanya simptom kecil gejolak nafsu kuasa
terus menggelegak. Ia tidak pernah puas atau penat. Terbuka sedikit
peluang, pasti direbutnya seoptimum mungkin. Kuasa dan pengaruh tetap
dianggap wahana memperkayakan diri dan kelompok.

Biarpun pihak berkuasa, termasuk PDRM, diberi kepercayaan untuk
menjalankan tugas masing-masing secara profesional tanpa prejudis dan
tidak memilih bulu, namun begitu, setiap kemusykilan dan persoalan yang
timbul, perlulah dijawab. Orang ramai pastinya mempunyai banyak keraguan
terhadap pelbagai isu berbangkit daripada penyebaran video rersebut dan
ia terus membentuk bermacam-macam teori konspirasi. Masing-masing
dengan khayalan dan imiginasi tanpa had.

Oleh kerana membabitkan figura nasional yang menjadi tumpuan awam,
apatah lagi perselisihan di antara kem tidak lagi rahsia dalam parti
berkenaan, maka semakin maraklah bara pertelingkahan. Walhal PKR
merupakan pertubuhan siyasah yang lahir daripada rahim reformasi yang
mahu mengungguli impian perubahan.

Memang adat berpolitik pasti berdepan persaingan dan pergelutan
pengaruh. Masing-masing ada strategi tersendiri bagi berada
sekurang-kurangnya satu langkah di hadapan. Seringkali parti yang
berkuasa lebih mudah diasak konflik dalaman, malah ada kalanya melebihi
pertembungan di antara parti yang berbeda. Misalnya, semasa Umno selesa
di atas singgahsana kuasa sebelum tahun 2008, krisis internal lebih
menyerlah. Pemilihan parti lebih sengit daripada pilihan raya umum yang
mudah dijangka keputusannya. Lihat saja pertandingan di antara Team A
dan Team B, April 1987, yang mengakibatkan Umno diharamkan.

Kini, dugaan atau penyakit parti berkuasa itu melanda PKR, komponen
PH paling banyak memiliki kerusi Parlimen, dengan presidennya merupakan
perdana menteri menanti. Namun, sejak penubuhannya atas nama Parti
Keadilan Nasional, sewaktu Anwar Ibrahim terpasung dalam penjara, ia
telah berdepan siri gugatan yang dahsyat. Ramai pendiri parti reformasi
ini berundur sambil menikam belakang sendiri.

Eksperimen beraninya atas jati diri parti berbilang kaum dan
menghimpunkan pelbagai aktivis dengan latarbelakang yang rencam, serta
masih mentah dalam dunia politik, akhirnya membuahkan hasil yang ranum.
Bermula dengan langkah kanan dalam PRU1999, walaupun tanpa kerusi yang
banyak, ujian berat pada 2004 apabila berbaki kerusi tunggal di
Permatang Pauh dengan majoriti tipis. Sudahlah begitu, cabaran dalaman
menimpa hampir setiap kali pemilihan parti. Sehingga pertandingan
terakhir penghujung tahun lalu, seolah-olah membahagi dua parti apabila
kem berbeda nampak jelas terbentuk.

Pada satu peringkat, berdasarkan serangan bertubi- tubi jentera
propaganda kerajaan, kita seolah-olah terbayang, keahlian parti ini
mungkin hanya tinggal Anwar, Dr Wan Azizah Ismail dan anak sulung
mereka, Nurul Izzah! Namun kecekalan dan ketabahan Wan Azizah bersama
pendukung-pendukung idealisme gerakan reformasi berbaloi apabila tsunami
politik membadai pada 2008. Negeri terkaya, Selangor, diterajui PKR.

Dalam temubual panjang saya dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr
Syed Husin Ali, untuk buku Revolusi Tanpa Darah, beliau turut melahirkan
rasa terkejut dengan keputusan PRU14. “Kami hanya jangka menang, antara
34 hingga 36 kerusi sahaja, berbanding 31 kerusi Parlimen sebelum itu,”
ujarnya. Apatah lagi PKR turut diakui berdepan masalah fraksi atau
faksionalisme. Bahkan terdapat perbedaan pandangan serta pendirian
politik juga. CumaDr Syed Husin menyandarkan harapan tingginya kepada
Anwar untuk mengendurkan ketegangan hubungan antara personaliti dan
fraksi ini.

September 2018. Proses pemilihan pimpinan tertinggi PKR bermula. Kali
ini suasana berbeda. Anwar tidak lagi dianggap faktor pemersatu parti.
Beliau dilihat, kalaupun tidak jelas memihak, tetapi agak cenderung
kepada kem calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli, yang mencabar
penyandang Azmin Ali, Menteri Ekonomi.

Bermulalah retak menunggu belah. Sesebuah organisasi terdedah risiko
perpecahan yang serius apabila ketuanya dipercayai menyebelahi satu
kumpulan yang bersaing. Ditambah pula dengan cerita sambung menyambung
tentang proses peralihan kuasa perdana menteri yang dilihat tidak
selicin dijangka. Timbul desas-desus percubaan Mahathir, dengan
tangan-tangan ghaib Daim Zainuddin, untuk meletakkan Azmin sebagai
perdana menteri masa depan. Maka semakin ghairah kilang berita angin
meramalkan Anwar menjadi “bakal perdana menteri” paling lama.

Apakah negara akan bergelut lagi atau kembali disibukkan dengan
kemelut politik berpanjangan? Sedangkan situasi ekonomi dan kewangan,
termasuk di peringkat gIobal semakin serius. Sepatah pesan Prof Jomo KS,
“rakyat Malaysia perlu bersedia mengharungi tempoh sukar akan datang
memandangkan ekonomi kini berdepan isu sebenar di tengah-tengah situasi
luaran yang tidak dapat diselesaikan malah semakin bertambah buruk
hampir setiap hari.”

Kematangan kita mengolah konflik sedang teruji. Mampukah elemen
politik longkang yang busuk itu dibenamkan sedalam-dalamnya atau kita
terus berputar di dalam lingkaran setan yang sama? Sama-sama kita
saksikan babak seterusnya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-37227797532392798912019-06-23T21:55:00.000+08:002019-09-11T21:59:53.488+08:00Biarlah AMANAH, Pas terus bersaing dalam dua gabungan parti berbeza

Tidak
pelik apabila Ketua Dewan Ulamak Pas, Nik Zawawi Salleh ketika
menggulung perbahasan di muktamar parti itu di Kuantan, menolak
kemungkinan sebarang kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ya, bertandinglah, bersainglah secara sihat. Saya pun tidak terkejut
dengan label buruk diberi kepada AMANAH; adat parti-parti yang berebut
kuasa.

Biarlah dua parti Islam ini, yang mempunyai pendekatan berbeza,
masing-masing dalam gabungan tersendiri. Pas bersama Umno-BN dan AMANAH
dalam Pakatan Harapan (PH).

Biar subur sistem dua (gabungan) parti di negara ini. Biar terdedah
dengan kepelbagaian dan kerencaman berpolitik. Mantapkan gabungan
masing-masing dengan agenda Islam tersendiri.

Rakyat, khususnya umat Islam akan menilai kedua-dua parti Islam ini;
sejauhmana prestasi dan rekod kerja masing-masing, demi kesejahteraan
negara dan kepentingan rakyat.

Ya, biar Pas dan AMANAH berlumba-lumba membuat amal kebajikan dan
menunaikan tanggungjawab secara berkesan, bukannya asyik menyalahkan
saingan masing-masing atau memanipulasi sentimen perkauman atau
keagamaan sempit.

Jangan perjudikan keharmonian negara atau memilih jalur keras hanya kerana ia dianggap jalan singkat meraih populariti.

Ya, masing-masing sudah ada jalan atau pendekatan dan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Pas ada dua negeri, Kelantan Terengganu.

AMANAH adalah komponen PH dan rakan kongsi yang memerintah
Persekutuan, dengan lima menteri Kabinet, dan bersama mentadbir banyak
negeri, termasuk dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka.

Tempoh kurang empat tahun sebelum PRU15, gunakanlah untuk berkhidmat dengan cekap dan berkesan.

Daripada bersama satu parti, tetapi asyik bercakaran, tikam-menikam,
lebih baik pilih wadah sendiri dan tumpukan agenda perubahan lebih
menyeluruh, demi kepentingan rakyat, negara dan agama.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-46042929629290714442019-06-02T21:57:00.000+08:002019-09-11T21:59:48.278+08:0030 minit bersama Kak Wan, Anwar di wad pembedahan Ampang

Stesen
jurururawat Wad 5D Hospital Ampang hanya beberapa langkah dari katil
saya. Sebaik isteri memaklumkan hasrat Dr Wan Azizah Wan Ismail dan
Anwar Ibrahim untuk datang ziarah kepada kakitangan bertugas, saya
terdengar deringan telefon.

Daripada perbualan yang jelas sampai ke cuping telinga saya itu,
tergambar Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PKR itu seolah-olah
hampir tiba. Agak riuh reaksi yang lain. Bercampur rasa terkejut dan
teruja. Mungkin juga kelam-kabut kerana tidak sempat membuat persiapan.

Isteri nampak tenang biarpun penat baru membereskan masakan untuk
anak berjualan di bazar Ramadan. Saya cepat-cepat ke bilik air
membersihkan diri dalam keadaan masih mengantuk. Langkah diatur perlahan
penuh hati-hati. Saya sentiasa diingatkan agar menjaga pergerakan dan
kekalkan keseimbangan terutama apabila dalam tandas.

Sejak lapan tahun lalu saya sudah dua kali diserang angin ahmar,
membuatkan bahagian kiri tubuh lemah, khususnya anggota kaki.
Alhamdulillah, pertuturan saya tidak terjejas. Cuma tongkat diperlukan
untuk mudah mengatur langkah. Baru-baru ini anak menempah kerusi roda
melihatkan saya kerap kepenatan dan sesak nafas apabila berjalan. Di
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu, saya hanya sempat
singgah tiga atau empat reruai ekoran kaki lenguh amat sangat mengharung
pengunjung yang bersesak begitu ramai.

Saya tidak mempunyai hubungan istimewa atau personal dengan Anwar
ataupun Kak Wan. Sekadar wartawan biasa yang memerhati dari jauh atau
secara lebih khusus, agak banyak menulis buku politik membicarakan Anwar
sejak awal 1990-an. Saya lihat Anwar merupakan bintang gemerlap di
langit politik tanahair.

Waktu itu saya menjadi bidan terjun, tiba-tiba ditarik ke jawatan
Pengarang Kumpulan Harakah dan heboh ura-ura bakal Anwar bertanding
jawatan Timbalan Presiden Umno mencabar penyandang, Almarhum Ghafar
Baba. Buku Anwar Lawan Ghafar? mencetuskan kontroversi apabila
meramalkan posisi no. 2 Umno menjadi pertarungan sengit di kala Anwar
menafikan mempunyai hasrat untuk berbuat demikian. Buku tebal itu mula
saya tulis setahun sebelum pemilihan November 1993.

Cuma, ada pihak salah anggap terhadap pandangan kritis atau teguran
saya kepada Anwar. Mereka membayangkan saya mahu melepaskan dendam dan
amarah ekoran pemecatan saya daripada UTM pada 1986. Waktu itu, Anwar
Menteri Pendidikan dan saya aktif dalam gerakan pelajar yang heboh
dengan isu pemberhentian mahasiswi berpurdah. Kebetulan seminggu sebelum
dibuang universiti, akhbar Watan menyiarkan pada paparan muka depan
“ugutan” saya untuk menentang Anwar jika beliau tidak melaksanakan
sistem pendidikan Rabbani. Walhal, ia tiada kaitan langsung dengan
Anwar.

Tengah hari Sabtu itu, mendapat khabar Anwar dan Kak Wan akan
menziarahi, segera minda saya diketuk persoalan besar tentang isu
peralihan kuasa perdana menteri yang sering digembar-gemburkan. Mahathir
dijangka bakal melepaskan teraju dalam tempoh dua tahun selepas PRU14
atau sekurang-kurangnya sebelum penggal berakhir menjelang PRU15.

Perbahasan berlebihan isu ini lebih membawa mudarat dan mengurangkan
fokus kepada usaha memulihkan negara apatah lagi menyedari hubungan
penyokong Mahathir-Anwar di peringkat akar umbi tidaklah seharmonis yang
diharapkan. Episod zaman gelora dahulu juga tidak semudah itu untuk
dijernihkan. Hanya sikap terbuka, berjiwa besar dan berlapang dada,
serta kebijaksanaan memilih prioriti, menjadikan PH sebuah keluarga
besar yang progresif dan maju ke depan.

Saya tidak dapat mengingati bila kali terakhir bertemu Anwar. Yang
pasti, selepas beliau dibebaskan daripada penjara dan mendapat
pengampunan Agong setahun lalu, saya belum berjumpanya. Semasa di
Harakah, saya sempat dua kali mewawancaranya, pertama di sebuah banglo
di Petaling Jaya dan kemudiannya di ibu pejabat PKR.

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ketika menziarahi Ahmad Lutfi Othman di Hospital Ampang, 11 Mei lalu.

Saya turut bersama ribuan penyokong menunggu keputusan Mahkamah
Persekutuan di Putrajaya yang menghantarnya ke penjara sekali lagi pada
Februari 2015. Ketika itu tahap kesihatan saya merosot teruk. Menunggu
keputusan yang dibacakan Ketua Hakim Negara, dalam suasana panas terik
di bawah sepohon pokok bersebelahan bangunan mahkamah, terasa begitu
lama dan memenatkan.

Politik pembangkang dilanda kepiluan dan diserkup kekosongan apabila
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia sejurus selepas Anwar
dihantar ke penjara. Dua tokoh utama itu menjadi pengikat dan penghubung
kesatuan oposisi dan meleraikan sebarang kekusutan yang timbul.

Tergambar misi untuk mengalahkan Umno-BN semakin sukar digapai.
Apatah lagi persefahaman sebalik tabir di antara Pas-Umno kian heboh
digosipkan. Nik Aziz yang menentang keras ura-ura kerjasama itu sudah
tiada; tambah mudahlah gerak langkah mencari keserasian di antara dua
parti Melayu tertua itu.

Ketika harapan menumbangkan regim korup nampak hampir mustahil dan
impian merehatkan elit penguasa seperti tidak terkalahkan, berpunca
pembangkang yang dianggap paling berpengalaman — Pas — mengambil sikap
berbeda, rupa-rupanya tekad rakyat tetap istiqamah. Mereka benar-benar
mendambakan perubahan. Peluang keemasan ini bukan selalu hadir dan
seharusnya didakap erat.

Justeru, ramai penganalisis dan pengkaji politik yang menjangkakan BN
dan Najib Razak masih berupaya mengekalkan tampul kuasa meskipun
merosot teruk populariti. Manakala Pas terus dianggap faktor penentu
atau sekurang-kurangnya pemecah undi Melayu, sekali gus memberi
keuntungan buat penyandang. Maka situasi pertandingan tiga penjuru,
seperti ditunjukkan dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah satu
kelebihan buat Umno-BN serta menjadi strategi ampuh Najib.

Dua PRK yang menyuntik rasa yakin diri buat BN itu diadakan lebih
kurang dua tahun sebelum PRU14. Faktor Mahathir sebagai tenaga penggerak
utama oposisi belum menyerlah, walaupun sentimen anti-Najib sudah
membahang. Bersatu pun belum ditubuhkan secara rasmi lagi. Namun begitu,
strategis Umno silap membaca realiti dan tetap menganggap majoriti
pengundi Melayu masih terpengaruh dengan propaganda karut mereka.

Biarpun Mahathir diterima sebagai faktor dominan kejayaan Pakatan
Harapan dan berjaya menangkis perang saraf perkauman Umno, pengaruh
pemimpin terdahulu yang merintis usaha menumbangkan regim kleptokrat
tidak boleh diremehkan. Mahathir mungkin pelengkapnya tetapi jasa
tokoh-tokoh seperti Anwar sukar diremehkan. Apatah lagi dengan sikap
terbuka dan berlapang dada Anwar yang sanggup menerima bekas seteru
ketatnya bagi menyelamatkan negara daripada terhumban ke dalam jurang
dalam kehancuran.

Sesungguhnya Mahathir dan Bersatu tidak hadir dalam vacuum.
Perjuangan ini bagai mata rantai yang bersambung. Benar, percubaan Anwar
dari dalam penjara sejak 1998 belum berjaya. PRU 1999 sehingga 2013
menemui jalan sukar, dan pernah mengalami pasang surutnya tetapi ia
menyediakan tapak kukuh buat kebangkitan bermakna pada 9 Mei 2018.

Wan
Azizah membantu menjelaskan kepada Anwar terma-terma tertentu berkaitan
rawatan ginjal kronik yang sedang ditempuhi Ahmad Lutfi.

Tsunami politik pada 2008 yang menafikan majoriti dua partiga BN di
Parlimen dan menguasai lima negeri, telah mengasaskan keyakinan diri
untuk berubah buat rakyat Malaysia. BN sudah hilang kekebalannya. Malah,
saya menganggap sumbangan generasi lebih awal yang komited dengan
kebebasan dan keadilan, sejak kemerdekaan lagi, harus terpahat dalam
sejarah membentuk Malaysia Baharu. Keringat, tenaga dan darah mereka
yang beriltizam gigih itu wajar dikenang. Korban bukan sedikit, dengan
harga yang mahal, untuk membebaskan negara daripada kelompok penguasa
dan sistem yang menindas.

Ketika mendengar derap sepatu yang semakin rapat ke katil 11, wad 5D,
tengah hari Sabtu yang hening itu, saya perlahan-lahan bangun. Tidak
ramai pelawat yang menzirahi dua jiran pesakit berhampiran saya. Ada dua
kerusi kosong bersebelahan katil disediakan untuk Kak Wan dan Anwar.

Saya duduk mencari keselesaan sambil memerhati para jururawat agak kalut
menerima tetamu istinewa yang datang mengejut.

Sosok Anwar muncul dahulu, diiringi Kak Wan. Langkah pasangan itu
nampak ringan. Senyum menguntum hadir lebih awal sambil Kak Wan memberi
isyarat agar saya terus duduk. Timbalan Perdana Menteri sudah berada di
depan saya dengan raut wajah cukup menyenangkan. Seorang wanita, isteri
dan ibu yang cekal, tabah dan sabar. Personaliti luar biasa tetapi tetap
berwatak sederhana dan mendamaikan. Tempoh 20 tahun yang memisahkan di
antara dua senario amat berbeda da kontras sekali. Ya, garis takdir
sering tidak terduga.

Salaman Anwar terasa erat dan agak lama. Pandangan saya jatuh ke
dalam bola matanya yang jernih. Lelaki berusia 70 tahun ini masih tegap
dan kelihatan sihat, tidak menggambarkan penderitaan yang dilalui
berdekad lamanya.

“Kak Wan ada program di sinikah?” sapa saya, menyedari Wan Azizah
merupakan Ahli Parlimen Pandan, kawasan yang lokasi Hospital Ampang itu.

“Tak ada program pun, memang kami sengaja datang untuk melawat Lutfi,” balas segera Kak Wan sambil tersenyum.

Anwar bertanya tahap kesihatan saya dan seterusnya merapati saya
untuk melihat dari dekat tangan yang berbalut. Apabila diberitahu
komplikasi dialisis yang mungkin menyebabkan fistula di lengan kiri
bermasalah, Kak Wan sebagai seorang doktor perubatan membantu
menjelaskan kepada Anwar terma-terma tertentu berkaitan rawatan ginjal
kronik secara lebih terperinci.

BERSAMBUNG…

Nota:

Catatan ini agak lambat disiapkan kerana keuzuran berpanjangan selepas keluar wad lebih dua minggu lalu.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-49266332619909144792019-05-01T22:03:00.000+08:002019-09-11T22:03:47.904+08:00PRU14: Walaupun tanpa niat, pemimpin Pas bunuh rakan baru

Seorang
teman baik saya melahirkan rasa hairan dan takjub melihat kerjasama
Pas-Umno nampak berjalan dengan begitu akrab dan lancar sekali.

“Seolah-olah bagai pasangan kekasih yang lama terpisah dan kini
bertemu kembali. Cinta mudah bertaut semula,” katanya sambil menambah
hubungan Pas-Umno pastinya tidak bermula hanya selepas PRU14 yang
menyaksikan kerajaan BN diterajui Umno tumbang.

Malah, menurut pemerhatian saya pula, detik awal hubungan Pas-Umno
terjalin sepuluh tahun lalu, sejurus keputusan PRU2008 diumumkan. Namun
inisiatif untuk membentuk kerajaan perpaduan Melayu-Islam di Selangor
dan Perak tidak kesampaian. Meskipun percubaan pertama oleh segelintir
pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu gagal, namun ia tidak terhenti
begitu sahaja. Tunas sudah berputik.

Pengunduran Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada 2009
mulanya dilihat menutup peluang Pas-Umno berbaik-baik. Rupanya tidak.
Survival Umno yang kelihatan meruncing ekoran tsunami pada PRU12
mendorong strategis parti itu merencanakan pendekatan halus untuk
memecahbelahkan saingan utama, Pas, dan serentak itu menyuntik
kecurigaan ke dalam gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat. Sasaran utama
adalah merongkai hubungan rapuh Pas-DAP.

Dalam PRU2008, buat pertama kali majoriti dua pertiga BN di Parlimen
dinafikan. Lima negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak
dikuasai Pakatanp Rakyat, selain mengekalkan Kelantan sejak 1990, dan
menang majoriti kerusi Dewan Rakyat di Wilayah Persekutuan. Pengundi
mula diyakinkan bahawa tidak mustahil regim Umno-BN boleh ditumbangkan.

Berdepan PRU13, meskipun dilanda pelbagai cabaran, Pakatan Rakyat
kekal utuh. Isu- isu berkaitan survival dan kepentingan Melayu-Islam
mulai timbul. Walaupun BN mampu bertahan dan dapat merampas Kedah dan
Perak, namun bilangan kerusi Parlimennya semakin merosot. Undi popular
BN juga jatuh di paras bawah 50 peratus. Dari segi populariti, Pakatan
Rakyat sudah mengatasi. Tinggal setapak lagi untuk ke Putrajaya.

Pada Februari 2015. Dua peristiwa besar melanda barisan pembangkang.
Kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas, tokoh
paling dihormati kawan dan lawan, juga dikenali sikapnya yang tegas
terhadap Umno. Sehingga seorang bekas pemimpin Pas pernah mengungkapkan,
“selagi Nik Aziz masih hidup, jangan harap hubungan dengan Umno dapat
dijalin”. Sementara itu, Mahkamah Persekutuan pula mengekalkan hukuman
penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim, tokoh pemersatu oposisi.
Beliau hilang kelayakan ahli Parlimen dan dihantar ke penjara Sungai
Buloh.

Tahun 2015 juga menyaksikan pelbagai tragedi yang mencabar kesatuan
pembangkang. Antaranya, polemik usul Rang Undang-Undang 355 untuk
memperkuasa Mahkamah Syariah dan kemuncak krisis perlantikan Menteri
Besar Selangor yang bermula pada 2014. Pemilihan kepemimpinan Pas pada
Jun 2015, di Kuala Selangor telah membahagikan parti Islam itu serta
melorongkan penubuhan Parti Amanah Negara. Muktamar itu juga mengesahkan
hubungan Pas-DAP terputus. RUU355 dijaja sebagai usaha suci Pas
memartabatkan undang-undang Hudud. Pelbagai label jelik dihamburkan
kepada mereka yang mempersoal RUU355, termasuk “ditanam di jirat Cina
jika meninggal dunia”.

Ketika itu, saya di hujung perkhidmatan dengan Harakah ekoran
keuzuran semakin serius. Sempat juga saya merasai pergolakan teruk dalam
Pas. Pendekatan yang dianggap lunak terhadap Umno dan kepimpinan Najib
Razak yang dipalit pelbagai skandal menimbulkan protes terbuka.
Bagaimanapun, Pas menafikan tuduhan berbaik- baik dengan Umno itu dan
menganggapnya fitnah jahat. Golongan yang tidak bersedia untuk “walak
sepenuhnya” digelar “munafik haraki”, “jebon”, “parasit”, “Anwarinas”
dan pelbagai jolokan negatif yang boleh dikaitkan dengan “pengkhianat”
dan ” antiulamak”.

Melihat dan membaca gerak politik sebahagian pemimpin tertinggi Pas,
terutama dari kalangan ulamak, termasuk kenyataan presidennya, Ustaz
Abdul Hadi Awang di Alor Limbat, Terengganu, tentang pembahagian lima
negeri untuk Pas dan menyerahkan bakinya kepada Umno, saya yakin Pas
bukan lagi sekutu pembangkang, malah beraksi seperti komponen tidak
rasmi BN.

Menjelang PRU14 yang kritikal itu, sikap politik Pas semakin pelik.
Ada-ada sahaja kritikan, sama ada secara lantang mahupun sindiran,
terhadap parti pembangkang lain. Namun kepada Umno-Najib, serangan tidak
dihalakan lagi. Pas cuba beraksi sebagai blok ketiga, atas cita-cita
menjadi king maker, namun saya tetap percaya ia sudah menjadi sekutu
atau mesra Umno. Pas semakin nampak janggal atau tidak serasi bersama
pembangkang.

Tersebar khabar angin Pas mendapat bantuan dana daripada Umno.
Terdapat bukti salinan transaksi bank atas nama beberapa pemimpin Pas
Terengganu dan akaun pilihan raya parti itu di peringkat pusat. Sudah
pasti Pas menyangkal keras. Ada ancaman untuknya mengambil tindakan
undang-undang terhadap seorang pemimpin AMANAH yang mendedahkannya,
tetapi akhirnya senyap begitu sahaja.

Pemimpin dan ahli-ahli Pas menyanggah habis-habisan tuduhan bahawa
parti itu bekerjasama dengan Umno dalam PRU14. Hujah mereka, Pas akan
bertanding di mana sahaja calon Umno menawar diri.

Tentu tidak masuk
akal Pas yang berlawan dengan Umno boleh mendapat bantuan wang daripada
seteru ketatnya itu. Daleh Pas itu nampaknya diterima umum. Dan tuduhan
pun reda. Hasilnya, Pas meletakkan calon paling ramai dalam sejarah,
sekitar 160 di peringkat Parlimen, iaitu melebihi bilangan dua pertiga!

Sarawak Report turut membangkitkan Pas menerima dana RM90 juta
daripada Umno. Kes itu dibawa ke mahkamah London; petanda Pas serius
menolak fitnah. Ahli-ahlinya tetap setia dan walak kepada pemimpin,
terutama presiden, Ustaz Hadi. Derma dikumpulkan bagi membiayai kos
mahkamah yang tinggi. Pada satu ketika digambarkan Pas telah memenangi
kes itu.

Malam 9 Mei 2018, kejutan besar dicatatkan. Sejarah gemilang Malaysia
terakam indah. Regim 61 tahun tumbang. Begitupun Pas dapat menawan
Terengganu dan pertahan Kelantan, dengan jumlah undi yang besar.
Pencapaiannya di Kedah dan Pahang juga agak luar biasa. Malah, analisis
terhadap keputusan PRU14 menunjukkan, jika dicampur undi calon-calon
Parlimen Pas dan BN, hampir 30 kerusi yang dimenangi PH boleh direbut.
Ini bermakna kerajaan BN mampu bertahan di Putrajaya jika Pas dan BN
berpakat. Di Kedah, gabungan Pas-BN mampu menang 30 daripada 36 kerusi
Dun dan menyapu bersih kerusi Parlimen, kecuali satu, di Langkawi.

Kerjasama Umno-Pas

Cerita kerjasama strategik Umno-Pas dalam PRU14 senyap seketika.
Tumpuan lebih tertumpu dengan gandingan baharu yang dibentuk rasmi
menjelang PRK Cameron Highlands.

Menjelang setahun PRU14, di Kompleks Pas Kedah, 27 April lalu, Najib
mendedahkan bahawa ‘penyatuan’ Pas-Umno adalah hasil dari “usaha
senyap-senyap” olehnya dan Ustaz Hadi. Jelas Najib, usaha itu bermula
ketika perbincangan isu RUU355 ketika beliau masih menjadi presiden Umno
dan juga perdana menteri.

“Sebab saya telah usahakan senyap-senyap perkara ini, selama ini
dengan Tok Guru Hadi waktu malam dia datang bincang RUU355 dan
perkara-perakra bersangkut paut kepentingan umat Islam. Hari ini saya
rasa begitu bersyukur apa saya telah mulakan, berputik zaman saya, hari
ini telah menjadi realiti,” tambah Najib.

Terbukti sudah, jalinan mesra Pas-Umno yang disyaki banyak pihak itu,
khususnya “golongan profesional” yang dusingkirkan, telah lama
berlangsung. Pertandingan tiga penjuru pada PRU14, di antara Pas-BN-PH
hanya satu strategi untuk memudahkan BN kekal betkuasa, dan memecahkan
undi pembangkang, selain mengelak “pemberontakan” dalam Pas. Waktu itu,
majoriti ahli Pas menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

Sebelum pendedahan Najib itu, awal Februari lalu, semasa dialog di
Wisma Umno Langkawi, bekas presiden Umno itu juga memberitahu, strategi
pertandingan tiga penjuru itu telah menyebabkan kerajaan BN tumbang. Dia
mengakui strategi itu berdasarkan perkiraan awal yang salah merujuk
keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dalam dua PRK tersebut,
calon-calon BN menang mudah. Waktu itu, faktor Mahathir dan parti
Bersatu belum menyerlah lagi.

Namun begitu, saya lebih tertarik dengan ulasan Husam Musa, Pengerusi
Pakatan Harapan Kelantan, yang juga bekas Naib Presiden Pas yang
dipecat keahlian disebabkan melanggar perlembagaan parti, dipercayai
antara lain, kerana menuduh ada kerjasama politik Pas-Umno dan
mengkritik kerajaan negeri Kelantan.

Husam dilapor mengucapkan terima kasih kepada Najib di atas
pendedahannya di Kompleks Pas Kedah itu. “Susulan strategi berlebihan
Pas itu menyaksikan Pas sendiri bertanggungjawab membunuh kerajaan BN.

“Ini sangat penting kerana Pas sebenarnya mematikan kedudukan Umno
sebagai kerajaan. Kalau ada pihak kata kehilangan kepimpinan Melayu,
ketuanan Melayu, membunuh kerajaan Melayu-Umno, parti yang
bertanggungjawab adalah Pas,” ulasnya.

Kata Husam, demi menunjukkan Pas tiada kerjasama dengan Umno maka
pada PRU14 pertandingan tiga penjuru berlaku namun Pas mengambil
tindakan ‘overdose’ (berlebihan).

“Pertandingan tiga penjuru itu juga strategi kerjasama, cuma Pas dan
Umno tidak bernasib baik kerana strategi itu dilakukan secara ‘overdose’
daripada sewajarnya iaitu Pas meletakkan calon tiga penjuru di tempat
yang menjadikan undi Umno pecah,” tambah Husam.

Bagi saya, tiada isu besar kerjasama Pas-Umno pasca PRU14 —
masing-masing berstatus pembangkang — meskipun terdapat banyak persoalan
berkaitan faktor Najib dan pemimpin Umno yang tercemar dengan dakwaan
korupsi serta salahguna kuasa.

Namun rekod menunjukkan hubungan intim kedua-dua parti itu, khususnya
membabitkan pemimpin tertingginya, sudah bermula menjelang PRU14 lagi.
Dan ia dibuat secara senyap-senyap tanpa memaklumkan kepada parti dan
ahli.

Bagaimanapun, ia menjadi strategi yang salah dan makan tuan.
Akhirnya, bertukar kepada tragedi, “kawan bunuh kawan” walaupun tanpa
niat! Tujuan asal pertandingan tiga penjuru untuk memudahkan BN menang
PRU14 tetapi yang berlaku riwayatnya sebagai penguasa yang diwarisi
sejak enam dasawarsa lalu, berakhir. Ada berpendapat, ia mungkin satu
bentuk hukuman di atas pengkhianatan pemimpin tertinggi Pas terhadap
perjuangan asal parti itu
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-87547094665979093602019-04-25T22:07:00.000+08:002019-09-11T22:08:07.868+08:00Sepenggal bermakna kembali zaman gelap dan sia-sia belaka!

Banyak
kalangan mendakwa anggota kerajaan hari ini masih bermentaliti
pembangkang. Mungkin 11 bulan memerintah berjaya mengubah sikap mereka
secara umum, tetapi kecenderungan yang diwarisi berdekad lamanya tidak
berjaya dikikis sepenuhnya.

Mentaliti pembangkang sering dikaitkan dengan kecenderungan
menyalahkan pihak lain semata-mata. Dalam konteks semasa, meletakkan
segala punca masalah negara yang bertindan-tindih ini kepada regim
terdahulu, Umno-BN. Minda oposisi juga kerap dihubungkan dengan
kegagalan menawarkan idea, dasar dan program baharu yang lebih baik
serta praktikal.

Mengimbau kemenangan PRU14 pada 9 Mei 2018 itu, banyak pihak mengakui
ia tidak terduga; dalam sekelip mata pembangkang yang hebat mengkritik
tiba-tiba bertukar menjadi menteri, menerajui posisi strategik dan
jawatan kanan. Ramai tokoh yang telahpun melepasi usia pencen, kini
perlu datang awal ke pejabat setiap pagi menggalas tanggungjawab besar,
suatu disiplin baru yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Dr Mahathir Mohamad berulang kali menyebut, manifesto Pakatan Harapan
dirangka dalam keadaan mereka menjangka tidak akan menang PRU14.
Justeru, ada janji-janji yang sememangnya sukar dilaksana, apatah lagi
tanpa mengetahui tahap kesihatan sebenar kewangan negara dan kekangan
lain yang melambatkan pelaksanaannya.

Pengerusi PH itu juga mengakui situasi amat berbeda di kala beliau
dilantik perdana menteri buat kali pertama pada 1981. Bukan sahaja
prestasi ekonomi baik ditinggalkan pendahulunya, Tun Hussein Onn dan
tiada atau kurang legasi buruk yang diwarisi, malah anggota kabinetnya
tidak sahaja berpengalaman tetapi jauh lebih senior daripada beliau
sendiri. Dr Mahathir juga menerajui Umno, parti teras dalam BN, yang
dilihat mendominasi gabungan pemerintah, memudahkannya membuat keputusan
penting.

Dalam sesi wawancara eksklusif dengan The Star, Dr Mahathir
mengakui terpaksa berkerja tiga kali lebih banyak berbanding dahulu,
sambil berkata, “Saya harus bekerja sepanjang hari … Terdapat banyak
masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana beberapa menteri saya tidak
cukup arif dalam mengendalikan masalah berkenaan, jadi mereka datang
kepada saya.”

Tambah Dr Mahathir, beberapa menterinya juga dilihat masih dalam
mentaliti pembangkang yang galak mengkritik dan bukannya melaksanakan
dasar sebagai sebahagian daripada kerajaan.

Namun begitu, kombinasi tokoh-tokoh berpengalaman dalam pentadbiran
Pakatan Harapan — malah cukup lama eksperimennya, termasuk mengetuai
jentera pentadbiran selama 22 tahun — bersama pemimpin yang ranum
idealisme adalah jalinan kompak yang sesuai untuk menjayakan misi
penting, memulihkan negara. Sekurang-kurangnya mereka tiada pengalaman
rasuah, menyalahgunakan kuasa dan mencuri dana awam!

Bayangkan, peralihan kepemimpinan negara berlaku tanpa Dr Mahathir,
Muhyiddin Yassin ataupun pemimpin-pemimpin orang pernah menerajui
kerajaan negeri, seperti Azmin Ali dan Lim Guan Eng. Proses pembelajaran
dan keserasian dapat dipercepatkan, selain lebih mudah mengesan
elemen-elemen sabotaj dalam perkhidmatan awam jika ada.

Begitu pun, masih banyak kelemahan, percanggahan atau tiada
persefahaman (juga timbul kenyataan kurang cerdik) sesama anggota
kabinet, sehingga dilihat ada aksi U-turn yang mengelirukan.
Ada kalanya menteri tersasul seolah-olah nampak sedikit ego dengan
jawatan yang disandang. Ya, kemahiran serta kebijaksanaan diplomasi
datang bersama pengalaman dan kematangan.

Wartawan veteran, A Kadir Jasin, yang juga penasihat media perdana
menteri berulang kali menegur. Dalam tulisan di blognya, beliau
menekankan, antara sungutan dan rungutan yang sering kita dengar
mengenai menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ketua menteri PH
ialah mereka tidak cukup kerap turun padang melawat projek dan bertemu
rakyat jelata.

“Malah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri betapa kekoknya
sesetengah daripada mereka apabila bersama rakyat jelata. Ada yang
seolah-olah mahu dipagari oleh pegawai dan pengawal supaya boleh
mengelak daripada mendengar keluh kesah rakyat jelata.”

Secara personal, sukar juga bagi saya, selepas begitu lama menjadi
pengkritik kerajaan, tiba-tiba beralih kepada pentas berbeda. Iaitu
mencari sisi positif terhadap dasar-dasar baharu pemerintah, tanpa
melupakan tugas untuk terus menegur dan mengingatkan. Apatah lagi
menginsafi hakikat peranan orang media sebagai “anjing penjaga” dan agen
semak-imbang.

Bukan mahu meremehkan fungsi oposisi, namun semua mengakui, tugas
memimpin dan mentadbir kerajaan pastinya jauh lebih sukar daripada
mengkritik dan membangkang. Sementalahan pula ditambah-sukar lagi dengan
warisan kebejatan yang berskala gergasi, juga bersekali jentera
pentadbiran sama, dipusakai turun-temurun sejak enam dekad.

Berlapang dada

Teringat pilihan sukar apabila Dr Mahathir mula mengkritik keras
Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan mengatur persefahaman
bersama barisan pembangkang, serta menjalin hubungan dengan Anwar
Ibrahim. Rekod bekas PM ke-4 itu, terutama dalam konteks hak asasi
manusia dan amalan demokrasi menimbulkan banyak persoalan. Namun, saya
tidak bermasalah untuk mengalu-alukan kehadirannya bersama pembangkan
bagi menumbangkan Mahathir. Lebih daripada itu, saya berlapang dada,
malah melihatnya sebagai satu kelebihan apabila Konvensyen Pakatan
Harapan pada Januari 2018 menamakan Mahathir sebagai calon perdana
menteri.

Saya tidak teragak-agak untuk mendukung resolusi PH itu, kerana tiada
pilihan lebih baik, selain menyedari kekuatan Dr Mahathir untuk
menghimpun sokongan, khususnya pengundi Melayu luar bandar. Faktor
Mahathir juga berjaya menyanggah propaganda Umno-BN yang mendakwa PH
didominasi atau nenjadi kuda tunggangan DAP.

Kini, menjelang setahun tarikh gemilang 9 Mei, suasana bulan madu
telah berlalu. Pembangkang ghairah mendakwa kerajaan PH hanya mampu
bertahan satu penggal. Gabungan Umno-Pas didakwa boleh mengatasi PH
dalam PRU15. Jumlah undi kedua-dua parti itu, dalam pilihan raya lalu,
untuk hampir 30 kerusi Parlimen boleh mengalahkan calon PH yang menang
di situ. Isu-isu Melayu-Islam dicanang sebagai sandaran serta modal
politik, dan ia nampak mempengaruhi audien. Sekurang-kurangnya oposisi
disuntik keyakinan tinggi untuk kembali memerintah.

Saya mengakui, tidak ramai menyedari pembaharuan agresif yang dipacu
kerajaan baharu. Dalam masa sama terdapat kelemahan, termasuk prestasi
anggota kabinet dan menteri besar serta exco negeri. Prestasi majoriti
MB Pakatan Harapan turut dipersoal secara terbuka. Juga nampak semacam
kecelaruan komunikasi politik. Keterbukaan turut mengundang risiko
negatif apabila tidak diurus dengan bijaksana dan matang. Namun
masing-masing dalam proses pembelajaran dan penyesuaian. Harapnya,
mereka lebih cepat belajar dan tidak membuatkan rakyat hilang sabar.

Sepanjang kerjaya sebagai wartawan dan penulis politik, sejak
pertengahan 1980-an, selama 30 tahun, saya tidak segan untuk mengakui
lebih cenderung kepada pembangkang. Bermula fajar indah 10 Mei 2018,
biarpun diselimuti gebar keuzuran, saya menukar posisi mendukung
pemerintah yang bertekad membawa tajdid dan reformasi.
Sekurang-kurangnya trend kemungkaran politik-ekonomi berjaya ditamatkan
dan sistem kenegaraan dibetulkan.

Tidak boleh digambarkan kefasadan tambah meluas jika regim Umno-BN
masih berkuasa. Kita bagai melintasi medan tempur penuh jerangkap
peledak. Alhamdulillah, demokrasi berjaya dipulihkan, kecurian dana awam
dihentikan, rasuah dibongkar dan korupter satu demi satu diseret ke
mahkamah, akta drakonian menunggu masa dipinda-mansuh, beban peningkatan
kos hidup serius ditangani.

Kerajaan perlu serius menangani keresahan awam. Korupsi bukan
satu-satunya punca kejatuhan regim. Begitu juga kecurangan demokrasi.
Mungkin tumbangnya kerajaan Pas di Terengganu (2004) dan di Kedah (2013)
bukan contoh sesuai tetapi boleh dijadikan iktibar. Pembaharuan perlu
kebijaksanaan, prioriti dan satu bentuk kemahiran. Jangan cemari dengan
aksi melampau atau mempamerkan mesej yang tidak diperlukan, walaupun
bertujuan baik. Niat yang tulus tanpa perlaksanaan berhikmah dan
penjelasan yang membumi mungkin tidak mencapai natijah yang diharapkan.

Tidak mudah menyuntik keyakinan buat rakyat bangkit menumbangkan
regim yang berakar 61 tahun. Segala impian melihat Malaysia yang lebih
adil, makmur dan sejahtera akan lebur jika PH bertahan hanya satu
penggal. Cita-cita luhur agar setiap rakyat dapat berteduh di bawah
lembayung redup yang damai akan berkubur andai BN kembali berkuasa.

Justeru, pengalaman setahun lalu penuh warna-warni itu memerlukan
proses pembetulan segera. Hendaknya mentaliti pembangkang sudah melalui
transformasi secukupnya sebagai peneraju perubahan. Gangguan bercirikan
perkauman usah diperkecil tetapi tidaklah sampai kelihatan panik
menanganinya. Hadam psikik kelompok Melayu dan olah secara bersama oleh
semua parti PH. Belajar berdiplomasi dengan segala rukun yang penuh seni
itu.

Idealisme seluhur dan secantik mana sekalipun akan menjadi
puing-puing berterbangan jika PH sekadar kerajaan satu penggal.
Kesempatan berharga yang gagal dimanfaatkan merupakan jenayah tidak
terampun.

Teman saya, editor dan penulis berbakat, Fathi Aris Omar menitipkan pesan panjang yang bermanfaat:

“Ramai demokrat dan aktivis mahu perubahan tulen. Tidak ramai yang
berfikir bagaimana mengekalkan kuasa yang mendukung perubahan itu.

“Perubahan sejati, bagi mereka, mestilah disegerakan tanpa tolak
ansur. Tolak ansur dengan rakyat, demi mengekalkan kuasa, dalam usaha
melaksanakan perubahan dianggap “wayang politik” sahaja.

“… Mereka tidak mahu melihat dinamika evolusi perubahan dalam demokrasi yang mereka laung-laungkan itu.

“Aktivis dan demokrat seharusnya tahu meletakkan perimbangan antara
perubahan yang berdikit-dikit dengan usaha mengekalkan kuasa.

“Kuasa yang mendukung proses demokrasi mesti dipertahankan atau
dikembangkan. Kita kena jadi “rakan kongsi strategik” dalam proses ini.

“Tiada guna perubahan demokratik jika hilang kuasa.

Demokrasi harus dikembangkan melalui Kuasa yang mendukungnya. Namun proses ini perlu rundingan dan tolak ansur.

“Yang kita cita-citakan, dalam perubahan demokratik, bukan usaha
kosmetik; perubahan sekadar di atas kertas dan perundangan tetapi gagal
jelira dalam sosio-budaya masyarakat.

“Kita mahu perubahan yang menanam nilai demokrasi, yang mengubah
jiwa, sikap dan tingkah laku. Sebab itu, Kuasa yang mendukung proses ini
perlu dipertahankan, sekurang-kurangnya dua atau tiga penggal pilihan
raya. Perubahan segera dan gopoh-gapah dalam tempoh sepenggal bukan
pilihan kita. Sepenggal ertinya tiada perubahan!”

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-82187723600213352082019-03-31T21:49:00.000+08:002019-09-11T22:00:26.634+08:00Pasca PRU14: Mengapa saya tetap komited agenda media bebas?

Pencapaian
kerajaan Pakatan Harapan sepanjang 10 bulan memerintah menimbulkan
pelbagai persoalan. Ramai mengalu-alukan perubahan, sekali gus bersyukur
dengan tamatnya regim kleptokrasi, namun tidak kurang pula mempertikai
pembaharuan yang sudah berjalan.

Meskipun proses pemulihan negara dijelaskan sedang meniti jalan sukar
ekoran bebanan tinggalan pemerintah terdahulu, majoriti rakyat yang
berani menolak Umno-BN pada 9 Mei 2018 mahu segera menikmati kesegaran
iklim Malaysia Baharu.

Sungutan tentang kos sara hidup yang terus meningkat, harga barangan
asas yang tidak turun, peluang pekerjaan yang terbatas, harga komoditi
utama yang rendah, nilai ringgit yang sukar ditingkatkan, subsidi atau
bantuan buat masyarakat B40 yang dipotong, serta banyak janji manfesto
yang belum tertunai. Rungutan itu diadun dengan pelbagai sentimen
perkauman dan agama sempit, sehingga mencetuskan keresahan dan
kegelisahan.

Secara peribadi, saya melihat situasi ini dengan sikap terbuka dan
berlapang dada. Pasca Rabu 9 Mei bukan hanya menyaksikan kerajaan
bertukar tetapi minda kebanyakan rakyat turut berubah.

Mereka semakin berfikiran kritis, terdedah kepada perkembangan yang
sukar dipastikan kesahihannya, dan lebih penting, era hari ini kerajaan
baharu secara sukarela telah melucutkan banyak kuasa yang diwarisi.

Rakyat menikmati — walaupun mungkin ramai tidak menyedarinya —
kebebasan bersuara yang tiada tolok bandingnya. Proses pendemokrasian
berjalan lancar. Media massa tidak lagi dikongkong, hatta pembangkang
bebas mengoperasikan akhbar harian. Saluran televisyen tidak lagi
menjadi pusat dakyah parti pemerintah seperti dahulu. Organ oposisi
dijual tanpa sekatan di pasaran terbuka; zaman KDN membuat rampasan
sudah berlalu.

Saya masih ingat, antara ungkapan menarik Pengerusi Pakatan Harapan,
Dr Mahathir Mohamad, pada pidato terakhirnya di Langkawi pada malam
terakhir kempen PRU14 ialah mahu mewujudkan Malaysia Baharu yang terhad
atau terbatas kuasanya. Saya ketika itu membayangkan rangkaian akta
drakonian yang mengongkong kebebasan bersuara dan berpersatuan akan
dimansuhkan atau dipinda bagi membuang segala sekatan itu.

Pastinya sebagai orang media, saya ternanti-nanti suasana lebih
kondusif untuk berkarya dan menulis, tidak lagi terikat dengan peraturan
karut-marut, pasaran terbuka untuk segala jenis penerbitan yang
bertanggungjawab, jauh sekali daripada operasi rampasan KDN atau
surat-surat amaran dan tunjuk-sebab dari Putrajaya.

Sejak mengetuai majalah kampus sekitar pertengahan 1980-an, saya
berdepan rintangan sukar-pedih sebelum diluluskan bahan-bahan penerbitan
untuk dicetak. Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkuasa mutlak menolak
mana-mana bahan yang tidak disukainya, manakala apa-apa jua bahan
bercetak yang hendak diedar atau dipamerkan dalam kaum wajib mendapat
kelulusan terlebih dahulu.

Aktivis kampus pula tidak dibenarkan
mengeluarkan sebarang kenyataan media, melainkan perlu melalui proses
penapisan. Ya, segalanya terlarang kecuali memperolehi ehsan khas!

Kerjaya saya bermula di Harakah, lidah rasmi Pas yang hanya mendapat
permit penerbitan pada 1987 selepas lama beroperasi (dalam bentuk
berbeda) dengan skala kecil tanpa lesen. Rangkaian pengedarannya
sentiasa diganggu terutama selepas diklasifikasikan sebagai “surat
berita”. Pencetak Harakah turut digertak secara halus susulan pindaan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, ekoran tangkapan borong ISA pada hujung
1987.

Gambar
sekitar Mac 2018 dirakam di sebuah stesen minyak yang giat mempromosi
kempen akta anti berita tidak benar yang bertujuan menyekat pembongkaran
salahguna kerajaan ketika itu.

Apabila saya mengambil keputusan berhenti Harakah dan memulakan
syarikat penerbitan sendiri pada 1988, tidak tergambar bagaimana
sukarnya permohonan untuk mendapatkan lesen akhbar mingguan atau majalah
bulanan. Hatta untuk menerbitkan makalah politik tidak berkala
(one-off) yang tidak memerlukan lesen pun, cukup payah, khususnya bagi
mencari pencetak yang sanggup menanggung risiko.

Menurut pindaan akta penerbitan, pencetak juga boleh dihadapkan ke
mahkamah jika bahan yang dicetaknya tidak mematuhi syarat-syarat ketat.
Ia bukan sahaja meliputi isi kandungannya yang terdedah kepada
penafsiran terbuka KDN malah tertakluk syarat-syarat remeh seperti perlu
mempamerkan nama dan alamat pencetak di halaman tertentu.

Nampak seperti tiada apa-apa masalah dengan syarat berkenaan, tetapi
di situlah bermulanya masalah lebih besar. Pengalaman saya sendiri dapat
menjadi contoh terbaik. Semua penerbitan saya, sejak 1988 hingga awal
2000-an, tidak mematuhi syarat KDN, iaitu tidak mempamerkan nama dan
pastinya alamat pencetak. Tiada pencetak yang sanggup meletakkan butiran
syarikat mereka, sekali gus meletakkan perniagaan mereka dalam risiko
dibatalkan lesen.

Mulanya saya tidak mempamerkan langsung keterangan tentang pencetak
dalam penerbitan saya, tetapi ia mungkin mengundang musibah lebih besar
kerana tidak mematuhi peraturan. Pencetak, seorang Tionghua yang
mengendalikan mesin secar kecil-kecilan di Sentul — kemudiannya menjadi
kawan rapat saya — mencadangkan agar dipamerkan juga nama dan alamat
pencetak, tetapi butiran yang palsu atau yang tidak wujud! Ia sekadar
untuk mengelirukan KDN.

“KDN takkan ada masa untuk periksa semua maklumat itu. Dan kalau dia
semak pun, you yang bertanggungjawab, bukan saya. Lagi pun you tak takut
‘kan dengan KDN atau polis?” katanya sambil ketawa besar.

Belum lagi dikisahkan bagaimana payahnya untuk memasarkan makalah
politik saya, terutama tabloid bukan periodikal. Majalah yang berpermit,
seperti Detik dan Wasilah turut terdedah dengan ancaman kerana dilihat
kritikal terhadap pemerintah. Rata-rata pengedar dan peruncit keberatan
kerana bimbang operasi rampasan dan terpaksa turun-naik mahkamah yang
membazirkan masa.

Saya sengaja mengimbau sisi gelita era cengkaman ke atas kebebasan
media itu untuk menzahirkan perbedaan ketara babak baharu selepas 9 Mei
2018. Meskipun menyedari kongkongan itu diperketatkan pada zaman Dr
Mahathir menjadi perdana menteri buat kali pertama dahulu, ia tidak
menghalang untuk kita terus membangkitkannya buat iktibar.

Kawalan keterlaluan melalui syarat-syarat karut- marut dan monopoli
pemilikan media itu sewajarnya dimansuhkan terus. Saya tidak pasti
sejauh mana perkembangan usaha reformasi institusi dan undang-undang
sedang berjalan, namun diharapkan ia tidak mengambil masa panjang.

Ada juga teman-teman yang kurang bersetuju dengan kempen kebebasan
media saya. Kata mereka, zaman sudah berubah, kini kebebasan itu telah
disalahguna oleh pembangkang dengan menyebar fitnah dan berita palsu.

Kerajaan harus lebih tegas dan jangan terlalu terbuka kerana ia
membawa mudarat, tambah mereka. Kerajaan PH mungkin berkuasa hanya
sepenggal jika terus membiarkan persepsi negatif ini berleluasa.

Pedoman

Mereka mahu saya memberi fokus untuk perkukuh media di bawah Pakatan
Harapan dan membantu perjelas dasar serta program kerajaan, daripada
terus memperjuang kebebasan media.

Saya bukan mencari helah, tetapi kesihatan yang tambah merosot
membataskan komitmen saya. Sekadar pemerhati pasif dan sesekali
melontarkan pandangan.

Sepatutnya saya merupakan insan paling gembira dan bersyukur di atas
perubahan pasca PRU14. Sempat jua di hujung julai usia ini, saya
menyaksikan dan merasai sendiri udara segar dan manis, erti kebebasan
yang dituntut sejak awal 1980- an.

Pelbagai inisiatif mempromosi kebebasan media dilakukan, sama ada
berbentuk memorandum bantahan, nota tuntutan, demonstrasi, mengusung
keranda, kenyataan akhbar, ceramah-forum-konvensyen, majlis makan malam,
menubuhkan NGO media bebas KAMI, kunjungi dan lobi ke pejabat Suhakam.

Selain itu saya turut melancarkan aktiviti proaktif seperti
menerbitkan majalah dan akhbar tanpa (tidak memerlukan) permit walaupun
berdepan operasi rampasan KDN dan tindakan mahkamah, juga memohon
puluhan permit sekalipun tidak pernah dilayan, apatah lagi untuk
dipanggil temuduga.

Benar, saya penyokong tegar usaha berterusan untuk menukar regim
Umno-BN, kalaupun bukan sebagai penggerak gigihnya. Saya tidak
segan-silu mengaku pendukung kuat Pas, kemudiannya Amanah, serta siri
gabungan pembangkang (Harakah Keadilan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah,
Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan terakhir Pakatan
Harapan) dan masa sama memperjuangkan kebebasan akhbar.

Parti politik yang telus dan bertanggungjawab, begitu juga pemerintah
berintegriti, tidak sepatutnya memusuhi media bebas meskipun berdepan
kritikan dan pendedahan yang menyakitkan. Ia bagai cermin buat pedoman
dan saluran efektif rakyat menyalurkan suara hati serta respons segera.

Saya akui keresahan dan rasa tidak puas hati penyokong PH dengan
sikap pengendali media kerajaan, seperti RTM dan Bernama, terutama untuk
menangkis serangan dan fitnah pembangkang. Agensi berkenaan dikatakan
kurang responsif terhadap cabaran semasa, sehingga menimbulkan gossip
ada tangan-tangan ghaib yang mensabotaj kerajaan baharu.

Dalam pertemuan saya bersama Dr Rais Yatim, bekas Menteri Penerangan
sebanyak dua kali, baru-baru ini, beliau turut berkongsi kekecewaan di
atas peranan RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia, terutama bagi
menjelaskan dasar-dasar baharu kerajaan, serentak menangkis serangan
pembangkang. Difahamkan masih berpengaruh pegawai-pegawai kanan yang
setia dengan regim lama atas posisi strategik mereka.

“Sekarang, Jabatan Penerangan hampir lumpuh. Saya tahulah, ramai
budak-budak saya di sana,” tambah Rais sambil mengharapkan ia kembali
berperanan dengan berkesan.

Menteri Komunikasi dan Multi Media juga dikatakan berdepan rintangan
sukar untuk membawa pembaharuan dan perubahan. RTM dan Jabatan
Penerangan dikenali sebagai lubuk buat juak-juak Umno sejak zaman
berzaman.

Ada teman-teman mengeluh, kita masih mempunyai kelompangan besar
apabila tiada akhbar harian mesra-PH yang dilancarkan selepas Utusan
Malaysia dan BH kekal di bawah pengaruh Umno.

“Sudahlah rakyat bebas bersuara sepenuhnya melalui media sosial,
manakala akhbar utama dan stesen televisyen swasta pun tidak dikawal
kerajaan. RTM pula tidak kreatif dan tiada inovasi baharu sebagai media
awam. Jenuhlah kita nak berlawan dengan pembangkang Umno-Pas,” seorang
kawan, wartawan veteran meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Saya sedang merangka tulisan tentang media pada era Malaysia Baharu
yang lebih menyeluruh, terutama berdepan gugatan manipulasi pelbagai
faham dan sentimen ekstrem.

Apa pun cabaran getirnya, ia jangan sampai menghalalkan akta-akta
drakonian dan regresif, termasuk Akta Antiberita Tidak Benar, atau
pengekalan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. Sebarang akta yang
memberi kuasa dan tafsiran terlalu luas kepada elit pemerintah mesti
dipinda, sementara akta yang menjamin kebebasan maklumat harus segera
diperkenalkan.

Usaha menangani berita palsu dan fitnah sudah memadai dengan
undang-undang sedia ada. Tidak perlu diserabutkan lagi dengan pelbagai
peraturan rimba, termasuk Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang terpaksa
diluluskan secara tergesa-gesa sebulan sebelum PRU14 itu.

Menjadi ujian kepada kerajaan PH untuk bijaksana mengolah cabaran
besar yang mungkin menggugat survival kuasa mereka. Ingat mutiara hikmah
janji Dr Mahathir pada malam 8 Mei 2018 untuk membentuk pemerintahan
yang terhad kuasanya, tetapi tidak pula sampai hilang keberkesanan
fungsi kerajaan.

Media bebas sentiasa dianggap seteru oleh anggota pentadbiran dan
mengundang bermacam-macam kesukaran natijah segala pendedahannya, namun
dari titik inilah bermulanya kerajaan berintegriti, antirasuah dan
prorakyat. Ya, agenda pembaharuan tidak semudah dilafazkan.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-35693787146599294272019-03-08T21:35:00.000+08:002019-09-11T22:00:04.406+08:00 Muafakat Umno-Pas: Sebelum PRU14 dan pasca PRK Semenyih

Catatan
pendek ini merupakan respons segera terhadap kerjasama atau
persefahaman politik di antara Pas dan Umno, yang terjalin secara rasmi
selepas PRK Dun Semenyih.

Realiti politik Malaysia tidak memungkinkan mana-mana parti
bertanding secara solo dan menolak muafakat dengan pihak lain, dalam
usaha meraih kuasa.

Umno mampu bertahan sebagai teraju pemerintahan selama enam
dasawarsa, dengan sebahagian besar tempoh itu memperolehi majoriti dua
pertiga, disebabkan keupayaannya menarik sokongan majoriti rakyat
daripada pelbagai kaum dan agama.

Saya secara peribadi menolak dan membantah keras ura-ura kerjasama
Pas berpakat dengan Umno, terutama untuk membentuk kerajaan campuran di
negeri Selangor dan Perak, pasca-PRU 2008.

Gosip pakatan sulit kedua-dua parti Melayu-Islam itu semakin
diperkatakan selepas PRU 2013, apabila BN hilang majoriti undi popular,
meskipun sokongan pengundi Melayu dapat ditingkatkan.

Pengalaman Pas juga, khususnya dalam era kepimpinan ulamak, bermula
PRU 1986, mendedahkannya dengan tahaluf siyasi bermula parti-parti kecil
dan komuniti masyarakat Cina, bercambah kerjasama serpihan Umno
misalnya Semangat 46 dan Parti Keadilan Nasional sehingga persefahaman
tidak formal seterusnya secara langsung dengan DAP.

Walaupun PRU14 menyaksikan Pas tidak berada lagi dalam kolisi
pembangkang dan bertanding seolah-olah secara bersendirian, tetapi satu
gabungan longgar turut dibentuk, iaitu Gagasan Sejahtera.

Pada hemat saya, persefahaman politik dengan Umno tidak banyak
membawa manfaat kepada Pas, malah menyebabkan parti Islam itu akan
hilang pengaruh dan integriti.

Kepercayaan pengundi, terutama bukan Islam mungkin kembali menjunam.
Posisinya dalam kerajaan perpaduan itu dikira tidak berupaya untuk
membawa langkah pembaharuan dan agenda reformasi. Apatah lagi kerajaan
Najib Razak dikenali sebagai regim kleptokrasi bertaraf global.

Saya memberi syarat, rundingan boleh dilakukan di antara Pas-Umno hanya setelah kerajaan BN tumbang, ketika kedua-duanya sama level,
selepas ego Umno sebagai elit pemerintah dileraikan. Ia juga ke arah
penyuburan amalan sistem dua parti, dengan mekanisme semak-imbang
diperkukuh. Kerjasama hanya boleh dimetrai apabila prinsip-prinsip asas
kenegaraan dan pembaharuan dipersetujui bersama.

Muafakat Umno-Pas menjelang PRU14 adalah berbeda sama sekali dengan
kerjasama pada masa kini. Beberapa tulisan saya sebelum ini lebih kepada
penjelasan babak-babak genting sebelum 9 Mei 2018, termasuk
pertandingan tiga penjuru untuk memecahkan undi penentang BN — strategi
yang diakui Najib sebagai gagal dan memenangkan Pakatan Harapan.

Begitu juga pengaruh Umno, termasuk peranan bekas menteri agama,
Jamil Khir, untuk memecah-belahkan kesatuan Pakatan Rakyat melalui isu
RUU355, dan dakwaan dana Umno disalurkan kepada pemimpin tertentu Pas.

Pastinya Pas berhak memutuskan strategi dan pendekatan politiknya
sendiri. Tiada siapa dapat menghalangnya. Mungkin ketika golongan yang
dianggap “jebon dan parasit” masih memimpin parti, ada halangan dan
bahtahan dalaman, sehingga usaha kerjasama itu cuba dilakukan dalam
gelap dan muktamar 2015 dipaksa menerima resolusi tanpa bahas, tetapi
keadaan sekarang sudah berbeda.

Sekarang Pas kerap menonjolkan sikap kebersamaan dan solidariti
pembangkang, suasana berbeda yang dirakamkan ketika kempen PRU14.
Pakatan Harapan dan Dr Mahathir Mohamad yang berada dalam blok
pembangkang waktu itu menjadi asakan Pas, dan tidak pula timbul sentimen
“kami sama-sama pembangkang”. Sebaliknya sifir yang dicatur pemimpin
atasan adalah membentuk kerajaan campuran BN-Pas, dengan mengekalkan
regim Najib.

Persefahaman politik dengan Umno tidak banyak membawa manfaat kepada Pas.

Bermain mata

Mungkin ada pihak mengkritik tulisan saya yang dilihat
mengungkit-ungkit cerita lama. Sudahlah, episod Pas bermain mata dengan
Umno sudah jadi sejarah. Tuduhan Pas terima duit Umno pun masih
berlegar-legar tanpa bukti sahih, kecuali suntikan dana RM2.5 juta
daripada pegawai Bendahari Umno ke dalam dua akaun Pas menjelang
Parlimen dibubarkan, Mac 2018.

Ya, saya menyedari hakikat itu. Ia memang kisah yang sudah berlalu.
Umno dan Pas gagal dalam strategi mereka yang diatur dalam gelap itu.
Namun sejarah perlu dibentangkan seadanya. Sekurang-kurangnya harus
ditafsirkan secara menyeluruh. Mungkin bagi pemimpin tertinggi Pas, ia
sekadar helah, bukannya pembohongan.

Tumpuan kini terfokus kepada pakatan politik Umno-Pas pasca PRU14,
melalui siri PRK, khususnya Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.
Jentera pilihan raya Pas bermati-matian membantu calon-calon BN dan
membuahkan kemenangan.

Semenyih lebih istimewa kerana dapat merampas kerusi milik PH. Ia
juga membuktikan sokongan majoriti pengundi Melayu kepada pembangkang.
Sekali gus ada pihak merumuskan bahawa gagasan “penyatuan ummah”
dipersetujui sebahagian besar orang Melayu.

Biarpun kuat menentang kerjasama politik Umno-Pas sebelum PRU14, saya
bersikap terbuka dengan eksperimen mutakhir. Malah saya menyambut baik
jika muafakat itu diluaskan lagi kepada sekutu BN, iaitu MCA dan MIC.
Biar ada dua kolisi besar parti, yang meliputi pelbagai kaum dan agama.

Sistem dua gabungan parti nampak seperti mula dirintis pada 1999
tetapi telah menempuh pelbagai pancaroba dan gugatan dalaman. Barisan
Alternatif (BA) tidak mampu bertahan sehingga PRU 2004. Muncul semula,
dengan jenama Pakatan Rakyat (PR) ekoran tsunami politik 2008, tetapi
hanya sempat menyertai satu pilihan raya, iaitu 2013. Terbarai
kemudiannya walaupun undi popular Pakatan Rakyat meraih sekitar 53
peratus.

Para penyokong Pas nampaknya menerima tanpa soal pendekatan
berbaik-baik dengan Umno. Sentimen anti-DAP yang ditohmah sebagai
menguasai Putrajaya, selain persepsi kerajaan PH mengabaikan kepentingan
Islam, berjaya meresahkan sebilangan besar orang Melayu. Kebebasan
bersuara yang dijamin pemerintahan baharu juga mendorong kegelisahan
yang direkayasa itu dikongsi oleh lebih ramai audien.

Balik kepada “persandingan” Umno-Pas, mungkin dalam konteks hari ini,
ia dianggap cabaran besar kepada PH. Bagaimanapun saya percaya, situasi
politik boleh cepat berubah. Misalnya, realiti PRK Sungai Besar dan
Kuala Kangsar, jauh berbeda dengan suasana sebenar PRU14, sehingga
percaturan Umno-Pas jauh tersasar.

Pembangkang dilihat berjaya memanipulasi sentimen agama dan kaum
secara optimum. Namua ia sebenarnya turut dibantu kegagalan kerajaan PH,
bukan sahaja untuk menunaikan janji manifesto, tetapi juga
ketidakberkesanan usaha penerangan secara menyeluruh.

Kes mahkamah bekas pemimpin-pemimpin kerajaan turut mempengaruhi
persepsi rakyat. Pertuduhan ke atas mereka cukup luar biasa tetapi belum
dibentangkan lagi di hadapan mahkamah. Mereka masih bebas
bergentayangan, malah selesa berkempen memburukkan kerajaan.

Bagi saya, tiada kesalahan besar, apatah lagi jenayah, dilakukan
kerajaan dan pimpinan PH. Mungkin ekspektasi rakyat begitu tinggi,
selepas lama dijerut Najib-BN, selain mereka tidak sabar menunggu
janji-janji berkaitan kualiti hidup dan kos barangan.

Sama-sama kita meneliti cerita politik era baharu ini terjalin. Ia
menjanjikan babak warna-warni yang mendebarkan semua pihak. Rakyat
semakin kritis untuk membuat penilaian dan penghakiman. Mereka mampu
memberi markah setepatnya ke atas aksi-aksi lakonan politik ini, di
pentas merebut kuasa.

Apa pun sudut pandang terhadap implikasi gabungan Umno-Pas ini, kita
perlu menunggu perkembangan selanjutnya. Terlalu cepat untuk diunjurkan
pengakhirannya menjelang PRU15. Pengalaman kerjasama politik Pas selama
ini tidak memihaknya. Namun, mungkin juga koleksi eksperimen itu sudah
cukup untuk mengajarnya agar lebih matangUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-36767040394671018842019-03-06T21:24:00.000+08:002019-09-11T22:00:33.911+08:00 ‘Pas memang terima duit Umno’

Deraf
awal tulisan di bawah ini saya siapkan lebih dua minggu lalu. Tentunya
apabila dibaca dalam konteks hari ini, ia boleh dianggap bagai
“tertinggal keretapi”. Banyak perkembangan baharu berlaku. Tepat sekali
kata bijak-pandai, dalam politik seminggu sudah terlalu lama.

Dalam tempoh 15 hari itu, saya pula uzur berpanjangan. Penglihatan
makin kabur. Dua tiga kali temujanji dengan pakar mata Hospital Shah
Alam sebagai persiapan operasi pembedahan kali kedua terpaksa
ditangguhkan.

Musim panas terik tambah memburukkan tahap kesihatan saya. Rutin
dialisis memerlukan pengambilan jumlah cecair disukat. Saya lebih suka
terperap di rumah, malah menghabiskan banyak masa terbaring di atas
katil. Daya fokus juga semakin terhad dan tidak mampu bertahan lama.

Kunjungan tetamu juga dibataskan.

Sikap politik Pas menjelang PRU14 memang meruntun minat dan perhatian
saya. Polemik dakwaan Pas terima duit Umno ketika itu, waktu Najib
Razak bergelumang skandal mega 1MDB, dianggap fitnah jahat dan
pembohongan besar.

Pas, bagi saya, berdasarkan pemerhatian terhadap aksi dan reaksi
beberapa pemimpin kanannya, sudah bersedia untuk bekerjasama dengan
Umno. Cuma ia terhalang kerana dikhuatiri apa-apa persefahaman atau
strategi politik dengan Umno akan menimbulkan bantahan atau
pemberontakan ahli-ahlinya. Ya, senario sebelum PRU14 dengan realiti
masa kini cukup berbeda.

Saya bercadang menghuraikan episod itu, termasuk isu cek RM1.4 juta
yang dihayar bagi pihak Presiden Pas kepada Sarawak Roport, dalam
kesempatan akan datang. Sebelum itu, eloklah dibaca catatan santai
mengenainya terlebih dahulu, yang ditulis dua minggu lalu:

Dakwaan Pas menerima dana besar daripada Umno (atau pemimpin Umno)
belum berakhir walaupun sudah ada penyelesaian di luar mahkamah dengan
Sarawak Report.

Ceritanya masih bersimpul-simpul, penuh tanda tanya dan kemusykilan.
Mengapa selepas jutaan ringgit dihanguskan untuk kos perbicaraan,
tiba-tiba sahaja “brek tangan ditarik ketika kereta meluncur laju”.

Kalau kos guaman terlalu mahal, apakah ia tidak dapat dijangka sejak
awal? Bukankah bagi Pas, soal maruah, nama baik dan harga diri tiada
galang gantinya? Duit boleh dicari, derma mampu dikutip, tabung jihad
mudah dilancarkan, tetapi izzah parti tiada taruhan.

Ramai bertanya, mengapa tidak dipilih untuk saman Husam Musa dan
Mahfuz Omar kerana mereka rakyat tempatan dan tidak perlu bersusah-payah
ke London? Dua Naib Presiden AMANAH itu turut mendakwa Pas menerima
dana Umno, cuma angka berbeda-beda. Bagi Husam, jumlahnya lebih RM90
juta, sementara Mahfuz mengemukakan slip bank RM2.5 juta telah
dimasukkan ke dalam akauan pilihan raya Pas negeri Terengganu.

Lebih lanjut, banyak pihak mempersoal, mengapa tiada terma khusus
dalam penyelesaian di luar mahkamah itu syarat yang memastikan dakwaan
Sarawak Report bahawa Pas terima dana Umno mesti ditarik balik. Saya pun
keliru. Sedangkan isu sebenar adalah tohmahan jelik tersebut. Ia mesti
dipadamkan. Permohonan maaf harus dituntut.

Tuduhan Pas terima duit Umno juga dikaitkan dengan audio Nik Abduh
Nik Abdul Aziz, yang dirakam dalam satu pertemuan dalaman, dihadiri
lebih kurang 40 orang aktivis Pas.

Pertama kali mendengar pendedahan suara itu, saya tidak syak lagi ia
milik Nik Abduh. Bukan hanya soal gemersik dan lantunan suaranya, tetapi
lebih kepada cerita dan kisah yang terangkum dalam audio itu. Terlalu
sukar dan payah untuk mereka-reka hikayat jika ia sebenarnya tidak
datang daripada Nik Abduh sendiri.

Malah bagi saya, video visual lebih mudah dilakonkan daripada rakaman
audio, apatah lagi dalam tempoh yang panjang, berdurasi hampir 21
minit. Begitu juga dengan nama-nama yang disebut berulang kali, seperti
Suwardi, Maulana Shaari dan lain-lain. Tidak mudah “penulis skrip” untuk
menghadam latar belakang kisah tersebut jika ia semata-mata lahir
daripada imiginasi dan khayalannya.

Apabila Nik Abduh mengakui audio itu adalah suaranya, maka tidak
berbangkit lagi penafiannya sebelum itu yang mendakwa ia merupakan
fitnah sampah oleh pemimpin AMANAH. Ramai pemimpin tertinggi Pas
menyokong Nik Abduh atas alasan dia terpaksa berbohong demi
menyelamatkan parti, khususnya ketika tarikh PRU14 begitu hampir sekali.

Maka pembohongan Nik Abduh itu terpaksa dijustifikasi dengan pelbagai
alasan. Sedih sekali. Termasuk hujah yang menyandarkan seerah nabi-nabi
dan pengalaman Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Dibimbangi, selepas
ini pembohongan sudah menjadi kelaziman dan lumrah, atas daleh
perjuangan atau motif yang didakwa luhur dan baik.

Sebenarnya kandungan audio Nik Abduh itu mempunyai cerita yang lebih
besar dan mendebarkan. Selain pengakuan menerima dana (atau rasuah
politik) Umno, tidak kiralah berapa jumlahnya, timbul isu lama mengenai
RUU355, manipulasi Suwardi dan Jamil Khir, Umno banyak bantu menjayakan
program-program Pas (termasuk membersihkan parti daripada jebon dan
parasit).

Saya tidak dapat mengesan di mana perbincangan ilmiahnya, seperti
dakwaan Presiden Pas, tetapi ia lebih menggambarkan personaliti sebenar
Nik Abduh, misalnya gelembongnya tentang hubungan rapat dengan CIA dan
kekagumannya terhadap kehebatan tidak terperi Maulana Shaari.

Di luar rakaman audio itu, sejak lama sebelum PRU14, saya menaruh
syak ada semacam persefahaman di antara sebilangan tertentu pimpinan
tertinggi Pas dengan Najib Razak. Tidak semua maklum akan gerakan sulit
itu, termasuk beberapa pemimpin kanan parti. Mohamad Sabu sendiri
mengakui banyak langkah sulit dalam parti dibuat tanpa pengetahuannya
ketika dia timbalan presiden.

Najib juga turut mendedahkan, memang rancangan pertandingan tiga
penjuru dalam PRU14 dibuat untuk memastikan BN kekal berkuasa, ekoran
eksperimen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Pas diyakini dapat
menarik sebahagian besar undi kelompok yang menentang Umno-BN.

Strategi Pas meletakkan calon paling ramai, sekitar 160 kerusi
Parlimen, adalah bertujuan untuk memastikan Najib-BN bertahan, dan
mereka percaya akan membentuk kerajaan campuran selepas 9 Mei 2018.
Itulah makna di sebalik angan-angan Pas menjadi “king maker”.

Seorang kenalan saya yang juga pernah berkawan rapat dengan seorang
personaliti yang disebut dalam audio itu berkata: “Walaupun usaha
membawa Pas bekerjasama dengan Umno gagal dimetrai semasa PRU14, sudah
ada broker politik di pihak Haji Hadi dan Najib yang menjadi kaya raya
dan senang-lenang.” Dan kawan saya itu menyambungnya dengan gelak besar.

Sementara itu seorang lagi teman, bekas pemimpin Pas dan kekal dalam
parti itu sehingga kempen PRU14 memberitahu saya: “Jumlah sebenar Pas
terima duit Umno tak dapat dipastikan, tetapi yang pasti, memang Pas
ambek duit Umno.”

Saya kira kita baru didedahkan dengan babak-babak awal drama yang masih panjang.

(bersambung lagi)

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-12557519263949804122019-02-11T22:11:00.000+08:002019-09-11T22:11:52.059+08:00Perjalanan panjang agenda revolusi tanpa darah

Buku Revolusi Tanpa Darah
merupakan judul keempat saya usahakan sejak uzur berpanjangan tiga
tahun lalu. Ia merakam detik-detik paling indah dan momen-momen tidak
mungkin dilupakan menumbangkan regim korup yang bertahan lebih enam
dasawarsa.

Alhamdulillah, buku-buku terdahulu, Lorong Sunyi Media Bebas, Parti Amanah Negara, dan Mengapa Mahathir? mendapat sambutan menggalakkan.

Judul terakhir, buku kecil sekitar 100 halaman, saya pasarkan secara
terburu-buru menjelang Parlimen dibubarkan pada April 2018, tetapi
dicari pembaca walaupun selepas keputusan PRU14 diumumkan.

Buku Mengapa Mahathir? bertujuan untuk memujuk penentang
tradisi Dr Mahathir Mohamad (waktu itu calon perdana menteri ketujuh)
dan penyokong tegar Pas, bagi memangkah simbol PKR, demi menjatuhkan
Najib Razak dan membentuk kerajaan baharu.

Lima ribu naskhah hampir habis menjelang hari mengundi 9 Mei. Lebih
700 buku yang tidak sempat dipasarkan saya sumbangkan kepada beberapa
teman yang menjadi calon AMANAH. Saya merasakan buku berkenaan mungkin
tidak relevan lagi selepas keputusan PRU14 diketahui.

Najib sendiri tidak menduga, begitu juga pemimpin Pakatan Harapan.
Usai pengiraan kertas undi, Rabu itu menjadi malam jahanam buat Umno-BN.

Kalaupun ada rancangan untuk sabotaj, segalanya sudah terlambat.
Rakyat Malaysia yang berani sudah mengukir sejarah paling gemilang.
Tekad mereka terkabul. Sang kleptokrat dihalau daripada Seri Perdana.

Buku Mengapa Mahathir? terpaksa diulang cetak meskipun
kandungannya dikhususkan untuk kempen PRU14. Pembaca tidak sabar
menunggu analisis pilihan raya, apa sahaja buku tentang Mahathir menjadi
rebutan!

Seperti lazimnya, kudrat menyusun buku khas PRU14 berjalan cukup
lambat. Berbekalkan jari telunjuk yang menaip lemah menggunakan tablet
di pembaringan, saya memulakan penyusunan buku seawal Jun 2018.

Format lama tidak berubah. “Buku gaya Lutfi” dikekalkan; ada siri
wawancara panjang bersama hampir 10 ahli akademik dan aktivis politik,
sudut pandang saya sendiri, dan lebih kurang 20 teman-teman yang
diundang menulis.

Saya turut menyiarkan terjemahan analisis dan artikel bersesuaian
yang asalnya berbahasa Inggeris. Maknanya, saya menyusun buku
sepertimana mengendalikan sebuah majalah.

Selalunya saya menetapkan judul buku sebelum mula menulis atau
menyusun bab. Tajuk seperti kompas buat memandu arah. Ternyata satu
perubahan yang begitu besar telah berlaku dalam politik negara.

Ada yang menyifatkannya sebagai gempa bumi atau tsunami dengan
magnitud besar. Ada pula menamakannya kebangkitan serentak rakyat
pelbagai kaum. Saya tertarik dengan julukan revolusi elektoral. Kalimah
revolusi sebati dengan jiwa saya sejak sekian lama.

Ya, ungkapan itu — revolusi — terlalu besar maknanya, sedangkan
perubahan ini, meskipun diakui menyimpan pengertian luar biasa, namun ia
tetap mengandungi impian luhur untuk memulakan proses reformasi
berskala besar dalam tempoh yang panjang.

Berkuku

Senario ketika langkah pertama bertukar selepas period 100 hari
kerajaan bertukar. Keresahan mulai dikesan terutama apabila banyak janji
manifesto tidak dapat ditunaikan.

Kerajaan berdepan kesulitan dan kesukaran menguruskan bagasi regim
lampau. Dana awam yang dicuri, korupsi membengkak, ketirisan tidak
terbendung, hutang melepasi trilion ringgit, kebocoran hampir setiap
peringkat.

Perubahan regim tidak bermakna segalanya sudah berubah. Jentera
pentadbiran masih dikawal rangkaian lama yang terbelit dengan tabiat
lama.

Pegawai tertinggi kerajaan tentunya sukar ditukar seluruhnya, kecuali
dirombak mengikut keperluan.

Menteri-menteri pula hampir semuanya tiada
pengalaman dan kemahiran, walaupun menpunyai idealisme luhur. Tidak
mustahil mereka sendiri turut dibuli pegawai-pegawai yang sudah berkuku.

Ya, revolusi tanpa darah ini mempunyai banyak keterbatasannya,
terutama bagi memastikan kelicinan peralihan kuasa tidak memberi impak
negatif kepada kehidupan rakyat.

Saya memilih judul Revolusi Tanpa Darah kerana perubahan besar 9 Mei
perlu dirakam sebagai peristiwa paling bermakna dalam sejarah panjang
tanahair kita. Malaysia terselamat daripada senarai negara gagal apabila
Umno-BN berjaya direhatkan dari tampuk kuasa.

Revolusi sering dikaitkan dengan pertumpahan darah dan kacau-bilau.
Peralihan kuasa di negara-negara sedang membangun dan dunia ketiga juga
tidak pernah melalui jalan mudah.

Huru-hara yang banyak memakan korban sentiasa menunggu. Proses
reformasi — bukan revolusi — di sebuah negara jiran juga menagih nyawa
dan kecelakaan.

Proses menyiapkan buku ini sepatutnya dilunaskan pada bulan September
2018 tetapi kerap tertangguh disebabkan tahap kesihatan saya yang tidak
menentu.

Rutin dialisis cukup melesukan. Penglihatan yang kabur teruk ekoran
diabetik retinopati menyukarkan saya menyusun abjad. Pembedahan mata
pada penghujung tahun banyak membantu namun halangan tetap ada apabila
rakan-rakan penulis undangan berdepan masalah masing-masing.

Ada yang menyiapkan tugasan seawal Jun, sebulan selepas 9 Mei.
Sehinggalah artikel terakhir yang saya terima pada Januari 2019, sewaktu
aroma keriangan bulan madu hampir pupus.

Ketika saya mula menghebahkan kemunculan buku baharu ini melalui
Facebook, kegelisahan masyarakat sudah terkesan. Harapan rakyat cukup
tinggi agar kerajaan Pakatan Harapan mengubah nasib mereka, mengurangkan
kos hidup seharian, meningkatkan harga komoditi utama seperti getah dan
sawit, membuka luas peluang pekerjaan, mengekalkan subsidi sara hudup,
mengurangkan kadar tol dan seumpamanya.

Episod kedua mengisi kemenangan atau pun huraian tentang cabaran
pembinaan semula negara tidak dimasukkan dalam buku setebal kira-kira
400 halaman itu.

Saya merancang untuk menyusun buku seterusnya tentang langkah-langkah
pembaharuan dan reformasi kerajaan dalam buku seterusnya, selain
mengupas perang merebut undi Melayu pra-PRU15.

Justeru, saya sudah menjangka reaksi negatif terhadap kemunculan buku
ini di kala sebahagian rakyat mulai resah dengan prestasi Pakatan
Harapan.

Tidak kurang yang mencemuh judul buku dan memperlekeh kalimah
revolusi yang saya pilih. Tentulah majoritinya adalah daripada
pembangkang Pas-Umno yang kini bergabung.

Rumah kaca

Saya mengalu-alukan respons terbuka dan agresif mereka. Dapat juga
kita mengesan kelemahan dan kekurangan kerajaan untuk segera melakukan
pembetulan dan pengubahsuaian. Persepsi tidak semestinya benar tetapi ia
bermanfaat untuk menguji keberkesanan proses penyampaian maklumat.

Sesungguhnya Pakatan Harapan sudah tidak “menikmati” lagi sokongan
selesa buat elit pemerintah seperti dahulu. Rakyat pasca 9 Mei lebih
kritis, terbuka dan matang.

Mereka tidak teragak-agak untuk mengkritik, mencemuh dan menentang.
Apatah lagi iklim kebebasan bersuara lebih telus, media lebih bebad,
budaya takut sudah hilang. Kerajaan seperti berada dalam rumah kaca.
Transparen dan tidak dapat disembunyi lagi.

Saya ketawa sendiri apabila membaca cemuhan dan sindiran terhadap
tajuk buku, seperti “reformasi hancing” atau “reformasi tanpa arah”.

Ia menguatkan tekad saya untuk terus menyumbang dan memberi makna kepada revolusi yang saya pilih. Perjalanan ini masih panjang.

Terima kasih buat pengkritik. Pembangkang masih ada peranan besar dan
strategik untuk memulihkan negara. Cuma, lebih molek jika berbahasa
dengan baik, dan elakkanlah daripada istilah “hancing” dan seumpamanya.

Perdana Menteri telah berusaha membebaskan negara daripada kongkongan
dan sekatan terhadap kebebasan bersuara. Cabang- cabang kuasa cuba
dipisahkan seperti sepatutnya. Inisiatif perangi rasuah dilancarkan
secara bersungguh-sungguh, tidak mengenal bulu.

Reformasi struktural menunggu giliran. Langkah penjimatan berjalan
lancar. Cuma cabaran berkaitan kos sara hidup dan beban ekonomi agak
perlahan ditangani. Penjelasan kerajaan pula seperti tersekat.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-68939564327343980802018-09-24T12:46:00.002+08:002019-09-11T21:44:25.354+08:00Selagi AMANAH tidak menang di Kelantan, Terengganu …

Sekitar jam 5 pagi. Menjelang Subuh, Sabtu, 22 September. Saya
terbangun selepas mendapat cukup rehat susulan rutin dialisis yang
meletihkan pada sore tadi.

Sempat menatap mesej yang masuk, sebelum ke bilik air. Dua tiga teman
memaklumkan mereka dalam perjalanan ke Temerloh. Menghadiri sambutan
ulangtahun ketiga Parti Amanah Negara di kampung pahlawan bangsa.

Sememangnya saya berhasrat untuk turut sama menyelit menyaksikan
kemeriahan acara penuh bersejarah itu. Tetapi seperti tekad sama
sebelumnya, keuzuran menghalang dan saya hanya dapat mengikuti
momen-momen menarik itu melalui lintas langsung FB sahaja.

Terima kasih kepesatan teknologi maklumat yang menghubungkan dunia
tanpa sempadan ini. Proses pendemokrasian pun turut bertambah matang.
Tiada yang jauh tidak terjangkau lagi walaupun kepada orang kurang
upaya. Alhamdulillah.

Tiga tahun adalah usia terlalu muda dan mentah. Namun dalam politik,
seminggu pun sudah lama. Pelbagai perubahan boleh dicorakkan. Malah,
Parti Pribumi Bersatu Malaysia lebih junior, tetapi ketuanya menjadi
perdana menteri. Ada parti setahun jagung dapat menumbangkan kerajaan
negeri, seperti beberapa kali berlaku di Sabah.

Sahabat dan bekas bos saya di Harakah, Zin Mahmud, menulis, biarpun
AMANAH berusia tiga tahun, para pemimpin kanan dan pengasasnya sudah
berkecimpung aktif dalam politik sejak 35 tahun lalu dan turut
menggerakkan perubahan besar dalam Pas, pada 1983.

Di samping itu, roh dan semangat perjuangan AMANAH mengalir panas
dalam rantaian panjang siri kesedaran gerakan tajdid dunia Islam bermula
akhir abad ke-19 lagi.

Meskipun ketika detik-detik kritikal pergeseran berkocak dalam Pas
saya kerap berkurung di rumah, saya dapat merasai kegelisahan itu.

Episod demi episod berlangsung secara dramatik. Pecah menuju belah.
Rakan-rakan yang terusir setandan berdepan masa depan yang kabur.
Pastinya tidak mudah merumuskan solusi apabila tersekat di jalan mati.

Mungkin pada awalnya tidak ramai yang suka memilih opsyen menubuhkan
parti Islam yang baru. Allah melorongkan kemudahan untuk masing-masing
bersepakat menerima ilham agar masa tidak dibazirkan masa untuk membuat
eksperimen politik.

Dari Gerakan Harapan Baharu bertukar kulit menjadi wadah siyasah yang
progresif, inklusif dan peduli. Dengan pendekatan Islami yang lebih
segar dan mewangi, Rahmatan lil ‘Alamin. Didukung pemimpin dan aktivis
yang tahan uji, istiqamah, berpengalaman, berminda terbuka, seterusnya
bersedia menempuh cacimaki dan fitnah menghiris, termasuk dari rakan
taulan sendiri.

Kebetulan saya lebih mengenali dan agak akrab dengan beberapa
pimpinan utama pengasas AMANAH. Menyaksikan personaliti yang lasak,
berketrampilan, jujur, pembela golongan marhaen dan tertindas, mudah
didampingi, merendah diri, pemacu perubahan dan tidak asing, malah
serasi dengan sekutu pembangkang yang lain.

Apa pun, ada pihak menyifatkan kelompok 18 “jebon” yang disingkirkan
perwakilan pada Muktamar Pas 2015 itu begitu naif untuk membaca grand
design bagi menghalau mereka keluar.

Ternyata tidak mudah untuk menerima kewujudan sebuah lagi parti
Islam. Apatah pula tidak ketara penyimpangan Pas daripada prinsip asas
agama. Semasa kempen pemilihan parti 2015, jawatan presiden bukan
menjadi sasaran, malah kumpulan “profesional” tidak secara terbuka mahu
mengetepikan Ustaz Abdul Hadi Awang. Dalam pada itu, sudah sekian lama
menjadi pegangan ahli Pas tentang keperluan jamaah Islam yang tunggal.

Babak-babak getir berdepan cemuhan dan kecaman sudah dirakam sejarah.
Sehingga ada “fatwa” halal darah oleh pimpinan Pas, bertaraf tok guru.
Semua insideb itu merancakkan lagi proses percambahan dan kematangan
parti baharu.

Para pemimpin AMANAH, sebagaimana latar tahan uji berdepan tribulasi
sebelumnya, mampu meredah pelbagai gugatan baharu. Dengan sabar mereka
bersama-sama membentuk muafakat pembangkang, Pakatan Harapan,
menggantikan kolisi yang terburai, Pakatan Rakyat. Tidak senang untuk
memposisikan diri di kala rakan sekutu melihatnya sebagai parti kecil
dan kerdil.

Sedari awal, saya sudah menjangka kesulitan AMANAH untuk menuntut
jumlah kerusi pilihan raya yang berpadanan. Apa kayu ukur yang boleh
dijadikan rujukan atau terma rundingan? Bilangan keahlian atau cawangan
di peringkat akar umbi? Personaliti parti yang berpengaruh dan popular?
Jelas AMANAH tidak banyak kelebihan daripada sudut itu.

Benar sekali, kesepakatan rundingan kerusi tidak disambut gembira
oleh ahli-ahli AMANAH. Walaupun Dr Mahathir Mohamad mengisytihar secara
terbuka di hujung konvensyen Pakatan Harapan, Januari 2018, bahawa
kesediaan AMANAH menerima jumlah kerusi Parlimen yang kecil itu telah
menyelamatkan keadaan, rasa terbuku di dada sukar diredakan.

Tanpa kerelaan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, mematuhi ketetapan
kerusi, Pakatan Harapan dibayangkan menemui jalan buntu dan tidak mampu
menawarkan alternatif terbaik buat rakyat.

Rakan-rakan saya di Kuala Lumpur tambah terkilan apabila AMANAH
langsung tidak mendapat sebarang kerusi. Wilayah Persekutuan pula tidak
mempunyai kerusi Dun seperti negeri-negeri lain yang boleh dijadikan
“pampasan” atau tukar ganti.

Dua pemimpin utama AMANAH Wilayah, pengerusi Dr Hatta Ramli dan
timbalannya Tarmizi Mat Jam bertanding di Perak, masing-masing di Lumut
dan Parit. Untuk tempoh yang agak pendek, aktivis parti di Wilayah bagai
anak ayam kehilangan ibu.

Mungkin hasil tarbiyah yang agak panjang, bermula dalam parti lama,
ahli-ahli AMANAH cepat menyesuaikan diri dengan keputusan parti.
Menyedari kudrat sebuah parti baharu dan kepentingan merapatkan saf
menumbangkan regim keleptokrat, PRU14 dihadapi penuh iltizam.

Alhamdulillah, rakyat menggenggam erat, bahkan menggigit kemas tekad
perubahan. Revolusi tanpa-darah terpahat dalam sejarah Malaysia Baharu.
Kemenangan milik semua. Bukan hak parti-parti yang mendapat kerusi
terbanyak. Bukan kepunyaan Pakatan Harapan sendiri.

Tetapi milik rakyat Malaysia seluruhnya. Mereka mungkin tidak kenal
PH, mahupun PKR yang digunakan lambangnya sebagai logo bersama, apatah
lagi parti-parti komponen yang lain. Rakyat nekad untuk menolak Umno-BN.
Rakyat pemberani!

Justeru, saya senang hati sekali melihat Perdana Menteri menyusun
kabinet atas prinsip semua parti dalam PH dilayan sebagai equal partner.

Hampir semua ahli Parlimen AMANAH mendapat kedudukan strategik dalam
pentadbiran kerajaan sebagai menteri dan timbalan menteri. Saya sukar
menduga apa mesej Dr Mahathir apabila melantik Khalid Samad, MP Shah
Alam sebagai Menteri Wilayah selepas tiada seorang pun wakil AMANAH yang
terpilih sebagai calon PH di Wilayah Persekutuan.

Lima menteri, lima timbalan menteri, seorang ketua menteri, dua
Speaker Dun, tiga Exco kerajaan negeri di Perak dan Kedah, masing-masing
dua di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Tanggungjawab serta amanah
berat menunggu.

Umno ditimpa masalah tidak terpikul selepas diheret menjadi oposisi,
tanpa kuasa, pengaruh dan dana. AMANAH pula dihadapkan cabaran perit dan
kebijaksanaan untuk menguruskan parti di kala semua pimpinan utama
disibukkan dengan urusan rasmi kerajaan.

Ya, Umno dilanda krisis apabila gagal menangani magik kuasa dan
takhta. Ia menggelonsor terjunam bersama wang berbilion, dengan kuasa
mutlak menguasai kerajaan.

Dr Mahathir, beberapa kali meluahkan rasa tidak puas hati dengan
prestasi jemaah menterinya, mungkin disebabkan masih terlalu junior.

Namun Malaysia yang hampir bankrap dan sarat dengan tinggalan
pelbagai penyelewengan, tidak mampu untuk menunggu masa lebih lama untuk
dirawat dan dipulihkan.

Sudah pasti kritikan Dr Mahathir itu juga terarah kepada
menteri-menteri AMANAH. Mereka perlu cepat belajar, pantas menyesuaikan
diri serta bingkas menimba pengalaman selok-belok pengurusan dan
pentadbiran kerajaan.

AMANAH, sebuah parti Islam, dengan keahlian terbuka kepada semua,
meskipun berbeda dengan Pas dan tidak pula berhasrat menjadi Pas 2,0,
tetapi ia perlu mendapat sokongan meluas di kawasan majoriti pengundi
Melayu, sekali gus pesaing kuat Pas.

Diakui AMANAH mendapat tempat dan sokongan menggalakkan di kawasan
bandar dan semi kota, penempatan kelas menengah, tetapi bagaimana
pengaruhnya di kawasan kampung tradisional?

Apa respons penduduk terhadap parti baharu ini di wilayah majoriti
Melayu, terutama di kubu Pas, seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan
sebahagian Pahang?

Dan sememangnya AMANAH diberi kepercayaan menerajui Pakatan Harapan
di Kelantan dan Terengganu, tetapi bukan sahaja gagal memperolehi
sebarang kerusi Dun dan Parlimen, malah kebanyakan calon-calonnya hilang
wang pertaruhan dalam PRU14.

Begitu juga di kerusi-kerusi majoriti Melayu di Kedah dan Pahang. Pas
masih berkuku di sana. Di Pahang, AMANAH gagal memenangi sebarang
kerusi Dun, manakala Pas meraih sepuluh. Di Kedah, Pas secara solo
mengutip 15 kerusi, prestasi paling tinggi sepanjang sejarahnya di
Jelapang Padi itu.

Seorang rakan saya membisik, AMANAH boleh sahaja menang, mungkin
bertambah besar di Pantai Barat, tetapi jika terus kalah di Kelantan,
Terengganu dan kerusi tertentu di Kedah dan Pahang, “maaf, saya tidak
terasa kemanisannya”. Dia seperti tidak berpuas hati dengan perkembangan
AMANAH di empat negeri tersebut.

“AMANAH hanya akan lebih dihormati dan dipandang tinggi jika dapat
menawarkan altenatif terbaik kepada penyokong Pas terutama di
kampung-kampunf, termasuk di kawasan pondok,” ujar rakan saya itu lagi.

“Memang payah menembusi minda dan hati masyarakat Islam yang
konservatif, apatah lagi majoriti para asatizah yang popular masih
bersama pegangan Pas, tapi AMANAH perlu lebih proaktif dan sistematik,
bukan saja melebarkan pengaruh politik tetapi membawa perubahan besar
selari dengan konsep Rahmatan lil ‘Alamin dan maqasid syariah,” kata
seorang sahabat saya yang lain, seorang pensyarah muda di sebuah IPTA.

Alhamdulillah, Mohamad Sabu, dalam pidato presiden di Temerloh, pagi
Sabtu, 22 September itu memaklumkan AMANAH selepas PRU14 menerima
keahlian baru yang mendadak. Menariknya, Kelantan mencatat jumlah paling
ramai. Malah Rusila, kampung Presiden Pas sendiri sudah menerima
tempias meluasnya pengaruh parti yang ditubuhkan pada 16 Srptember 2015.

Dalam majlis sama, Naib Presiden, Mahfuz Omar turut mengisytiharkan
beberapa personaliti popular, antaranya Ustaz Hassan Mahmood Al-Hafiz
dan Ustaz Ghazali Ibrahim, telah menyertai AMANAH. Kedua-duanya boleh
dianggap pendakwah selebriti yang mampu menarik, minat lebih ramai
audien terhadap parti masa depan itu.

Apabila Naib Presiden AMANAH, Dr Mujahid Yuso

f Rawa dilantik sebagai
menteri agama, ia bukan sahaja kesempatan terbaik buat mempromosi citra
Islam yang indah dan ramah, tetapi juga bebanan tanggungjawab berat
untuk mengubah tanggapan konservatif yang telah berakar sejak berzaman.
Ada yang menganggap ia lanjutan pertarungan Kaum Tua dan Kaum Muda.

Dr Mahathir ada banyak kelemahan dan kesilapan. Bergantung kepada
sisi mana beliau dipandang. Tetapi dalam waktu sukar ini, mewarisi
Malaysia yang pincang dan kronik, dengan segala perjanjian yang
merugikan, peringatan khususnya kepada anggota pentadbiran yang baru,
termasuk daripada AMANAH, belajarlah semaksimum mungkin bergurukan Dr
Mahathir.

Selain pandangan jauhnya, kerajinan, berdisiplin tinggi, dan
ketepatan waktu, dedikasi mempelajari ilmu dan kemahiran baru,
kebijaksanaan mengolah pandangan berbeda, juga ketegasan berdepan siapa
sahaja, termasuk pihak istana dan kuasa besar.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-29222055325981433322018-09-21T12:02:00.000+08:002018-09-24T12:38:22.670+08:00Apa salahnya Umno-Pas berpakat?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Tidak pasti bagaimana ia bermula, tetapi Muktamar Pas baru-baru ini
mengesahkan hubungan intim parti berkenaan dengan Umno bukan rahsia
lagi, apabila Presiden parti yag pernah menerajui kerajaan lebih enam
dekad itu, Ahmad Zahid Hamidi bersama pimpinan tertingginya hadir
memenuhi jemputan.

Sudah pasti bibitnya bukan baru mula bertunas dalam pilihan raya
kecil Sungai Kandis atau Seri Setia, malah ia diintai lebih awal lagi,
mungkin sejak pasca pilihan raya umum 2008, yang merakamkan tsunami
politik tidak terduga.

Segalanya menjadi lebih mudah dan agak teratur, apabila sebahagian
daripada barisan kepimpinan tertinggi Pas, yang dipandu senarai “chai”
gugur setandan pada 2015. Suara-suara kritis yang menolak sebarang usaha
untuk mendekatkan Pas-Umno dapat diredakan.

Agenda Melayu- Islam

Agenda Melayu-Islam tiba-tiba sahaja menjadi popular dan dipersoalkan
terutama apabila kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat di negeri-negeri
Selangor, Pulau Pinang dan Perak dalam PRU12. Timbul rungutan dan
keresahan dalam Pas, termasuk tentang survival politik Melayu.

Peluang untuk menggantikan regim Umno-BN terhampar luas, apatah lagi
majoriti dua pertiga pemerintah di Parlimen dapat dinafikan, namun di
saat-saat strategik itu jugalah kesepakatan sesama pembangkang mulai
terongkai.

Selepas bertungkus-lumus begitu lama, meredah belantara rimba
kesakitan dan keperitan sebagai oposisi yang dinafikan hak, juga melalui
rantaian eksperimen politik yang mendebarkan, sayangnya apabila rakyat
mempamerkan mood perubahan yang menjanjikan, pakatan pembangkang pula
diancam sikap curiga-mencurigai. Nampak sikap saling percaya di antara
tiga parti yang dipupuk dengan cermat dan hati-hati, diselinap syak
wasangka.

Lebih menakjubkan, sewaktu Umno-BN dilanda kecamuk paling dahsyat,
terburainya skandal kewangan super mega, perdana menteri (dan isteri)
mengalami defisit kepercayaan terburuk, Pas sebagai parti pembangkang
terkanan dan sarat pengalaman, mengambil pendekatan dan strategi siyasah
yang dilihat mengelirukan.

Pas kelihatan bertukar menjadi parti politik mesra Umno dan nampak
cukup kritikal dan cerewet apabila berdepan rakan-rakan oposisi,
khususnya DAP. Sahabat lama, PKR, pun tidak terlepas daripada kritikan
sehingga ada percubaan secara rasmi untuk mengkaji semula hubungan baik
sejak 1999 itu.

Bersikap kritis dan amalan tegur-menegur sesama komponen Pakatan
Rakyat adalah lumrah, tetapi apabila mulai ditafsirkan Pas sebagai
cenderung dengan Umno, maka kecurigaan dan syak wasangka itu hanya
membawa padah.

Namun begitu kepimpinan tertinggi Pas secara konsisten menafikan
mereka berhasrat membentuk kerjasama politik dengan Umno, sebaliknya
menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah karut dan berniat jahat.

Bagi saya, Pas sendiri terbahagi dua. Memang ada yang condong untuk
mengadakan persefahaman politik dengan Umno, tetapi takut mengemukakan
cadangan itu secara terbuka.

Dibimbangi pemimpin lapis pertengahan dan khususnya penyokong akar
umbi akan menolak, malah menentang. Apatah lagi sudah tersedia wadah
alternatif, sebagai pilihan, yang juga berjenama Islam, iaitu Parti
Amanah Negara.

Malah, semasa mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan
DAP di muktamar Kuala Selangor 2015, usul Dewan Ulama itu diarahkan
untuk diterima tanpa bahas. Mungkin dikhuatiri ia boleh mencetuskan
kontroversi berpanjangan, atau boleh sahaja dibantah para perwakilan.

Apatah lagi menjelang PRU14, imej Najib Razak semakin memburuk dan
membusuk dengan skandal 1MDB sehingga Dr Mahathir Mohamad dalam
jelajahnya ke seluruh pelosok tanahair menggelarnya
pencuri-penyangak-penyamun dan Perdana Menteri langsung tidak berupaya
menyanggahnya.

Rakyat terpengaruh dengan kempen agresif Pakatan Harapan
apabila segala pendedahan mengenai kleptokrasi lebih RM50 ribu juta itu
tidak dapat dijawab.

Blok ketiga tidak ke mana

Penubuhan blok ketiga, Gagasan Sejahtera, yang diterajui Pas pula
tidak membawa sebarang makna kepada suatu gabungan yang berkesan untuk
menggantikan BN. Pas dilihat seolah-olah bertanding secara solo.

Parti Ikatan, Berjasa, Parti Cinta Malaysia ibarat melukut di tepi
gantang. Dan sasaran kempen Pas, jika dilihat ucapan presidennya, Ustaz
Abdul Hadi Awang, bukan lagi menyerang Umno-BN, tetapi lebih kritikal
terhadap personaliti Dr
Mahathir dan Pakatan Harapan.

Ramai penganalisis keliru apabila Pas nekad meletakkan begitu ramai
calon di kerusi Parlimen, hampir 160 orang. Ketika itu, dijangkakan
pertandingan tiga penjuru hanya menguntungjkan penyandang, Umno-BN. Pas
dianggap pemecah undi pembangkang.

Tiga empat orang doktor pakar yang merawat saya juga meluahkan rasa
kecewa dengan langkah Pas itu. Bagi mereka peluang terbaik untuk melihat
kerajaan baharu tertegak menjadi semakin sukar.

Pas
dan Ikatan bekerjasama untuk membentuk blok ketiga namun dilihat gagal
menjadi gabungan yang berkesan dalam landskap politik semasa.

Saya sendiri, dalam buku nipis semasa kempen PRU14, Mengapa
Mahathir?, mengupas hasrat Pas menjadi king maker, dan menyifatkan undi
kepada parti berkenaan sebagai membazir kerana mensia-siakan peluang
terbaik untuk menubuhkan kerajaan baharu. Saya menjangka, masih ramai
penyokong Pas yang keliru dan kebengongan,
berada di persimpangan, antara ketaatan tanpa soal atau walak, dengan tekad membara untuk menjatuhkan regim usang.

Walaupun pemimpin Pas tampil menghuraikan, jika jumlah kerusi
dimenangi Pas memungkinkannya menjadi penentu, maka mereka akan
berunding dahulu dengan PH dan BN, kemudiannya menilai tawaran terbaik,
namun hati kecil saya lebih percaya, Pas akan berlari untuk membentuk
kerajaan dengan BN!

Saya secara peribadi lebih mengharapkan Pas dapat membuat ketetapan
jelas sebelum hari penamaan calon, sama ada bersama BN atau PH, agar
penyokong tradisinya tidak keliru. Lagipun undi rakyat bukanlah komoditi
atau barang dagangan untuk dipertaruhkan bagi merebut kuasa. Tidak
perlu menunggu keputusan PRU14 diumumkan.

Saya yakin — dan itulah juga menjadi kerisauan pemimpinnya — jika Pas
memilih untuk bersama BN, ia akan kehilangan sebahagian besar sokongan
pengikut tegarnya, terutama di Kedah, Terengganu dan Kelantan. Sikap
politik penyokongnya di negeri berkenaan menolak keras sebarang muafakat
dengan Umno.

Pas di wilayah tertentu itu sebenarnya berjaya mengekal atau menarik
sokongan simpati pengundi yang menolak regim korup Umno-BN, apatah lagi
dengan kes kleptokrasi paling besar di dunia.

Sebalik kemenangan di Kelantan,Terengganu

Kemenangan besarnya di Pantai Timur juga impak limpahan kesedaran
merata di seluruh negara yang mahukan perubahan mendasar dalam
pemerintahan dan pentadbiran negara.

Tambahan pula pengundi di Kelantan dan Terengganu kurang mengenali
atau mempunyai tanggapan agak negatif terhadap parti-parti dalam PH. PKR
sejak lama tidak berpengaruh di sana. DAP pula asing-pelik buat
pengundi Melayu yang membentuk lebih 95 peratus pengundi.

AMANAH dilabel persepsi pengkhianat jamaah Islam dan alat DAP.
Bersatu pula cukup muda, serta berdepan banyak sekatan birokrasi dan
imej Dr Mahathir tidak banyak membantu, sebaliknya menimbulkan
kecelaruan.

Serangan liar Pengerusi Bersatu itu di hari-hari akhir kempen
terhadap tragedi Memali sehingga menyifatkan Ustaz Ibrahim Libya dan
anak-anak muridnya sebagai “mati katak” membuatkan penyokong Pas yang
mahu mengundi PH membatalkan hasrat mereka. Mahathir dilihat masih
berperwatakan seperti era 1981-2003.

Di Pantai Timur, mereka juga beranggapan sokongan kepada PH hanya
membazirkan undi kerana dikira tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan dan
hanya menguntungkan BN. Justeru, demi mengalahkan Umno, tiada pilihan
efektif selain mengundi Pas. Mengundi PH dikira memecahkan sokongan
kepada lawan BN.

Maknanya, di kala Pas berjaya memastikan penyokongnya tetap setia, PH
pula hanya dapat menarik sokongan pengundi BN. Justeru Pas kekal
bertahan status quo dan mendapat kelebihan besar apabila peratusan undi
BN merosot dengan teruk, manakala majoriti calon PH hilang deposit.

Rata-rata masyarakat Pantai Timur juga masih pada tahap pemahaman
Islam yang konservatif, manakala AMANAH pula kurang mampu mengetengahkan
pemimpim berwibawa di peringkat lokal.Wawasan Islam Rahmatan Lil Alamin
dengan pendekatan progresif dan inklusifnya perlu diperjelaskan secara
proaktif lagi.

Namun begitu saya yakin potensi parti Islam baharu ini cukup
menyerlah terutama selepas diberi kepercayaan besar dalam pentadbiran
kerajaan pusat dan sememangnya AMANAH dipilih menerajui PH Kelantan dan
Terengganu pada PRU14.

Apabila ada pemerhati, malah sarjana politik, yang membayangkan,
seandainya Pas dan BN bergabung atau membentuk persefahaman politik
semasa menyertai PRU14, maka PH dapat dihalang daripada berkuasa, saya
tidak bersetuju dengan tanggapan sebegitu.

Benar, bagi hampir 30 kerusi Parlimen yang dimenangi PH, jika
dicampur undi Pas dan BN, maka ia melebihi jumlah undi calon yang
bertanding atas logo PKR itu.

Bagaimanapun, siapa dapat memberi jaminan bahawa undi yang diperolehi
Pas itu, tidak beralih kepada PH jika ada pengundi melihat ada
kerjasama erat di antara Pas-BN?

Sentimen menolak Najib-BN begitu kuat di waktu itu. Mana-mana calon
yang dikaitkan dengan regim korup itu, walaupun berpersonaliti baik,
sudah pasti ditolak pencalonan, seperti Parlimen Batu, calon Bebasx yang
mesra PH menang besar. Ada beberapa kerusi Dun di Pulau Pinang dan
Johor, calon Pas hanya dipilih pengundi selepas calon PH tidak layak
bertanding.

Justeru, saya kira kumpulan pemimpin Pas yang condong dan berminat
kepada kerjasama dengan Umno pun khuatir sokongan kepada parti itu akan
merosot teruk jika mereka berpakat.

Secara personal, saya pernah meletakkan syarat, boleh sahaja Pas
memulakan rundingan dengan Umno, asalkan ketika itu ia bukan lagi dalam
posisi menerajui kerajaan, serta tidak menanggung beban bagasi inkumben
yang begitu buruk.

Jika Umno sudah hilang kuasa dan takhta dengan segala keistimewaan
yang luar biasa, sudah hilang keangkuhannya, sudah hilang ego dan
kesombongan, maka berundinglah atas padang yang sama rata, di kala tiada
kelebihan ketara yang memisahkan Pas dan Umno.

Sekarang Umno tiada lagi di posisi tinggi itu. Gabungan yang
diterajuinya, BN, lingkup terbarai. Ahli-ahli Parlimen Umno bersusun
mahu mencari pintu keluar, melompat parti.Ia hanya tinggal negeri Perlis
dan Pahang.

Apakah kini, selepas Umno menggelongsor dari tangga Putrajaya, maka
saya boleh bersetuju jika Pas mahu membentuk apa-apa permuafakatan
politik dengan Umno?Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-60803575266725455282018-09-15T12:00:00.000+08:002018-09-24T12:42:30.339+08:00Nota 9 Mei yang tertangguh, Revolusi Tanpa Darah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Sejak tarikh keramat PRU14, 9 Mei 2018, saya seperti kehilangan
kata-kata. Bukan disebabkan begitu teruja atau terkejut dengan keputusan
rakyat yang menghukum regim 61 tahun Umno, tetapi keuzuran berpanjangan
menghalang saya untuk turut memberi respons terhadap peristiwa penuh
bersejarah itu.

Selain kualiti penglihatan yang merosot teruk, rutin tiga kali
seminggu dialisis juga cukup melesukan. Hampir tiga tahun saya tidak
lagi membaca akhbar edisi cetak. Dalam tempoh hampir sama juga saya
meninggalkan kelaziman menonton berita TV jam 8 malam. Saya membeli buku
terakhir lebih dua tahun lalu, dan balutan plastiknya masih belum
dibuka hingga kini. Dalam tempoh itu saya berjaya menyiapkan dua buku
politik, tentang Parti Amanah Negara dan faktor Dr Mahathir Mohamad
menjelang PRU14. Pastinya ramai sukar percaya bahawz buku-buku terbitan
Februari 2018 dan April tahun sama itu, belum lagi mampu saya baca
naskhahnya kecuali dalam bentuk PDF.

Dua minggu lepas, ketika menemani isteri di sebuah pasaraya, dekat
Kampung Pandan — sebenarnya saya cuba menguatkan otot-otot kaki dengan
latihan berjalan ekoran terlalu lama di pembaringan — saya terdorong
untuk membeli akhbar mingguan The Edge. Membaca tajuknya, saya kira ada
laporan menarik tentang cerita kemerdekaan di bawah Malaysia Baharu.
Liputan sosio-politik akhbar perniagaan ini memang sentiasa menggamit
perhatian saya, terutama sudut pandang para kolumnisnya yang memikat.

Malangnya, saiz teks artikel terlalu kecil untuk masalah pendarahan
di mata saya yang berlanjutan sekian lama. Sekadar membaca tajuk dan
mencuba memaksa penglihatan yang kabur; akhirnya menyerah kalah
disebabkan penat dan pedih. Saya bimbang naskhah akhbar itu sudah
digunakan oleh isteri untuk tujuan lain, mungkin membantu proses
pembikinan menyiapkan tempahan kueh-mueh yang diterimanya!

Dikepung kemampuan yang terbatas ini, saya cuba juga menyusun buku
tentang PRU14 dan sedikit singgungan mengenai langkah pembaharuan
kerajaan, menghimpunkan rakaman pengalaman teman-teman penulis, namun ia
kerap tertangguh, juga berpunca daripada keuzuran dan kelesuan. Proses
penyuntingan gagal dibereskan walaupun ramai teman sudah mengirimkan
sumbangan idea. Fikiran selalu buntu dan tambah sakit apabila cuba
digagahi juga. Seringkali kemalasan turut menghimpit, apatah lagi
stamina saya untuk menekuni detik-detik perubahan yang pantas mudah pula
pudar.

Memang agak terkilan apabila hasrat terpendam sekian lama, untuk
melihat kerajaan bertukar tidak dapat diraikan, sekurang-kurangnya
dengan mencatat dan menganalisis. Saya mengikuti pilihan raya dari dekat
sejak 1978 dan menempuh beberapa kali proses pemilihan yang kritikal,
seperti PRU1990, diikuti 1999, 2008 dan 2013. Pada setiap pilihan raya
itu, harapan dan impian untuk menukar kerajaan dan merombak sistem kuasa
sentiasa berkobar-kobar. Walaupun Umno-BN kekal berkuku, tetapi
sokongan buat pembangkang makin meningkat.

Tentunya 2018 mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Ibarat
acara larian berganti-ganti, ia adalah pecutan ke garis penamat. Dan Dr
Mahathir terpilih sebagai pelari terakhir yang membantu kumpulannya
mengungguli kemenangan penuh bergaya. Team ini, bagi saya, sudah bermula
sejak 1990 lagi, dengan pelari-pelarinya, antara lain, Tengku Razaleigh
Hamzah, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail,
Lim Kit Siang, dan disudahi Mahathir.

Buku yang saya ingin hasilkan itu sudah ada judulnya, Revolusi Tanpa
Darah. Sejak berdekad lamanya — terutama selepas kemenangan Revolusi
Iran 1979 yang menyaksikan kebangkitan rakyat dengan tangan kosong
menghalau sang raja zalim yang berpaut dengan imperialis kuasa besar —
saya cukup tertarik dengan ungkapan revolusi. Namun selalunya proses
revolusi, atau pertukaran regim melibatkan perubahan mendasar sistem dan
struktur ini memakan korban besar, termasuk nyawa orang tidak berdosa.
Berbeda dengan revolusi 9 Mei, tiada darah yang ditumpahkan. Memang
cucuran air mata menyambutnya tetapi ia petanda kesyukuran tidak
terhingga. Justeru, kemenangan rakyat ini harus dirakam dan sudah tentu
dirayakan, tanda kegembiraan, kepuasan dan kesyukuran yang begitu
melegakan.

Ada rakan-rakan penulis yang menegur, selepas lebih 120 hari, kita
patut memberi fokus kepada usaha dan langkah mengisi kemenangan, bukan
lagi masih ghairah dan terpukau dengan nostalgia meruntuhkan regim lama.
Rakyat kini mendambakan perubahan bagi menambahbaik kehidupan mereka
dan menunaikan janji manifesto. Pakatan Harapan perlu dipantau dan
ditegur kerana mengengkari komitmen mereka sendiri demi membentuk
Malaysia yang lebih adil, telus, demokratik, berkebajikan,
akauntabiliti, antirasuah, menjunjung kepentingan rakyat, menghormati
pemisahan kuasa.

Saya menjawab, sekurang-kurangnya untuk saya seorang, saya belum
terasa puas untuk menghirup udara lebih segar dan mencicip kemanisan
pasca 9 Mei. Impian 40 tahun yang tiba-tiba menjelma di awal pagi 10
Mei, cukup menyenangkan dan terasa lega selega-leganya. Umpama ayam yang
dibuka ikatan kedua-dua kakinya. Andai saya seorang pembikin filem,
akan saya rakamkan debaran revolusi 9 Mei itu ke layar perak. Jika saya
pelukis berbakat, akan saya lakarkan keindahan pagi 10 Mei itu ke
kanvas. Kalau saya penulis novel, warna-warni sepanjang perpecahan
dalaman Umno, pengkhianatan Najjb Razak, pembentukan pakatan pembangkang
baru, pelangi kempen PRU14, dan 1001 ragam serta adegan yang
lucu-mengejutkan, akan saya susun segalanya dalam sebuah hikayat perakam
sejarah.

Kicauan burung Subuh Khamis, 10 Mei yang diisytihar cuti bersambung
Jumaat itu, dari atas pokok yang tinggi dan rendang di simpang tiga
depan rumah, masih harmonis di ingatan saya. Seolah-olah saya baru
pertama kali mendengar irama indah unggas itu sedangkan setiap pagi ia
memeriahkan sinaran awal matahari yang berbalam.

Pagi 10 Mei itu — walaupun upacara angkat sumpah perdana menteri baru
belum dapat dilaksanakan — terasa amat indah pancaran mentarinya,
hembusan angin mendamaikan, dan dada yang berkecamuk sebelumnya menjadi
lapang. Menatap dakwat kekal yang semakin menghitam di hujung kuku juga
menimbulkan seribu kepuasan. Seharian itu asyik tersenyum simpul
meskipun di kala keseorangan. Ya Allah, syukur setingginya atas
nikmat-Mu tidak terhingga ini. Bebas, lapang, lega.

Ia tambah indah menawan apabila kemenangan itu datang tanpa diduga,
termasuk oleh bekas perdana menteri, Najib Razak. Justeru, memungkinkan
proses peralihan kuasa secara aman, licin dan terhindar daripada elemen
sabotaj. Kebimbangan meletusnya huru-hara, demonstrasi kacau-bilau,
pentadbiran negara tergugat, tidak berlaku. Ada menyifatkannya sebagai
revolusi elektrol, gempa bumi politik, dan tsunami rakyat. Maknanya,
sesuatu yang luar biasa dan di luar jangka berjalan secara baik.

Kesimpulannya, saya bertekad menyudahi juga proses tertangguh merakam
kemanisan pengalaman bersejarah itu, melalui buku Revolusi Tanpa Darah,
insya-Allah. Kolum Catatan Hujung ini juga akan dihidupkan semula. Tapi
saya masih terasa untuk terus menghayati episod indah kemenangan 9 Mei,
walaupun mungkin lebih ramai yang mahu fokus kepada agenda mengisi
kemenangan. Biar saya digelar ketinggalan keretapi atau leka dengan
kenangan semalam!

Ya, saya yakin, ia tidak akan usang dan lapuk walaupun selepas 150
hari berlalu. Memang cabaran baru pastinya lebih getir dan perit, dengan
tanggungjawab memenuhi mandat besat rakyat, tetapi maafkan saya jika
masih terpegun dengan kisah semalam penuh kemilau warna-warni itu.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-59898992860154882642018-05-07T12:05:00.000+08:002018-09-24T12:42:39.069+08:00Buat rakan-rakan Pas: Manfaatkan undi untuk pulih negara

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Tinggal berbaki dua hari sahaja lagi untuk mengundi. Alhamdulillah,
suasana nampak berjalan seperti biasa. Kempen PRU14 stabil, tiada
insiden besar berlaku.

Himpunan dan rapat umum raksasa Pakatan Harapan nendapat sambutan
luar biasa di mana-mana. Tapak lokasi sesak dan sendat. Siaran langsung
FB mencecah hampir 100,000 penonton.

Sementara itu, masih terbuku kerisauan dan kegelisahan, bahawa
kemenangan yang diimpikan mungkin tertangguh lagi. BN mampu kekalkan
kuasa walaupun ia di pihak minoriti.

Sudahlah persempadanan semula kawasan pilihan raya direka khas untuk
BN menang dari pintu belakang, kelebihan sebagai pemerintah dan faktor
Cash is King akan dimanipulasi secara optimum.

Apa pun, saya masih berharap teman-teman dalam Pas akan mengundi
Pakatan Harapan kali ini. Tentunya setiap ahli parti mahu pihaknya
menang, tetapi dalam kes Pas, malang sekali apabila dijangkakan, yang
mendapat manfaat besar daripada sokongan terhadap lambang bulan adalah
Najib Razak dan BN.

Pas meletakkan calon bukan hanya melebihi separuh bilangan kerusi
Parlimen, tetapi mengatasi dua pertiga. Persiapan dan penampilannya
daripada segi bendera, banner, bunting, poster, diakui lebih menyerlah
berbanding PH, yang menggabungkan empat parti besar.

Meskipun ada pihak mempersoalkan sumber dana kempen Pas – dalam keadaan kewangan parti yang kurang

‘sihat’ sebelum ini, termasuk kesukaran membiayai organ parti – tetapi
selagi belum ada bukti mengesahkan, tidak perlu syak-wasangka itu
diperbesarkan.

Bagi saya, di atas kertas, tiada beda besar antara Pas dan PH dari
segi dasar dan tekad politik. Masing-masing berusaha untuk menubuhkan
kerajaan baru, walaupun Pas masih berteka-teki dengan cuta-citanya untuk
menjadi kingmaker.

Cuma, isunya, keupayaan dan kemampuan untuk tumbangkan UmnoBN. Secara
solo (tidak nampak pula kemantapan gabungan Gagasan Sejahtera itu,
apatah lagi dilihat protes sebuah komponennya, Berjasa), penyertaan Pas
lebih memudahkan regim korup/kleptokrat kekal berkuasa. Pas menolak
kerjasama dengan pasukan yang lebih kuat dan berupaya untuk membentuk
kerajaan serta memulihkan negara.

Niat dan seruan yang baik sahaja tidak memadai. Cita-cita luhur tanpa
strategi dan pendekatan bijaksana mungkin berakhir bagai mimpi di siang
hari.

Kita harus bijak menelah dan membaca yang tersirat. Bukankah,
terkilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Ahli siasah, seperti
penyokong Pas, tentu lebih maklum hakikat ini. Ia tidak wajar keliru dan
berpusing-pusing di persimpangan. Jati diri Pas sebagai parti lawan
kepada BN amat diragui.

Sekali mahu jadi penasihat kerajaan, sekali tidak berhasrat
menjatuhkan perdana menteri tapi merubah sistem. Teori politik Pas
kelihatan berbelit-belit. Lawan ketat bukan lagi Umno-BN dan penguasa
korup, tetapi sesama pembangkang, khususnya DAP.

Faktor Pas bertanding hampir 160 kerusi Parlimen dan mencabar Umno
pada setiap kerusi Dun (kecuali beberapa kawasan, termasuk Rantau, yang
dimenangi percuma calon BN), bukanlah hujah terkuat regim Najib tidak
mendapat manfaat daripada langkah Pas itu.

Umno lebih suka Pas bertanding seperti itu. Ia percaya dapat mencuri kemenangan apabila Pas beraksi bersendirian.

Kajian pendapat umum badan bebas juga menunjukkan kehadiran Pas
sebagai ‘blok ketiga’ lebih menguntungkan BN. Tinjauan rambang saya,
terutama ketika menunggu di hospital dan bertemu dengan rakan-rakan
lama, juga mengesahkan hal yang sama.

Masing-masing mengeluh, kita nungkin terlepas peluang terbaik menyingkirkan Umno-BN kerana pendirian politik Pas.

Undi pembangkang akan berpecah sekurang-kurangnya dua, mengakibatkan
BN berpotensi cerah melonjakkan diri sebagai pemenang, walaupun undi
tidak melepasi separuh jumlah keseluruhan.

Situasi di Sabah sebelum ini banyak membuktikan kelebihan BN bila
berdepan ramai calon lawan. Ada calon bebas yang ditaja BN. Di
Semenajung, kes Dun Kota Damansara, pada PRU13 adalah bukti terdekat,
bagaimana BN boleh menang di kubu kuat oposisi.

Pemimpin Pas pula berhujah, sama ada BN mahupun PH, kedua-duanya
tidak mempunyai iltizam politik Islam yang jelas. Justeru, mereka
ditolak. Dalam masa sama, Pas menghantar mesej, ia boleh bersama
mana-mana pihak yang bersetuju dengan syarat Islamnya, jika BN atau PH
gagal membentuk kerajaan.

Saya tidak bertujuan untuk meremehkan kekuatan Pas, yang bertanding
bersendirian. Saya juga tidak turut sama meramalkan Pas boleh tewas
teruk, mengulangi rekod 1986. Namun, pengamatan dari jauh dan serba
terbatas ini, seolah-olah merumuskan pengaruh Pas hanya terbatas kepada
ahli dan penyokong tegarnya sahaja. Tiada sebarang petanda menunjukkan
khalayak yang mendukungnya bertambah ramai.

Masa sama, kita tidak sukar meneka syarat-syarat yang bakal
dikemukakan Pas. Islam yang bagaimana dihasratkan Pas juga boleh
dibayangkan. Kita juga agak mudah menjangkakan pihak mana yang lebih
senang untuk diterima Pas sebagai rakan kongsinya nanti.i

Pimpinan Pas dan juga Umno sendiri, termasuk pengikut tegar
masing-masing sudah membayangkan halatuju selepas PU14. Malah orang awam
pun dapat merasai jalinan persefahaman tidak formal itu.

Sepertimana Pas mudah terperangkap dengat jerat RUU355, umpan hampir
sama boleh ditawarkan Umno, untuk membentuk kerajaan jika BN atau PH
gagal meraih majoriti.

Bukankah di musim kempen ini, pelbagai kecaman keras dilemparkan
pimpinan Pas kepada PH, terutama olrh presidennya? Mahathir sentiasa
dilihat sosok bermasalah dan meragukan, sementara personaliti Najib
jarang disentuh. DAP sebagai sasaran belasahan tidak perlu dihurai lagi.

Dan dalam masa sama, cukup menonton berita TV3, untuk mengenal pasti
parti mana menjadi seteru ketat BN dan sekutu tidak rasminya!

Sesungguhnya, kekuatan dan kemampuan untuk membentuk kerajaan baru
juga harus diukur. Tanpa penggemblengan di bawah gabungan parti-parti
yang mantap, idealisme hanya sekadar impian indah.

Saya percaya, kandungan manifesto Pas juga baik dan mementingkan
kebajikan rakyat, mahu membaiki sistem yang rosak dan mereformasi
institusi strategik.

Tapi mengundi Pas hanya menjadikan peluang menukar kerajaan bertambah tipis. Undi itu terbazir.

Bukan hanya saya yang kerap nengulangi hal ini. Badan kajian bebas,
seperti Merdeka Centre, Institut Darul Ehsan, Ilham Centre, juga ramai
penganalisis politik, membuat unjuran sama, yakni penyertaan Pas dalam
PRU14 dalam bentuk yang ada hanya menguntungkan Najib-Umno.

Dalam satu laporan terbaru, peluang PH menguasai negeri Perak juga
dikatakan mungkin terlepas, antara lain disebabkan faktor undi Pas.

Tidak dinafikan Pas nampak masih kuat di Kelantan dan Terengganu.
Saya tidak terkejut jika Pas boleh tawan balik Terengganu tapi rebah di
Kelantan, walaupun ada pengkaji meramalkan, Pas juga boleh kecundang
teruk di Terengganu disebabkan undi pembangkang berpecah.

BN menunggu lama untuk kembali bertakhta di Kelantan. Veteran politik
Umno juga masih berpengaruh di sana. PH memang ada Husam Musa, tokoh
yang mampu menggerakkan ekonomi negeri dan terkini bintang menyinar,
Ustaz Nik Omar Nik Aziz muncul secara tiba-tiba. Legasi Tik Guru Nik
Aziz membawa harapan baru buat Kelantan. Warganya juga celik politik dan
mampu membuat keputusan tepat.

Namun ada pemerhati bimbang, jika tiada kejutan besat, termasuk dari
pengundi di perantauan atau faktor Nik Omar gagal dimanfaatkan dengan
berkesan, laluan BN Kelantan nampak seolah-olah sukar disekat.

Soalnya, kita mahu menggantikan kerajaan persekutuan, dan merehatkan
Umno-BN. Bukan mendirikan hanya satu dua kerajaan negeri yang baru.
Rakyat dambakan perubahan total, yang mampu merawat pelbagai penyakit
kronik negara. Mereka mahu keluar daripada keperitan dan tekanan hidup
yang kian membengkak.

Pas mungkin sudah selesa dan berpuas hati jika dapat pertahan
Kelantan dan merampas Terengganu, walaupun kerajaan pusat kekal
mencengkam Putrajaya.

Justeru, tanpa jemu, saya merayu rakan-rakan dalam Pas untuk
mempertimbangkan sokongan mereka pada 9 Mei ini. Fikir sejenak, kita
sudah melalui perjalanan sejauh ini, demi membebaskan rakyat dari regim
penindas.

Kita telah menyaksikan lima kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat
pada 2008, dan penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Ternyata,
tidak cukup sekadar itu, Putrajaya mesti diambil alih sepenuhnya, untuk
membawa perubahan dan pembaharuan.

Justeru, undi anda tidak wajar dibazirkan, malah diperalatkan, untuk
menjadi talian hayat Umno-BN. Fikirkan yang terbaik, insya Allah, anda
sudah memulakan langkah yang betul untuk proses memulihkan tanah air
tercinta ini.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-72582764890559851632018-05-06T12:08:00.000+08:002018-09-24T12:42:55.738+08:004 soalan kepada Adam Adli tentang Mahathir

Makalah ringkas ini cuba menyelami polemik berkaitan Dr Mahathir
Mohamad sebagai calon perdana menteri dan pengerusi gabungan
pembangkang

ADAM ADLI ABDUL HALIM, aktivis gerakan anak muda yang dikenali ramai
sejak zaman mahasiswa, dipilih untuk mewakili suara generasi baru yang
kritikal dengan agenda reformasi dan perubahan.

Bagaimana Adam dan generasinya melihat faktor Mahathir ini. Apakah
Mahathir diberikan kebebasan untuk bertindak seperti era 22 tahun
menjadi PM dahulu? Apakah politik Malaysia masih terikat dengan politik
personaliti? Ahmad Lutfi Othman melontarkan empat soalan asas kepada
Adam Adli untuk penilaian bersama.

Pandangan Sdr Adam Adli terhadap penerimaan gabungan
pembangkang melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan
Harapan dan menamakan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7 jika BN dapat
dikalahkan.

Penerimaan Mahathir sebagai calon PM bukanlah sesuatu yang janggal
untuk difikirkan, memandangkan dalam struktur politik kita selama ini
pun, kita cenderung dengan pemimpin yang paling senior untuk menjadi
nombor wahid, dan juga yang punya pengalaman memimpin.

Misalnya, pembangkang awal dahulu sejak 1998 sedia menerima musuh
utama mereka, Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama pembangkang, dan
calon Perdana Menteri. Kalau difikirkan sedalam-dalamnya – apa beza
Anwar dan Mahathir dari segi asal usul kepimpinan mereka? Anwar itu
bukankah bayang-bayang Mahathir suatu masa dahulu?

Pembangkang menerima Anwar atas banyak faktor – simpati, pekerti,
kualiti kepimpinan dan yang paling penting, keuntungan politik sendiri.
Dan memang benar, sebaik Anwar mengambil alih kepimpinan gabungan
pembangkang, hasilnya cemerlang.

Mahathir mungkin bukan pemimpin yang mudah disenangi berbanding
Anwar, apa lagi beliau ada sejarah memimpin negara yang terlalu panjang –
menjadikan beliau sesuai diangkat sebagai kedua-dua negarawan dan
diktator.

Namun keuntungan politik yang dibawa oleh Mahathir, setanding dengan
apa yang dibawa oleh Anwar dahulu, malah mungkin lebih besar. Tidak
mungkin pembangkang tidak mahu keuntungan sedemikian.

Mahathir mungkin boleh mendekatkan pengundi Melayu luar
bandar kepd PH, tapi kemampuan (dan kejujurannya) untuk membawa
pembaharuan dan perubahan (seperti reformasi institusi) menjadi
pertikaian sesetengah pihak.

Wajar untuk kita persoal dan pertimbang. Ertinya kita ini sihat dan
waras dalam mencatur politik, biarpun dalam keadaan yang sedang agak
mendesak. Selama ini pun kita sentiasa berhati-hati dengan orang yang
tiba-tiba menyertai kita, biarpun orang itu tidak lah dikenali sebagai
orang jahat sebelum ini – apa lagi apabila oang yang selama ini kita
gambar dan bingkaikan sebagai bapak kepada segala kebobrokan dalam
negara.

Cuma dalam politik, tidak pernah ada musuh yang kekal, apa lagi kawan yang kekal.

Dalam soal mendepani kejujuran dan keikhlasan Mahathir apabila
berbicara soal reform – jika tidak mempercayai Mahathir pun, apakah kita
tidak mampu percaya kepada diri kita sendiri? Kita ada banyak tokoh
yang terkenal tegas dan kukuh dengan prinsip menegakkan reformasi
institusi – tidak mungkin hanya kerana wujud Mahathir, agenda ini
terhalang.

Mahathir yang bakal menjadi PM baru ini saya percaya tidak mendapat
cek kosong seperti zaman Barisan Nasional beliau. Saya percaya bahawa
pemimpin kita sendiri yang ada hari ini, yang bakal menjadi sebahagian
kabinet Mahathir akan memberi waktu yang sukar kepada beliau. Dua tahun
memimpin kerajaan Pakatan pasti akan lebih sukar daripada 22 tahun
memimpin kerajaan Barisan.

Rekod gelap hak asasi manusia di zaman Mahathir sering
dijadikan alasan untuk menolak beliau kembali sebagai PM. Tapi ada pihak
mengatakan Mahathir sekarang sudah berbeda.

Mahathir bukanlah orang yang berlainan hari ini. Beliau masih orang
yang sama sejak dahulu, cuma bacaan politik beliau sahaja yang sudah
berkembang sesuai zaman. Beliau faham dengan bahasa dan gerak politik
hari ini, zaman internet, zaman maklumat cepat tersebar.

Apa yang beliau lakukan hari ini bukan bererti beliau sudah berubah menjadi orang lain, tidak.

Saya menilai Mahathir sebagai orang yang memahami bahawa zaman sudah
berubah, perkara tidak lagi semudah zaman dahulu. Konteks masyarakat
pada zaman beliau sudah berbeza dengan hari ini.

Rekod gelap beliau dahulu wujud kerana persekitaran beliau
membenarkan ianya berlaku.

Persekitaran hari ini berbeza sama sekali.
beliau boleh melepaskan diri dahulu bukan hanya kerana jawatan yang
disandang, sebaliknya juga kerana maklumat dan cerita tidak sampai. Hari
ini, apa maklumat yang boleh disorok lagi dari pengetahuan awam?

Jangan kata penjarakan orang, tersasul dalam ucapan pun cepat akan disebar dan dibincangkan, seterusnya dibahan oleh masyarakat.

Ada pihak lain mengatakan, kita tidak seharusnya menyerahkan
bulat-bulat masa depan negara kepada mana-mana individu, termasuk
Mahathir ataupun Anwar. Rakyat mahupun NGO harus berpartipasi secara
proaktif untuk nembina semula negara. Soalnya, bagaimana rakyat harus
atau boleh berperanan seperti itu?

Perbincangan sebegini sudah wujud sekian lama. Saya sendiri datang
dari aliran yang kedua – iaitu aliran yang mahu menghentikan politik
personaliti. Namun saya juga bukan hipokrit.

Saya faham benar bahawa bukan sahaja masyarakat feudal seperti
Malaysia yang masih terus bergantung dengan pesona personaliti –
masyarakat di luar pun sebegitu juga.

Dari zaman berzaman, akhirnya kita akan dengan sendirinya mengangkat
suatu personaliti untuk bukan sahaja disanjung, sebaliknya mewakili
psike kita.

Tidak ada satu pun idelogi politik dalam dunia yang terlepas dari
perkara ini. Hatta golongan kiri yang antara paling terkenal gemar
membincangkan masalah politik personaliti pun terbukti sejak dahulu
sebagai antara kelompok yang paling mengangkat personaliti – dari Marx
kepada Mao, dari Lenin kepada Castro.

Kita tidak dapat lari daripada soal ini. psikologi manusia secara
kolektif akan sentiasa bergantung kepada satu simbol sebagai pelepasan
diri ataupun tempat bergantung.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-52855611011457534912018-05-05T12:10:00.000+08:002018-09-24T12:43:04.766+08:00Bagaimana Anwar boleh maafkan Mahathir?

Perjalanan politik Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjadi perhatian
ramai. Setiap gerak dan aksinya ditafsirkan, serta memberi impak besar
kepada negara. Sosok ini ternyata dihormati, digeruni, diwaspadai dan
tidak kurang dibenci.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat
mungkin orang yang sesuai, bukan sahaja untuk membuat pengamatan lebih
menyeluruh terhadap penampilan semula Mahathir, tetapi beliau juga rapat
dengan bekas seteru ketatnya, Anwar Ibrahim. Ada cerita di sebalik
tabir yang yang mahu dikongsinya.

Ikuti perbualan Ahmad Lutfi Othman bersama Saifuddin dalam
kesibukannya menguruskan parti dan mengatur kempen PRU14. Saifuddin
menjadi saksi mata dalam momen penting pertemuan Mahathir dan Anwar,
yang kemudiannya mengikat persefahaman strategik, dalam usaha menubuhkan
kerajaan baharu.

Wawancara eksklusif ini dipetik dari buku Mengapa Mahathir? yang
disusun Ahmad Lutfi, dan diterbitkan khusus untuk menjelaskan kekeliruan
terhadap faktor Mahathir yang menjadi pertikaian banyak pihak.

Bagaimana boleh timbul cadangan agar Tun Dr Mahathir Mohamad
dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan kemudiannya
dicalonkan sebagai perdana menteri jika BN dapat dikalahkan dalam PRU14.

PH bukan pakatan sentimental tapi pakatan yang pragmatik untuk
tumbangkan kerajaan kleptokratik. Kita perlu sertai PRU14 dengan satu
calon PM. Malangnya calon kita Datuk Seri Anwat Ibrahim (DSAI) di
penjara. Jadi secara konsensus kami setuju Tun Mahathir dicalonkan
sebagai PM kerana rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu masih suka
kepada Tun.

Mahathir sering diingati kerana rekodnya sebagai PM selama 22
tahun. Di sebalik kejayaannya, banyak pula tindakan beliau yang
kontroversi, baik dari segi politik, seperti langkah autokratiknya
berdepan musuh dalaman Umno, misalnya dengan Musa Hitam dan Anwar
Ibrahim, ataupun pemimpin pembangkang, misalnya dengan menggunakan ISA,
Operasi Lalang 1987; dasar-dasar ekonomi yang mengutamakan kenalan dan
kroni, juga konsep penswastaan yang membebankan rakyat, misalnya konsesi
tol dan janakuasa bebas; pemusatan kuasa, mencabuli kebebasan kehakiman
dan pindaan akta drakonian; dan lain-lain lagi. Isu-isu lampau ini
dijadikan hujah untuk terus menolak Mahathir sebagai Pengerusi PH dan
calon PM. Apa komentar sdr.

Kita tidak boleh merubah perkara lepas. Buruk baik perbuatan Tun
Mahathir sepanjang menjadi PM, apa lagi 22 tahun, sudah tentu memberi
kesan besar terhadap rakyat dan negara. Buat kami dari Keadilan juga
begitu. Peristiwa politik 2 September 1998 sukar dilupa. Namun kita
boleh saling memaafkan. Hanya dengan berbuat begitu, kita boleh bergerak
ke hadapan. Dan itulah yang sedang kami lakukan.

Rekod Tun boleh dinilai daripada dua sudut, baik dan buruknya. Tun
mulakan kerajaannya dengan nenerapkan nilai-nilai Islam, kebersihan,
punctuality/ punch card/ seragam waktu Malaysia Timur dan Barat, name
tag, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, dan lain-lain lagil.

Tun mulakan penswastaan bagi melahirkan golongan pertengahan dan
usahawan Melayu. Projek lebuh raya, pelabuhan, janakuasa, penerbangan,
telekomunikasi dan sebagainya diswastakan dengan dua objektif. Pertama,
melahirkan kelas nenengah usahawan Melayu. Kedua, mengurangkan hutang
kerajaan. Tanpa penswastaan mungkin tidak ada Melayu yang menjadi
usahawan dan jutawan hari ini. Tidak siapa yang boleh menafikan bahawa
gandingan Mahathir sebagai PM dan Anwar sebagai Menteri Kewangan dan
TPM, tercatat sebagai zaman paling gemilang hingga Malaysia diiktiraf
sebagai tiger ekonomi. Malaysia catat tujuh tahun surplus budget,
reserve negara paling tinggi, inflasi rendah dan pertumbuhan ekonomi di
atas enam peratus. Peruntukan kepada pendidikan antara yang terbanyak,
dan rakyat Malaysia dihantar belajar di seluruh dunia. Ketika itu
peruntukan kepada universiti swam tidak pernah dipotong, tidak ada
PTPTN.

Ya, Tun bersifat “diktator” bila menghadapi musuh politiknya, seperti
Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Anwar. Bagaimanpun semua musuh
pilitiknya kembali bersama beliau dan kini Anwar juga bersama beliau.

Kita jangan lupa rakyat merindui team Mahathir-Anwar untuk mengangkat
semula maruah bangsa dan negara yang kini tersungkur kerana kerajaan
kleptokratik.

Orang ramai mungkin tidak terkejut jika seteru politik lama
Mahathir, seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu boleh
menerima Mahathir. Namun mereka terperanjat menyaksikan Anwar Ibrahim,
Dr Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah dapat bersedia bekerjasama dengan
Mahathir. Mungkin ada cerita yang boleh dikongsikan.

Tun Mahathir pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.
Pertemuan pertama Tun M dengan DSAI selepas peristiwa itu ialah pada 5
September 2016. Lokasinya di bilik saksi Mahkamah Tinggi, Jalann Duta,
Kuala Lumpur.

Saya ada brrsama di situ. Kak Wan dan semua anak-anak kecuali Mohd Ehsan (tinggal di AS) dan cucu-cucu juga berada di situ.

Saya masih ingat, ayat pertama Tun M, “how are you Anwar?

DSAI jawab, “I’m fine, and you, Tun?

Tun M jawab, “baik..”

Tun M kemudian bertanya DSAI, “how is your shoulder. ”

DSAI jawab, “Alhamdulillah, getting better.”

Tun M tanya lagi, “do they allow you to get treatment?”

Dijawab DSAI, “yes they do.”

Bertemu selepas 18 tahun “berperang” sengit, begitu rupanya komunikasi dua tokoh ini!

Perbualan selanjutnya berkisar kandungan afidavit Tun M membantu kes DSAI lawan kerajaan Malaysia isu akta MKN.

Keesokannya, 6 September 2016, saya berjumpa DSAI lagi. DSAI berbisik kepada saya yang dia tidak lena tidur malam tadi.

Saya berseloroh, adakah sebab teruja kembali “berbaik” dengan Tun M?

Dijawab DSAI, “fikiran bercampur baur.”

Adakah kesediaannya menerima Tun M melukakan hati isteri, anak-anak
dan penyokong-penyokongnya. Adakah tindakannya itu betul. Mereka yang
paling terkesan, ujarnya.

Begitulah DSAI yang saya kenali. Senantiasa memikirkan perasaan dan derita orang lain, walhal dirinya sendiri terpenjara.

Saya sempat berpesan, “Datuk Seri, memaafkan itu lebih baik walaupun
sukar. Fikiran akan mjadi lebih tenang dan kita boleh move on.”

DSAI kemudian memeluk erat saya.

Detik yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya di sisinya
saat dia dipecat, 2 September 1998. Saya juga berada di sisinya saat Tun
M dan dia berbaik.

Bermula dari pertemuan itu, saya menjadi saksi bagaimana DSAI, Kak
Wan, Izzah bersungguh-sungguh melupakan sengketa lama. Hal ini penting
kerana selepas Tun M dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia, kerjasama antara parti dan PH menjadi lebih
mudah. Ini kerana PH ialah suatu “coalition of trust”.

Anwar sudah maafkan Tun M sejak 2006 lagi. Tun pun sudah minta maaf
kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kesilapannya masa jadi PM dulu.
Antara kesilapan terbesar Ialah menyuruh Pak Lah lantik Najib. Keluarga
Anwar dididik dalam suasana Islam, tanpa benci dan dendam, sebaliknya
kaya dengan kesabaran dan kemaafan .

Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah faham bahawa dalam konteks politik hari
ini, rakyat perlukan gandingan Tun M dan Anwar untuk menyelamatkan
Malaysia daripada muflis.

Mungkin ramai bersetuju bahawa faktor Mahathir dapat
mendekatkan pengundi Melayu, khususnya di luar bandar kepada PH tetapi
ada yang sangsi kejujurannya untuk melaksanakan perubahan atau
mereformasikan institusi penting negara kita. Sdr pula menilainya
bagaimana?

Pertama kali saya berjumpa Tun M ialah pertengahan 2015 di ofisnya di Perdana Leadership.

Saya berkongsi pengalaman kami dalam Keadilan tentang agenda reform.

Tun M pesimis. Ujarnya, “Najib mesti dijatuhkn dahulu sebelum reform
boleh dijalankan. Lebih baik bekerjasama jatuhkn Najib sebelum kita
bicara perkara-perkara lain, termasuk reform.

Itu sikap Tun M yang saya faham. Namun Tun M setuju reformasi pilihan
raya mesti dilakukan segera. Sebab itu Tun M turun himpunan Bersih5,
dua hari berturut-turut. Berlaku banyak lagi pertemuan saya dan Tun
selepas itu.

Sehinggalah hari bila Tun M secara rasmi menjadi Pengerusi PH dan
calon PM, saya dapati Tun M, pantas belajar dan cepat mengesan bagaimana
komitednya kami rakan-rakan barunya dalam PH bersungguh dengan agenda
reform. Saya percaya Tun M juga begitu.

Sdr berpengalaman menghadiri mesyuarat Majlis Presiden
Pakatan Rakyat dahulu bersama Anwar dan kini dalam mesyuarat Pakatan
Harapan bersama Mahathir. Tentu ada keistimewaan tertentu dua negarawan
tersebut pada pemerhatian sdr.

Ini pengalamn real saya sebagai anggota Majlis Presiden PR dan kini PH.

DSAI mengurus sesuatu perbincangan secara makro. Macro manage,
kata orang putih. Details dan perinciannya sekretariat PR yang urus dan
selesaikan. DSAI mahir dalam menguruskan imbangan kuasa atau political balancing, khususnya Pas-DAP. DSAI mementingkan komunikasi personal dengan key leaders PR sebelum sesuatu keputusan penting yang perlu dibuat dalam Majlis PR.

Sehingga apabila perkara yang sensitif sekalipun dibincang dalam
Majlis PR, iklim perbincangsn menjadi sangat kondusif. Perbincangan
berlangsung tertib dan saling hormat.

Tun M pula seorang pendengar yang baik atau good listener. Tun sabar mendengar setiap hujah dari setiap pimpinan Majlis PH yang ingin berikan pandangan.

Kehebatan Tun ialah bilamana membuat rumusan terhadap perkara yang dibincang, ia disenangi dan diterima semua pihak.

Tun sangat fokus dan details. Dia tahu ke mana mahu dipandu keputusan
mesyuarat. Tun juga sangat berdisiplin. Tiba tepat masa dan tidak
menyentuh telefon bimbit sepanjang mesyuarat!

Setiap kali mesyuarat PH akan akan ada keputusan dan progres. Lihat
sahaja bagaimana PH bersetuju dengan satu simbol. Juga perkara
mendaftarkn PH. Tun sendiri pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan, ROS.
PH menerima banyak kesan baik hasil kepimpinan beliau.

Mahathir juga dibimbangi keupayaannya untuk membina semula
negara yang rosak teruk sekarang ini, disebabkan faktor usia dan
kesihatannya.

Pada usia 93 tahun, saya kagum dengan disiplin penjagaan
kesihatannya. Beberapa kali muncul program bersama beliau, Tun masih
mampu berdiri dan berucap satu jam.

Beliau juga menjaga riadahnya, berkuda dan berbasikal. Fikirannya
tajam. Bila mahukan sesuatu Tun sangat fokus. Benarlah kata orang, umur
itu sekadar angka!

Umur bukanlah ukuran kerana pejuang akan berjuang untuk rakyat dan
negaranya hingga ke akhir hayat. Orang politik saja yang bersara, tetapi
pejuang bangsa tidak pernah bersara. Sama ada mereka ada jawatan atau
tidak, mereka akan tetap berjuang untuk bangsa dan negaranya.

Saya lihat Mahathir dan Anwar memiliki komitmen dan daya juang yg cukup tinggi.

Gandingan Mahathir-Anwar kali ini lebih mantap kerana mereka akan
dibantu oleh ramai reformis dan profesional daripada pelbagai bidang
kemahiran.

Reformasi institusi politik akan menyuburkan demokrasi dan membersihkan imej Parlimen daripada menjadi sarkis yg dipenuhi badut.

Sementara itu, Pas berazam mahu menjadi penentu atau
kingmaker kepada penubuhan kerajaan selepas PRU14 nanti. Bolehkah
pengundi menerima peranan baru Pas itu, dan bertindak menyokong idea
itu?

Ustaz Hadi Awang mahu jadi kingmaker untuk “Cash is King”?

Sebenarnya saya dan ramai rakan-rakann, termasuk dalam Pas juga,
sudah menduga bahawa Pas berpecah bila Tok Guru Nik Aziz meninggal
dunia.

Dengan nencanangkan idea kingmaker, Pas sebenarnya nengakui ketidakupayaannya bersaing dalam PRU14 nanti.

Ahli-ahli Pas sendiri pun sedar jika Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan
Tok Guru Nik Aziz masih hidup, kedua dua mereka kini akan berdiri
sepentas dengan Tun dan Dr Wan Azizah.

Kemenangan PH bukan bermakna segalanya berakhir, sebaliknya ia satu
permulaan perjalanan yang panjang untuk memartabatkan negara ke tahap
yang lebih baik. Selain peranan kerajaan baru, apa pula fungsi terbaik
parti-parti politik, NGO, masyarakat sivil dan rakyat khususnya untuk
sama-sama membina semula tanahair tercinta ini? (BOLD)

Saya impikan sistem dua parti dalam negara kita. Check and balance akan menjadi lebih berkesan.

Institusi demokrasi akan berfungsi sesuai tujuan kewujudannya. Rakyat
akan dapat yang terbaik. Masyrakat sivil bebas berperanan dan
menyumbang.parti-parti politik akan lebih bertanggungjawab.

Rakyat tidak lagi diambil mudah atau take thing for granted. Impian ini hanya dicapai dengan cara Umno kita kalahkan.

Antara idea reformasi Ialah melahirkan demokrasi dua parti seperti mana di negara maju. Kini kita sudah ada PH dan BN.

Sistem dua parti akan kurangkan politiking dalam serba serbi. Dengan
menghadkan tempoh PM dan MB, menjadikan Parlimen sebagai sumber segala
kuasa, hapuskan istilah “pembangkang” dari kamus politik, maka naratif
politik masa depan akan berubah daripada Politic in Malaysia –politik
Melayu, Islam, politik ras dan agama — kepada Malaysian Politik, yakni
politik rakyat Malaysia untuk negara, Malaysia.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-10930425001067770382018-05-02T12:11:00.000+08:002018-09-24T12:43:33.234+08:00Peralihan kuasa secara lancar, tanpa riuh-rendah

Oleh Ahmad Lutfi Othman'

Sejak hari penamaan calon, kudrat saya terjejas. Sekadar perhati perkembangan kempen PRU14 dari jauh.

Memang agak sukar untuk buat penilaian menyeluruh dalam keadaan undi
tolak-BN berpecah, khususnya apabila Pas berusaha menarik keluar
sokongan pembangkang.

Namun begitu, nurani saya berbisik, mungkin BN bakal tumbang dalam situasi ramai menjangka Najjb Razak dapat kekalkan kuasa.

Peralihan takhta di Putrajaya berlaku tanpa gegak gempita dan riuh rendah.

Orang ramai sudah muak dan jelak dengan pemerintahan zaman berzaman,
mewarisi kebobrokan yang tambah membarah. Rakyat mahu rasai pentadbiran
kerajaan yang baru.

Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, juga dalam tempoh singkat Perak, Kedah dan Terengganu, elok sahaja di bawah kerajaan-bukan-BN.

Kenapa tidak dicuba pula pentadbiran kerajaan persekutuan yang baru.

Lebih enam dekad Malaysia di bawah regim yang sama. Penuh rasuah,
penuh nepotisme, penuh kronisme. Khazanah negara diagihkan bagai harta
pusaka datuk nenek sendiri.

Sebenarnya terlalu banyak alasan kukuh untuk rehatkan Umno-BN. Biar ia pula belajar menjadi pembangkang.

Ramai mahu saksikan bagaimana rupa bentuk Umno apabila dicerai-tanggalkan dengan kuasa.

Cukuplah dengan alasan Umno-BN sudah terlalu lama memerintah sehingga
kukunya mencengkam dalam setiap penjuru dan sudut; jadi gantikanlah
dengan Pakatan Harapan yang bertekad untuk melakukan pembaharuan dan
perubahan mendasar.

Beri peluang kepada Dr Mahathir Mohamad dan regu barunya dari PKR,
DAP, Amanah serta teman-temannya dalam Bersatu untuk memulihkan negara.
Mahathir yang baru, dengan tekad politik yang lebih segar dan murni.

Dan kita, rakyat biasa, jangan serahkan cek kosong untuk diisi nilainya secara sewenang-wenang kepada mereka yang menang nanti.

Rakyat prihatin harus terus berpartisipasi secara proaktif. Terus
tegur. Terus kritik. Terus bantah mana-mana yang salah dan silap. Bentuk
NGO yang progresif, gemblengkan tenaga dan pemikiran kritis yang saling
membawa untuk pulihkan negara.

Desak dan tuntut pelaksanaan reformasi institusi, cantas senarai
panjang kuasa perdana menteri dan menteri besar/ ketua menteri, bebaskan
cengkaman eksekutif ke atas badan kehakiman, media, jabatan peguam
negara, suruhanjaya pencegah rasuah, polis.

Hidupkan demokrasi yang matang, suburkan perasaan hormat menghornati, raikan perbedaan pendapat dan kepercayaan berbeda.

Pemimpin menunjuk teladan baik, mengharmonikan setiap lapisan
masyarakat, menghayati keluh-kesah rakyat terpinggir sehingga kelompok
bawahan terasa aman di bawah teduhan negara tercinta.

Ya, kemenangan Pakatan Harapan nanti bukannya penamat larian yang
cukup menenatkan tetapi permulaan kepada perjalanan yang panjang.

Tiada masa berbulan madu. Tanggungjawab besar menunggu. Langkah
pembaharuan menuntut tekad politik yang cukup luar biasa. Setiap warga
adalah aset yang tidak boleh dibazirkan.

Insya’Allah saya bersedia untuk terus menjadi wartawan cabuk tanpa
akhbar, yang akan terus mengkritik dan menegur, walaupun di bawah
kerajaan baru PH.

Ooop, terlalu jauh saya berimiginasi. Walhal laluan masih kita
terlalu sukar. Berbaki tidak sampai seminggu sebelum hati mengundi,
cabaran sengit bertambah getir.

Kadang-kadang hampak gerakerja kempen masih perlahan, jentera bagai
tidak tersusun. Ia boleh menjejaskan semangat, namun hati kecil saya
merasakan segalanya mungkin berubah dengan gelombang perubahan yang
bergerak dalam senyap.

Keperluan untuk menukar kerajaan tidak boleh ditangguh lagi.

Benar, Umno-BN memperkakaskan apa sahaja untuk kekal berkuasa,
ternasuk memperkudakan SPR dengan begitu dahsyat sekali, seperti
ditunjukkan dalam amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan
pengendalian penamaan calon.

Hanya kesatuan suara rakyat mempu berlawan dengan semua tentangan itu.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-41833779159946057382018-04-28T12:14:00.000+08:002018-09-24T12:43:45.561+08:00Pas memang kingmaker, pastikan Umno-BN kekal berkuasa

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Dua buku yang saya hasilkan dalam tempoh dua bulan mencerminkan kerisauan saya terhadap senario politik tanahair.

Memang berlaku gelombang kebangkitan rakyat termasuk di kawasan kubu tradisi Umno, khususnya di kampung dan penempatan Felda.

Umno berdepan keretakan besar apabila Dr Mahathir Mohamad bukan
sahaja keluar parti dan menubuhkan Bersatu, tetapi hampir setiap malam
menjelajah segenap pelosok negara berkempen untuk menjatuhkan regim
korup Najib Razak.

Malah, kritikan dan kecaman Mahahir itu merupakan teguran paling
keras dan amat berbisa pernah dilemparkan kepada mana-mana perdana
menteri.

Sambutan rakyat pula cukup luar biasa, bukan hanya dilihat daripada
jumlah hadirin di lokasi ceramah, tetapi juga yang melayari siaran
langsung melalui Facebook.

Wilayah yang selama ini sukar ditembusi oleh pembangkang, termasuk pada era kehebatan Anwar Ibrahim, dapat diterobosi Mahathir.

Orang-orang tua dan warga emas juga terpanggil untuk sama-sama
bersesak berdiri atau duduk berlapek tanah, mendengar pidato bekas
perdana menteri selama 22 tahun. Kehadiran generasi “pop yeh-yeh” ini
menggambarkan tiada lagi segmen yang dianggap kebal untuk melindungi
kuasa Umno-BN.

Lalu, apa yang saya perlu risaukan, dalam gemuruh sokongan rakyat
untuk menolak Najib-BN ini? Bukankah gelombang ini dijangka menghasilkan
tsunami rakyat, yang bakal menenggelamkan regim kleptokrat dan
membentuk kerajaan baru di Putrajaya?

Awalnya memang nampak ada kekeliruan dan kebimbangan terhadap
cadangan Mahathir sebagai PM ke-7. Ada kecurigaan bahawa segala janji
pembaharuan dan reformasi tidak dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun, perlahan-perlahan kerisauan itu dapat diatasi. Faktor
Mahathir sudah dapat diterima, antaranya, sebagai pendorong kepada
kesedaran masyarakat luar bandar dan komuniti yang selama ini berpegang
kepada fahaman karut bahawa Umno selamanya tidak dapat dikalahkan.

Buku saya, Mengapa Mahathir?, juga bertujuan menangkis serangan yang
menjadikan pengundi was-was bagi melakukan perubahan. Saya sempat
berpesan, kalaupun anda tidak dapat melihat PRU14 sebagai medan untuk
memilih sesuatu yang lebih baik, anggaplah pilihan raya ini peluang
untuk menyokong yang lebih kecil mudaratnya, dengan menolak mudarat yang
lebih besar.

Mahathir yang ditemani rakan-rakan baru, daripada PKR, Amanah dan
DAP, sudah tentu berbeda dengan Mahathir yang dikelilingi pak angguk
daripada sekutu BN. Malah Mahathir dalam partinya, Bersatu, berlainan
dengan Mahathit dalam Umno dahulu. Realiti Pakatan Harapan juga tidak
sama dengan Barisan Nasional dahulu, walapun pengerusinya orang yang
sama, Mahathir.

Namun kekhuatiran saya masih belum padam. Keyakinan saya untuk
melihat Umno-BN ditumbangkan, terbantut dengan faktor Pas, yang
khabarnya mahu bertanding sehingga 160 kerusi Parlimen.

Ya, pengaruh Pas mungkin tidak sebesar mana, memandangkan ramai juga
ahli dan aktivisnya sudah keluar menyertai Amanah. Tetapi saya tidak
mahu mengambil risiko dengan memandang rendah keupayaan Pas mencuri undi
penyokong pembangkang.

Benar, sokongan Pas bukanlah hebat sangat, namun ia merupakan sebuah
parti yang boleh dikira mempunyai penyokong tegar-fanatik paling ramai
berbanding parti lain.

Dalam keadaan tertentu Pas bukan hanya dianggap wadah politik, tetapi berjaya membentuk komuniti kemasyarakatan yang erat.

Justeru, walaupun ada ahli atau penyokongnya yang sudah tidak dapat
menerima pendekatan Ustaz Hadi Awang, tetapi mereka hanya berdiam diri
demi menjaga kerukunan hidup bermasyarakat.

Memang kita mengharapkan mereka ini dapat membuat keputusan tepat,
dengan mengundi Pakatan Harapan, sekalipun masih menjadi ahli Pas.

Mereka terpaksa bersama dalam riuh-rendah bergotong-royong menyiapkan
bilik gerakan pilihan raya Pas, bimbang dipulaukan atau demi menjaga

Bukankah ahli dan penyokong Pas sentiasa dilatih untuk mengutamakan dalil dan hujah, bukan dipengaruhi sentimen dan emosi?

Mereka sudah pasti tidak boleh menerima hakikat bahawa begitu banyak
aksi, tindakan, kenyataan dan mesej tersirat yang disampaikan Pas hari
ini, yang bertentangan dengan kepercayaan tradisi selama ini, bahawa
kerajaan zalim dan menindas tidak wajar sama sekali diberi talian hayat
untuk terus berkuasa.

Ahli dan penyokong Pas sendiri merasakan tekanan hidup tambah berat,
harga barangan asas naik mendadak, dana awam dicuri secara terbuka,
beban menampung kos kesihatan dan pendidikan kian perit, sebahagian
besar terpaksa melakukan dua tiga jenis pekerjaan serentak.

Dalam masa sama, seolah-olah ada main mata di antara pimpinan
tertinggi Pas dan Umno. Betul, kedua-dua parti tetap berentap dalam
pilihan raya, namun ada khabar yang disahihkan kemudiannya, ada individu
yang rapat atau berkepentingan, dengan Umno, menyalurkan wang jutaan
ringgit ke dalam kantung Pas.

Mana-mana pemerhati politik, termasuk penganalisis antarabangsa,
secara mudah, dapat menangkap bahawa Umno paling beruntung apabila Pas
masuk bertanding walaupun di kerusi yang hampir mustahil ia menang.

Permainan apakah ini? Sandiwara apa yang sedang berlangsung? Ahli Pas
ditanamkan bahawa apa sahaja dakwaan yang memburukkan parti itu adalah
fitnah, apatah lagi jika dibawa oleh “pengkhianat”.

Saya perhatikan, penyokong Pas dalam keadaan keliru dan ragu-ragu. Di
kala rakyat biasa seperti sudah sepakat mahu menubuhkan kerajaan baru,
dalam kesempatan terbaik pernah terhidang, penyokong Pas mahu
mensia-siakannya.

Undi strategik mereka bakal menjadi penyelamat kleptokrat, yang
memecahkan sokongan pembangkang, dan menggagalkan impian ramai. Apatah
lagi dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya, gerrymandering,
yang bertujuan mengekalkan kuasa golongan minoriti.

Apa pun, izinkan saya untuk berkhayal, sebelum hari mengundi,
rakan-rakan Pas dapat menyedari tanggungjawab besar mereka, bagi
meruntuhkan elit penguasa sejak enam dekad lalu. Kekal saja dalam Pas
tetapi mengundilah mengikut gerak hati yang bersih, dengan memangkah PH
berlogokan PKR.

Masa berbaki untuk berkempen hanya berbaki lebih kurang 10 hari.
Tidak mudah mempengaruhi khalayak Pas yang tertutup fikiran mereka,
apatah lagi bagi segmen yang dikuasai secara tradisi oleh faham
dogmatik.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-51461374945834830942018-04-25T12:15:00.000+08:002018-09-24T12:43:59.354+08:00Najib dibayangi tirai besi

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kolum ini lama tidak terisi dengan komentar segar. Dua kali tulisan
pemanas badan dikutip daripada buku Parti Amanah Negara: Cabaran,
Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.

Memang sudah terlalu lewat untuk saya memulakan. PRU14 sekitar dua
minggu sahaja lagi. Namun, langsung tidak mempedulikan momen terpenting
untuk bersama-sama merakam sejarah baru buat tanahair tercinta lagilah
merupakan sikap tercela.

PRU14 dianggap gelanggang paling sengit, medan tempur memakan korban
terbesar dan ibu segala pilihan raya. Itulah juga yang pernah dilabel
kepada PRU1990, PRU1999, PRU2013. Masing-masing mempunyai keunikan
tersendiri. Paling penting, dalam pilihan raya berkenaan, harapan dan
impian rakyat untuk melihat kerajaan bertukar begitu tinggi.

Berbanding siri pilihan raya sebelumnya, bermula 1990, kali ini saya
secara peribadi sekadar menjadi pemerhati pasif. Ya, benar-benar terpaku
di rumah, hospital dan pusat dialisis. Tidak lagi berpeluang untuk
meninjau di tengah lapangan atau turun merasai keresahan dan harapan
rakyat di peringkat akar umbi.

Tengku Razaleigh Hamzah membentuk gabungan pembangkang, Angkatan
Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat pada 1990. Anwar Ibrahim, walaupun
jasadnya terpenjara pada 1999, tetapi berjaya menyatukan oposisi dalam
kolisi yang lebih mantap.

Pas dan DAP yang dianggap berbeda kutub, boleh bersemuka di meja
rundingan dan menubuhkan Barisan Alternatif. Juga dibantu oleh sikap
terbuka dan berpandangan jauh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Dr Mahathir Mohamad, dengan segala kontroversi, seolah-olah
menyempurnakan impian sejak sekian lama, iaitu mendirikan Pakatan
Harapan, yang mempunyai struktur rasmi, dengan lambang dan simbol yang
satu. Kini pembangkang diikat secara formal dan buat pertama kali dalam
sejarah, bertanding dengan satu logo.

Lebih menakjubkan, empat parti berbeda, mengambil masa paling singkat
melupakan pertikaian dan pertembungan sesama sendiri, bagi menumbangkan
kleptokrat termasyhur.

Seteguh mana pun persepakatan pembangkang diikat, sehebat mana pun
panglima perang mengatur strategi, seefisyen mana pun jentera disusun,
tanpa penglibatan rakyat di segenap peringkat, misi kali ini mungkin
mengulangi kegagalan.

Justeru, nurani saya seperti memberontak, masakan aku hanya diam di
atas pembaringan, sekadar

menyaksikan proses sejarah baru bakal
terbentuk, dan mendoakan agar segalanya berjalan lancar.

Apakah semudah itu regim Umno-BN yang berakar teguh sejak enam dekad lalu, dapat dicabut?

Najib Razak, yang menyedari hari esoknya bukan sahaja suram dan
kelam, tapi dibayangi kehidupan di balik tirai besi, sudah tentu
mengerah serta memperalat apa saja aset, kemudahan dan sumber bagi
menyelamatkan diri.

Ya, tidak mudah untuk negara dunia ketiga yang defisit demokrasinya,
bagi menyaksikan peralihan pemerintahan. Mahathir boleh membantu. Roh
perjuangan Anwar boleh menyuntik inspirasi.

Segenap ketumbukan parti Amanah, Keadilan, DAP dan Bersatu boleh
mendukung misi besar ini.

Namun, jika rakyat terbanyak masih boleh
diperdaya dan dikelirukan di saat-saat akhir, antaranya dengan racun
perkauman dan slogan murahan agama, dibimbangi, regim korup terselamat
lagi.

Dalam diam, sementara menghadapi rutin rawatan yang mengambil
sebahagian besar masa, saya bertambah resah dan gelisah. Seperti
kebanyakan warga lainnya, saya turut mengimpikan Malaysia yang baru,
adil dan mampu menjadi pelindung buat golongan terpinggir, bakal
menjelma seawal tengah malam 9 Mei nanti.

Bagaimanapun, dalam politik, sehari sudah terlalu lama, apatah lagi 2
minggu sebelum PRU14, macam-macam boleh berlaku. Kita mesti terus
berwaspada dan berhati-hati. Elak daripada melakukan kesilapan yang
boleh dimanipulasi. Perangkap sentiasa mengintai. Kelalaian, kealpaan
dan sikap syok sendiri bakal membawa padah.

Kelihatan seperti ada yang masih was-was dan bimbang, termasuk
daripada kelompok pembangkang sendiri, yang akhirnya mungkin akan
menyusutkan undi Pakatan Harapan.

Saya cuba dengan kudrat terbatas, untuk bersama-sama rakyat, saling
membahu, merangsang proses penukaran kerajaan, melalui kolum ini, bagi
menawarkan pencerahan kepada yang masih keliru dan musykil.

Bukankah setiap satu undi itu penting dan tidak boleh dibazirkan sama
sekali? Sudahlah kita berdepan dengan seribu satu kemungkinan penipuan
elit penguasa, kita juga kini dicabar dengan jumlah undi pembangkang
yang tidak kecil, yang mungkin tercicir!Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-59131499399778776552018-04-19T12:24:00.000+08:002018-09-24T12:44:13.441+08:00 Sedih dan pilu bila Pas berkrisis

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Memang sedih dan pilu menyaksikan parti Islam yang saya dokong sejak
zaman sekolah rendah lagi digugat konflik dan krisis dalaman yang parah.

Cuma saya rasa agak lega kerana terhindar daripada dilema menjadi
ketua pengarang Harakah susulan saya bercuti sakit, dan kemudiannya
dipindahkan ke posisi lain, iaitu unit latihan kewartawanan.

Tidak dapat bayangkan, bagaimana harus saya membuat pilihan tepat
untuk mengisi halaman akhbar apabila berlaku percanggahan pendapat
sesama pimpinan, yang mendedahkan kelemahan ketara parti.

Berselisih pandangan merupakan kelaziman, tetapi menjadi isu besar
kepada Pas adalah kegagalan pemimpin tertinggi, khususnya presiden,
untuk menangani konflik dalaman secara hikmah dan bijaksana.

Presiden tidak bertindak sebagai pendamai atau pemersatu, sebaliknya menjadi penyumbang terbesar kepada masalah itu sendiri.

Walaupun hampir dua pertiga pimpinan Pas Pusat dilihat mempunyai idea
berbeza, namun presiden seperti tidak mengendahkan kelompok majoriti
ini.

Sebaliknya Majlis Syura Ulama digunakan untuk membatalkan keputusan
eksekutif parti yang dikira tidak selari dengan pendirian presiden.

Pas tidak dapat menyembunyikan krisis yang tambah rumit. Ia bukan
lagi ribut dalam cawan. Air sudah tumpah dan cawan pecah berderai.

Kumpulan yang berbeza idea itu dilabelkan sebagai antiulama, mahu
membawa parti ke dalam neraka, barua kepada musuh, lebih setia terhadap
rakan sekutu, Anwarinas dan pelbagai gelaran lagi.

Kami di Harakah pula dipanggil jebon, dan dianggap lebih mengagungkan
pemimpin PKR dan DAP daripada jemaah sendiri. Harakah turut dicop bukan
lagi akhbar Pas kerana membuka ruang berlebihan untuk tokoh-tokoh
Pakatan Rakyat.

Mungkin saya dilihat umpama ketua platun tentera yang engkar atau
sering mempertikai arahan panglima di medan tempur. Memang dalam operasi
perang fizikal, tiada tempat untuk mempersoalkan perintah ketua
walaupun kita tidak nampak rasionalnya.

Namun berdepan perang untuk saling mempengaruhi minda dan hati
pembaca, kita perlukan gerak kerja yang halus, sistematik, bijaksana,
disokong fakta dan persembahan menarik. Mungkin cara insan media sedikit
berlainan dengan gaya orang politik walaupun objektifnya tetap sama,
iaitu menarik simpati dan sokongan.

Medium penulisan tidak boleh bersandarkan semangat, sentimen dan
emosi; ia harus dimantapkan dengan pengukuhan idea dan logika. Semua
pihak yang bertentangan menawarkan alternatif, yang terbuka kepada
perdebatan dan perbahasan.

Era langit terbuka

Kini, dalam era langit terbuka, tiada mana-mana pihak yang memonopoli saluran maklumat. Sekarang informasi pun boleh “dicipta”.

Ada pihak mengingatkan saya bahawa Harakah adalah akhbar parti dan
berperanan khusus untuk memperkenal dan mempromosi Pas, serta menjaga
kepentingan dan imej jemaah.

Ia hanya diterbitkan dua kali seminggu – dan dalam tempoh yang
panjang, dari awal tahun 2000 hingga hujung 2008, kekerapannya hanya dua
kali sebulan – dan dibelit banyak keterbatasan.

Jadi, kata mereka, Harakah beroperasilah sebagai organ parti, usah
berlagak untuk menjadi akhbar alternatif, atau untuk semua parti
pembangkang. Akhbar oposisi yang lain pun tidak memberi ruang kepada
Pas, sepertimana Harakah yang cuba menaungi semua kolompok yang mahu
menjatuhkan Umno-BN.

Apakah Harakah harus membataskan fungsinya sebagai lidah rasmi parti
atau bertindak sebagai akhbar alternatif telah menimbulkan konflik dan
polemik berpanjangan.

Kami pernah nenganjurkan satu diskusi khas di sebuah hotel bagi
membincangkannya. Kebanyakan wakil Pas memilih jalan sempit, iaitu demi
maslahat parti yang lebih utama tetapi saya amat memahami mengapa mereka
berfikiran begitu.

Saya melihat Harakah berbeda dengan Suara Keadilan ataupun Roket.
Perjalanannya yang panjang, terutama selepas mendapat sambutan amat
menggalakkan sesulan Anwar dipecat dan diaibkan pada hujung 1998,
meletakkan Harakah sebagai akhbar alternatif yang ditunggu peminat
setiap Khamis dan Ahad.

Selain isu panas dan sensasi ketika itu, lonjakan tersebut didorong
oleh cengkaman keterlaluan oleh peraturan regresif dan undang-undang
drakonian mengenai kebebasan dan pemilikan permit. Akhbar atau majalah
lain tidak dibenarkan oleh KDN untuk menyiarkan laporan yang mengkritik
kerajaan.

Contoh paling ketara, dua majalah kendalian saya, Detik dan Wasilah
diharamkan. Akhbar Eksklusif turut menerima nasib sama, iaitu sekitar
tahun 2000, sejurus selepas keputusan PRU 1999, yang menyaksikan
sokongan pengundi Melayu kepada Barisan Alternatif.

Daripada dicetak dalam lingkungan 60,000 naskhah meningkat kepada
lebih 350,000 kerana faktor Anwar. Tentunya banyak manfaat yang dapat
diraih Pas apabila akhbarnya begitu laris di pasaran. Ia membuatkan
masyarakat lebih mengenali dan memahami sosok parti Islam ini dan
memudahkan berkembang lagi pengaruhnya.

Selain itu, kewangan parti turut dijana bagi membiayai program yang
dirancang. Satu dana khas dilancarkan melalui akhbar yang mendapat
sambutan hangat, Tabung Kemiskinan Harakah. Jutaan ringgit dikumpulkan
dan mampu menyumbang bantuan kepada golongan memerlukan.

Bagi kumpulan yang mahu Harakah menjadi lidah rasmi semata-mata,
pemaparan foto dan berita Anwar di muka depan boleh sahaja menjadi isu
sensitif.

Kadang-kadang gambar Ustaz Hadi yang kecil atau diletak pada posisi
yang tidak dominan mengundang rasa tidak puas hati. Walhal kami
mengambil pertimbangan kewartawanan tanpa mengabaikan keperluan untuk
mengutamakan mesej parti.

Harakah bukannya terbit sebulan sekali: ia sampai kepada pembaca
setiap tiga hari sekali. Maknanya, agak kerap juga. Jadi, dapatlah kita
gilirkan isu atau gambar yang wajar diberikan prioriti. Kami di Harakah
juga sedar, tugas yang utama adalah mempromosi dan “menjual” parti,
tetapi ada kalanya dengan cara kewartawanan yang sedikit berbeda.

Secara peribadi, jika diberi pilihan, saya lebih selesa menguruskan
akhbar atau penerbitan saya. Dan saya sudah memohon permit majalah Kini
seawal tahun 1989 tetapi ditolak mentah-mentah oleh KDN.

Kebetulan permohonan itu saya ajukan seminggu selepas saya ditahan
ISA, maka mudahlah pihak Menteri Dalam Negeri menolaknya, dan
membariskan nama saya dalam senarai hitam.

Saya kemudiannya menumpukan usaha menulis dan menerbitkan sendiri
makalah dan buku politik, yang tidak memerlukan lesen dan keizinan KDN.
Urusan pengedaran dan pemasaran juga dilakukan sendiri. Namun, tiada
pencetak yang berani mengambil risiko mencetak buku dan makalah politik
saya, kecuali seorang usahawan kecil Cina, Leong Beng Chai, di Plaza
Pekeliling, Kuala Kumpur.

KDN mensyaratkan setiap bahan bercetak dipaparkan nama dan alamat
penuh pencetak, dan mereka juga terdedah kepada tindakan undang-undang,
sama seperti penerbit. Leong diperkenalkan oleh kekanda sulung saya,
Dinsman yang berpejabat di tingkat atas , lokasi sama.

Antara bahan yang dicetak Leong adalah Selepas 3 Tahun Memali,
Demokrasi Zaman Mahathir, Kes Pemecatan Tun Salleh Abas, Anwar Lawan
Ghafar, Krisis Mahathir-Anwar, Selepas Mahathir Peluang Pas, Siapa
Dalang?, dan banyak lagi. Berurus-niaga dengan Leong cukup selesa,
dengan terma yang tidak menyusahkan. Ada duit, bayar, kalau tidak ada,
jual dulu.

Beberapa kali pihak penguatkuasa menyerbu kilangnya dan memberi
amaran, tetapi dia tetap berdegil. Sesungguhnya Leong cukup banyak
membantu dan memudahkan langkah awal saya bertapak dalam dunia
penerbitan buku. Dan kini, lama saya tidak berhubung dengan Leong. Moga
dia sukses dan sihat.

Berdepan dengan pelbagai karenah penyokong, ahli dan pemimpin Pas,
membantu saya memahami kompleksiti tingkah-laku dalam sebuah organisasi.
Ia menuntut kebijaksanaan dan kesabaran.

Walaupun semuanya mendakwa sayang kepada parti, dengan gaya dan cara
tersendiri, tetapi bukan sedikit gelagat yang boleh merencatkan objektif
dan matlamat organisasi jika tidak dipandu oleh kepemimpinan yang
bervisi jelas dan berpandangan jauh.

Niat yang ikhlas sahaja tidak memadai, apatah jika dimanipulasi pihak
musuh. Seringkali sikap ekstremisme boleh menjurumuskan. Kadang-kadang
mereka menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis di luar konteks, untuk
memenangkan hujah peribadi.

Saya pernah menyaksikan satu perbahasan isu dalam Muktamar Pemuda
Pas, seorang wakil mengemukakan hujah Al-Quran untuk menyokong
argumennya membantah usul asal tetapi tidak mampu disanggah balik
pembawa usul kerana dia bukan seorang ustaz.

Sedangkan usul itu hanya berkaitan strategi atau pendekatan politik
yang boleh diulas oleh sesiapa sahaja. Tetapi ia seperti diikat dan
dikunci oleh nas Al-Quran dan menghalang penggunaan akal untuk
merongkainya.

Bukan sekali rujukan nas atau kisah sejarah yang dikemukakan adalah
di luar konteks. Misalnya, jika mahu mengadakan sebarang perjanjian atau
kerjasama politik dengan pihak luar, acap kita membandingkan perjanjian
Nabi dengan golongan kafir.

Saya tertanya-tanya juga, apakah sesuai rakan-rakan sekutu sesama
pembangkang mahu disamakan dengan Quraisy Makkah, hatta merujuk Umno
seumpama kuffar di zaman Nabi pun nampak janggal. Situasinya jauh
berbeda.

Tidak adakah rujukan yang hampir sama dan senario yang ada
bibit-bibit keserasian dengan suasana yang kita hadapi? Atau kita
sendiri, dengan kepakaran ilmu dan pengalaman bermuamalah dengan situasi
setempat berusaha membentuk fiqh Malaysia?

Ukhuwwah yang dirobek

Ukhuwwah yang terjalin indah selama ini rupanya mudah dirobek. Hanya
disebabkan perbedaan kecil – tetapi disangka menyangkut isu dasar dan
prinsip, malah dianggap bab aqidah – sikap hormat-menghormati,
rai-meraikan, saling bertasamuh dan bertoleransi ditolak ke tepi.

Suara berbeda dipandang umpama kecaman yang membinasakan. Teguran
dianggap mahu menghancurkan. Ulama seolah-olah lembaga suci yang maksum.

“Masakan ulama nak bawa kita ke neraka, mereka arif tentang soal dosa
pahala dan lebih faham ilmu dan kehendak agama,” itu antara kaliamah
yang mengunci-mati ruang untuk bertukar fikiran.

Saya kerap tertanya-tanya, apakah kita sudah hilang skil komunikasi
sehingga perasaan marah dan bebal payah dibendung lagi. Kita sukar
berkepala dingin dan berfikiran terbuka untuk duduk berunding mencari
jalan keluar.

Serentak sama panggilan jahat dan menyakitkan hati dihamburkan sesuka
hati. Mana akhlak Islami dan budaya sopan Melayu; mana tutur kata yang
beradab dan ramah? Sahabat karib sejak berdekad lamanya bertukar menjadi
seteru ketat: salam tidak lagi disambut, wajah manis kini dipalingkan
penuh mencuka. Sedangkan kedua-duanya adalah parti Islam.

Jika kita boleh teruskan hubungan persahabatan selepas rakan sesama
Pas, menyertai Keadilan misalnya, ataupun memilih bersama DAP, hatta
menyeberang kepada Umno sekalipun, mengapa kawan boleh bertukar lawan
apabila seorang daripadanya bertukar wadah kepada Amanah?

Bukankah Pas mempunyai banyak persamaan dan keserasian dengan Amanah,
berbanding parti-parti lain? Sekurang-kurangnya dari segi dasar,
landasan dan matlamat perjuangan, semuanya bertekad untuk berpaksikan
Islam. Berbeda wadah bukan berlainan aqidah. Ia merupakan persoalan
ijtihad, demi merumuskan kaedah atau jalan terbaik untuk menyalurkan
khidmat bakti buat umat dan negara.

Seorang rakan memberitahu, “kami semasa aktif dalam Pas dulu pernah
membayangkan, bagaimana kalau … walaupun kita dalam satu jamaah tetapi
mempunyai dua parti yang berbeda, tapi saling menghormati.”

Saya tidak terkilan, malah dapat memahami, jika penyokong atau ahli
bawahan Pas dan Amanah sukar menerima realiti kewujudan dua parti Islam.
Setiap parti, terutama yang berasaskan ideologi, selalunya mempunyai
pengikut tegar atau fanatik; mereka dijalin dengan semangat berkobar
atau keyakinan yang teguh.

Dalam kamus hidup, tiada kompromi kepada anasir yang dilihat cuba
menggugat kepercayaan mereka. Aksi serang menyerang, kecam mengecam,
apatah lagi di zaman media sosial ini, menyerlahkan lagi perbalahan
tajam.

Namun, saya yakin, jika kepemimpinan kedua-dua belah pihak bersikap
demokratik, menghargai perbedaan, maka boleh sahaja terus bersaing,
saling hujah menghujah. Situasi sukar dikawal jika pimpinan utama mudah
berang, mengungkit hal sensitif, gagal mengawal bicara dengan wajah
bengis, tidak boleh bersemuka di meja rundingan. Sehingga kita payah
membedakan siapa sebenarnya ketua, siapa pengikut.

Cuma, yang lebih menyukarkan ialah pendirian politik berbeda terhadap
regim atau elit penguasa. Pas dilihat bersikap lunak atau dikira
mempunyai persepsi positif termasuk kepada Perdana Menteri, Najib Razak
yang terkenal sebagai kleptokrat no 1 dunia. Tentulah pemimpin Pas
menafikan tanggapan itu.

Memang tidak ada persefahaman atau kerjasama politik secara formal,
di antara Pas-Umno, tetapi orang ramai merasakan hubungan kedua-dua
parti sudah tidak seperti dahulu. Pas seperti memperlahankan kritikan
dan penentangannya, walaupun di kala banyak peluru boleh dihamburkan.
Serangannya seolah-okah sengaja dilembutkan.

Jika ada dua pilihan, ia lebih suka memilih opsyen yang tidak begitu
mencederakan Umno. Malah ia gemar mencari sengketa sesama pembangkang,
dan cuba mencari keserasian dengan Umno.

DAP yang dianggap Umno musuh, maka itulah juga menjadi seteru utama
Pas. MCA dan Gerakan, sekutu Umno dalam BN: itulah juga yang diakui Pas
sebagai mempunyai sikap lebih lembut terhadap Islam. Maknanya, identiti
sebagai pembangkang sudah terhakis pada tubuh Pas.

Parti Islam itu seperti cuba mempamerkan wajah baru – parti yang
tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga mendukung BN – tetapi sukar
difahami rakyat. Tidak pelik, jika Pas dianggap parti opurtunis yang
mahu memperdagangkan undi rakyat apabila berulang kali ia
mengisytiharkan dengan bangganya sebagai king maker.

Berbeda keadaannya pada huung 2001apabila DAP keluar Barisan
Alternatif. Sama ada Pas, DAP, PRM mahupun Keadilan, tiada parti yang
dilihat atau disyaki bermain mata dengan Umno. Sifat-sifat
kepembangkangan tidak luntur, justeru pertandingan satu lawan satu masih
boleh dipertahankan walaupun tidak berada dalam satu front lagi.

Situasi sekarang berbeda, Pas secara terbuka memperagakan sosoknya
yang tidak mungkin berpakat lagi dengan PH, sekali gus mendakwa kolisi
baru itu anti-Islam, diketuai penyangak dan seumpamanya.

Pas penentu kuasa

Hairan juga saya, Pas bercita-cita tinggi menjadi penentu kuasa,
tetapi ia awal-awal telah menutup pintu untuk rundingan. Satu kesilapan
Pas dalam langkah diplomatiknya adalah mengunci-mati ruang untuk
bereksperimen dan memaksa pihak lain mengikutnya, hanya kerana ia parti
Islam.

Sengaja dipilih jalan mati atas alasan berpegang kepada prinsip yang
tidak boleh dikompromi sedangkan ia berdepan dengan persoalan strategi
dan teknik, yang menuntut kebijaksanaan untuk mencapai maslahah terbaik.

Mana-mana pemimpin besar tentu mempunyai misi tersendiri, yang ada
kalanya tidak dipersetujui sepenuhnya oleh rakan-rakan pimpinan,
termasuk peringkat pertengahan dan akar umbi. Pemimpin yang berwawasan
jauh, sabar dan berhemah akan cuba menjelaskan, sambil mendengar
pandangan berbeda ahli-ahli, serta mengolah rumus yang boleh diterima
parti.

Semasa Ustaz Fadzil mahu mengadakan kerjasama politik dengan Tengku
Razaleigh Hamzah pada 1989, tidak sedikit dalam Pas yang membantah,
namun berkat kesediaan presiden Pas itu menjelajah pelosok negara,
berdialog dengan ahli parti, termasuk secara santai, dia mendapat mandat
untuk mencipta sejarah.

Begitu juga dengan muafakat bersama Anwar Ibrahim. Laluannya tidak
mudah, walaupun secara perubadi Ustaz Fadzil rapat dengan Anwar.
Keberanian Ustaz Fadzil bereksperimen, tanpa persetujuan awal pimpinan
Pas lainnya, tidak menghalang pembentukan Gerak, yang akhirnya
menatijahkan Pas memperolehi 27 kerusi Parlimen.

Jadi, apa bedanya Ustaz Hadi dengan Ustaz Fadzil, berdepan kemelut
dalaman ini? Mungkin Ustaz Fadzil mahu meneroka perubahan dan bergerak
dalam gelanggang yang lebih luas, manakala Ustaz Hadi dilihat mundur ke
belakang, dan paling penting, dia tidak berani mengemukakan gagasan
kepercayaannya secara terus-terang.

Tiada diolog terbuka tentang kerajaan perpaduan atau wacana politik
Melayu-Islam berdasarkan kehendaknya, yang memungkinkan Ustaz Hadi
menawarkan pencerahan kepada khalayak yang keliru. Ketika wakil Pas
memaklumkan secara rasmi setiap rundingan dalam Pakatan Rakyat, pihak
yang berbisik dalam gelap bersama Umno terus berahsia.

Bagi saya, eksperimen politik dengan sekutu dalam Pakatan Rakyat
ataupun untuk bersama Umno, boleh sahaja diusahakan, asalkan dibuat
secara telus dan terbuka, serta mendapat mandat majoriti ahli melalui
kaedah yang sah.

Pemimpin utama juga harus cerdik, pintar, bijaksana dan boleh membaca
perancangan licik musuh serta mengstur strategi setapak ke depan
Elakkan diri daripada terpedaya dengan umpan seteru atau terpesona
dengan gimik murahan. Bukan seperti mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan.

Kita sedia maklum, muafakat pembangkang, terutama mempertemukan
parti-parti dua kutub berbeda (Pas, DAP) bukan senang dan Umno
bertungkus-lumus berikhtiar memisahkannya. Pemerintah sedia
menghanguskan jutaan ringgit menjayakan plot itu.

Justeru, mengapa mudah sangat terpikat dengan perangkap, walaupun
dihiasi gemerlap Islam, misalnya dalam isu RUU355. Rela membuang aset
sedia ada, sedangkan barang yang dihasratkan bagai wap air di padang
pasir. Lalu, untuk menutup malu, terkeluar daleh, “biar kita ditipu,
asalkan jangan kita yang menipu”.

Amanah boleh dikatakan beruntung kerana dapat menterjemahkan
pengalaman baik-buruk Pas untuk memandu parti, di samping melakukan
penambahbaikan. Tinjauan rambang menunjukkan imej dan citra Amanah belum
begitu dikenali.

Keadilan sewaktu awal penubuhan, begitu juga Bersatu, lebih mudah
diperkenalkan, sekurang-kurangnya sebagai parti reformasi dan parti
Mahathir. Mungkin agak ramai melihat Amanah sebagai “parti Mat Sabu” ,
berbanding parti Islam yang progresif dan inklusif.

Umum juga keliru apa bedanya Pas dan Amanah. Pas sinonim dengan
jenama parti Islam, sementara Amanah memerlukan usaha dan gerak kerja
yang luar biasa untuk membina identiti. Label negatif seperti khadam DAP
yang dipalit oleh Ustaz Hadi juga tidak boleh diremehkan.

Amanah memang membawa gagasan yang murni, serta cuba merintis
pembaharuan, tetapi dari segi realiti politik, kumpulan idealis kerap
kecundang, apatah lagi jika pendekatannya dianggap asing dan mencarik
adat.

Walaupun berbekalkan tokoh-tokoh dan aktivis berpengalaman dan tahan
uji daripada Pas, namun Amanah harus meluaskan lagi spektrum
kepemimpinan dan pendukungnya, terutama dari kalangan kelompok beragama
yang belum berparti.

Pemantapan jati diri sebagai parti Islam yang progresif dan peduli
perlu diperkukuhkan. Di dalam perlembagaan parti, sudah tercatat kemas
dan tersimpul rapi, dalam Fasal 3, ditambah peruntukan dalam Fasal 16
bahawa presiden dan timbalan presiden harus mempunyai kefahaman yang
mendalam dan komitmen yang jitu terhadap Islam.

Majlis Perundingan Pakar (MPP) pula menyuntik keyakinan bahawa parti
Islam ini akan dikelola secara Islami. Bagaimanapun, semua itu harus
diperagakan sebaik dan sejujurnya sehingga dapat dirasai oleh rakyat
keberadaannya sebagai pendamping, pembimbing dan penyelesai kemelut
masyarakat.

Saya agak kurang jelas tentang pengaruh Amanah dalam sektor anak
muda. Nampak seperti kurang menonjol, termasuk di kampus-kampus. Proses
perkaderan Pas di universiti mungkin boleh diambil iktibar. Mendekati
golongan belia memerlukan aktiviti yang rencam dan santai, tanpa
melupakan keperluan kehidupan mereka yang mencabar.

Personaliti menarik dan karismatik wajar ditampilkan. Peluang mengasah
bakat jangan ditutup sehingga memaksa orang muda berbaris panjang
menunggu giliran. Dalam keadaan tertentu, pemimpin mesti berani
mendedahkan pelapis baru dan dipertanggungjawabkan dengan tugas
strategik.

Masa depan Amanah sering dikaitkan dengan keputusan PRU14. Jika PH
menang tentu tidak banyak spekulasi negatif, bagaimana pula jika
kemenangan tertangguh? Mampukah Amanah meredah kesuraman dan kesugulan
itu, di kala ia belum bertapak kukuh? Saya tidak mahu meramalkan, tetapi
percaya Amanah adalah parti Islam masa depan.

Ya, mungkin ia menempuh jalan sukar dan berliku, tetapi parti
progresif ini tidak mudah ditumpaskan dengan keputusan PRU14 yang tidak
memihaknya. Apa pun, saya lebih mengharapkan untuk melihat sumbangan
besar Amanah dalam kerajaan baharu nanti, untuk membina semula tanahair
kita yang hampir punah. Ia bagaikan kembara panjang yang baru bermula.

Gandingan aset dan sumber berkualiti dalam Pakatan Harapan, termasuk
Amanah, adalah potensi terbaik, untuk membawa Malaysia ke era lebih
sejahtera, adil, berkat dan dipayungi Rahmat Ilahi.

Saya tutup buku ini dengan memetik pandangan Dr Yusof Qaradawi dalam bukunya, Min Fiqh Ad-Daulah Fil Islam:

Adalah harus menubuhkan pelbagai parti Islam dalam sesebuah negara
islam, yang setiap satunya memiliki ciri-ciri pemikiran, metodologi dan
pendekatan politik yang berbeza-beza. Setiap parti islam mestilah
disokong dengan hujjah-hujjah dan riwayat-riwayat yang sahih dalam
tindakan mereka.

Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyokong mana-mana parti islam yang
telah ditubuhkan mengikut keyakinan mereka masing-masing. Sesiapa pun
boleh menolak jika didapati ada parti lain yang lebih baik.

Pelbagai parti dalam bidang politik adalah sama seperti pelbagainya
mazhab dalam bidang fekah. Perbezaan pelbagai mazhab tidak boleh dielak
disebabkan setiap madrasah pemikirannya memiliki dasar-dasarnya yang
khusus di dalam memahami syariat dan mempunyai perbezaan cara
mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya yang komprehensif.

Oleh kerana parti politik Islam juga mengambil hukum dan nas daripada
pelbagai mazhab yang berbeza aliran pemikirannya ini, maka cara,
pendekatan dan metodologi politiknya juga tidak sama. Maka wajar
berlakunya kepelbagaian parti politik.

Tulisan ini dipetik dari buku “PARTI AMANAH NEGARA”. Ahmad
Lutfi Othman menghasilkan catatan penutup buku ini dalam keadaan uzur,
di atas pembaringan. Impiannya hanya satu, mahu menawarkan bahan bacaan
yang lebih adil dan menyeluruh tentang parti Islam, Amanah.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-9038592392502023692018-04-18T12:28:00.000+08:002018-09-24T12:45:06.038+08:00Sikap saya terhadap Pas dan Amanah

BAHAGIAN PERTAMA

Sehingga 2015, bermula daripada pertengahan 1970-an, apabila minat
siyasah saya berputik, saya tidak pernah terfikir untuk menyokong
mana-mana parti politik, selain Pas.

Saya pernah memberitahu Dr Janet Steele, sarjana media Universiti
George Washington, Amarika Syarikat, yang membuat kajian khusus tentang
jurnalisme dan politik Islam di Asia Tenggara, berdasarkan kes antara
lain, Harakah, bahawa sokongan terhadap Pas bukan pilihan saya, tetapi
ia merupakan satu kewajiban dan tuntutan agama.

Selemah mana pun Pas, saya tidak terfikir untuk memilih parti lain.
Alasan tunggalnya kerana Pas satu-satunya parti Islam yang ada. Titik.

Dalam satu konferen di Universiti Oxford, 2016, Janet sewaktu membentangkan hasil kajiannya, antara lain:
Lutfi was born into a family that was “all PAS,” and everyone in his
kampung belonged to the Islamic party. “If there were Umno members, they
didn’t want to admit it,” he says, laughing (interview, July 25, 2013).
“Since the time I was little,” he said, “my family, my father, always
emphasized the importance that as a Muslim person, in our entire life,
Islam has to be followed. By our worship, our ritual, praying, fasting –
even the issue of politics.”

“In Malaysia, there is only one Islamic party, so even if its
leaders were “not perfect,” Lutfi believes that he had no choice but to
follow it. “If there is only one Islamic to straighten it out from the
inside,” he says.

Dr Janet berjumpa dengan Lutfi di rumahnya.

Pada malam keputusan pilihan raya Kelantan, 1978, yang menyaksikan
Pas kalah teruk, tinggal dua kerusi Dun, dan hilang pemerintahan ke atas
negeri itu, saya menangis teresak-esak, sambil mendengar berita sedih
itu melalui radio, di rumah kedai kami, di Pekan Tunjang, Jitra. Umur
saya, 15 tahun.

Biarpun kekalahan itu cukup memedihkan, namun ia tidak sedikit pun
memalukan, malah mendorong semangat, sekurang-kurangnya untuk terus
memberi sokongan dan berkempen kepada kawan-kawan sekolah – yang belum
cujup umur untuk menjadi pengundi – agar menyokong Pas.

Apalah sangat yang boleh dibuat oleh budak kampung, Tingkatan 3 waktu
itu. Dapat sedikit kesedaran politik pun melalui ceramah-ceramah
berdekatan yang saya ikuti sekitar Kubang Pasu menemani abang ipar.

Terpegun juga mendengar pidato bersemangat dan indah bahasanya oleh
Datuk Asri Muda, Yang Dipertua Agung Pas di Kodiang. Kebetulan pada
1978, Asri berpindah dari kawasan parlimennya Nilam Puri, Kelantan ke
Padang Terap, Kedah.

Malangnya, Asri yang menjadi tokoh kesayangan saya, tewas. Semasa di
Sekolah Teknik Alor Setar, 1979-80, saya teruja dengan demonstrasi
petani yang menuntut kenaikan harga padi. Rakyat miskin dan tertindas
bangun menuntut hak. Penggunaan ISA terhadap pemimpin tunjuk perasaan
itu menebalkan lagi amarah saya kepada regim pemerintah.

Saya juga didedahkan dengan taktik kotor permainan perkauman yang
menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran. Bangsa Cina dan DAP
digambarkan sebagai hantu yang berbahaya dan menakutkan.

Pelbagai cerita
tentang tragedi berdarah 13 Mei 1969 dikisahkan secara dramatik, dalam
keadaan bilik yang dipadam lampu, bagi memudahkan imiginasi palsu itu
mempengaruhi budak-budak sekolah.

Alhamdulillah, berkat asuhan politik sejak kecil, saya menganggapnya
tidak lebih daripada propaganda murahan, untuk mengekalkan sokongan
kepada Umno-BN.

Ketika rakan-rakan lain nampak gerun dan bermuka pucat mendengar
kisah sadis pelampau Cina nembunuh orang Melayu, saya lebih berhati-hati
menyaringnya, dan ferfikir apa solusi Islam untuk kita hidup harmonis
dan saling mempercayai sesama warga. Bukankah kita daripada pelbagai
kaum dan agama, sudah ditakdirkan hidup berjiran, satu kelas dalam
sekolah yang sama, justeru mengapa harus disuntik kecurigaan dan
benci-membenci.

1979, Tingkatan 4, saya berpindah ke Sekolah Teknik, Alor Setar.
Menetap di asrama. Jarak daripada rumah 20 batu. Di sini, sebagai budak
kampung yang malu dan gagap, mulai terdedah dengan dunia luar.

1980, berlaku pilihan raya kecil Dun Bukit Raya. Ustaz Fadzil Mohd
Noor yang saya kenal dari jauh dipilih untuk mewakili Pas. Mengenalinya
sebagai tokoh muda ABIM, selain Anwar Ibrahim. Tentunya saya mendoakan
agar Ustaz Fadzil dapat masuk sidang Dun.

Ada yang memberitahu saya, inilah pemimpin masa depan Pas, yang
tinggi ilmu agamanya dan berpengalaman dalam gerakan Islam. Beliau boleh
mengangkat martabat Pas sebagai parti Islam yang dihormati. Malang
sekali, pada malam keputusan pilihan raya, Ustaz Fadzil yang bertanding
buat kali kedua, sejak 1978, diumumkan tewas, dengan majoriti tipis.

Air mata saya mudah tumpah. Tetapi harapan saya lebih besar. Saya
meneka, bintang baru Pas sedang menyinar. Ya, selepas kekalahan itu,
bermula 1982, Ustaz Fadzil tidak pernah kecundang lagi apabila
bertanding di kerusi Dun.

Ustaz Hadi dan Ustaz Fadzil di era kegemilangan Pas.

Seingat saya, pertama kali berdepan Ustaz Fadzil adalah semasa beliau
berceramah Maulid Nabi di Pondok Tok Guru Haji Abu Bakar Palestin, Air
Hitam, Jerlun. Tok Guru Haji Bakar mempunyai kuliah tetap di madrasah
kampung saya, Kampung Raja.

Saya berdiri tidak jauh daripada tempat Ustaz Fadzil bersyarah, di
pintu sebuah rumah. Dengan lantunan suara yang mersik, tinggi-rendah,
disulami jenaka yang tidak berlebihan, petikan ayat Quran dan Hadis
mengukuhkan hujah, saya terpesona dan lantas menjadi peminat nombor
satunya.

Saya terbayang, alangkah segak dan padan jika Anwar dan Ustaz Fadzil
bergandingan sebagai dua pimpinan tertinggi Pas! Sejak itu, saya kerap
mencari kaset-kaset ceramah Ustaz Fadzil. Apabila menjejakkan kaki ke
kampus Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney, sekitar 1981, dua
tiga kali juga saya terserempak dengan Ustaz Fadzil ketika menapak ke
dewan kuliah. Nampak beliau mudah mesra dan rendah diri.

Kemudian baru saya tahu, Ustaz Fadzil dipecat UTM kerana menjadi
calon pilihan raya, dan beliau menang apabila kesnya dibawa ke mahkamah,
serta mendapat pampasan. (Semasa Ustaz Fadzil meninggal dunia di HUKM,
pada 2002, saya berselisih dengan bekas Naib Canselor UTM, Tan Sri
Ainuddin Abd Wahid, yang berkerusi roda, berhimpit-himpit di antara8
ribuan orang untuk mengunjungi jenazah di surau berdekatan. Orang yang
pernah memecatnya datang untuk memberi penghormatan terakhir).

Semasa mengikuti kursus kejuruteraan awam di UTM, selama lima tahun,
saya dekat dengan rakan-rakan sealiran, iaitu bersama-sama mendukung
perjuangan Pas. Tidak seperti sahabat yang lain dalam jamaah Hizbi
Islam, saya agak liat menghadiri program-program rutin, seperti usrah,
tamrin dan pengajian.

Namun keprihatinan dan minat saya dengan isu-isu politik tetap
menonjol. Jika sembang-sembang hal semasa, dua atau tiga jam terasa
singkat sahaja. Menjelang pilihan raya umum 1982, yang menyaksikan Dr
Mahathir Mohamad buat pertama kali mengemudi kempen BN, ada khabar yang
tidak menyenangkan bertiup kencang. Ura-ura Anwar telah dipancing
Mahathir untuk bersama Umno. Pastinya sebagai anak muda yang
mengimpikan, bukan hanya Anwar menyertai Pas, tetapi mengetuainya, saya
cukup kecewa sekali.

Semasa saya balik kampung, beberapa jiran penyokong kuat Pas pada
satu malam bertandang dan isu yang hangat dipersoalkan, tidak lain,
benarkah Anwar akan masuk Umno. Mereka agak keliru, bagaimana mungkin
Anwar boleh tertarik dengan Mahathir sedangkan beliau dikenali sebagai
tokoh yang pandangannya banyak bercanggah dengan Islam. Mereka merujuk
kepada buku Mahathir, Malay Dilemma yang diharamkan kerajaan terdahulu,
yang dikatakan kandungannya ada mengkritik ajaran agama. Mahathir adalah
ahli Parlimen kawasan kami, Kubang Pasu, sejak 1974.

Dalam pilihan raya 1969, Setiausaha Agung Umno dan Menteri
Penerangan, Senu Abd Rahman kalah di tangan calon Pas, juga di
konstituensi kami. Saya masih ingat lagi, seorang rakan abang ipar saya,
pada malam itu, dengan cepat menyanggah: “Aku dapat tahu, Ustaz Fadzil
menafikan khabar Anwar akan masuk Umno. Hubungan Anwar dengan Ustaz
Fadzil, ibarat kuku dengan isi. Jadj, toksah percayalah berita tu.”

Saya merasakan ketokohan Anwar, terutama berpengalaman dan teruji
dalam gerakan Islam, ABIM, juga legasinya bersama pertubuhan mahasiswa,
serta menjadi juara isu-isu rakyat terpinggir, malah dikenali di
peringkat antarabangsa, mampu membantu Pas memulihkan imej dan
prestasinya selepas kalah pada 1978. Partisipasi rakan-rakannya dalam
ABIM untuk terlibat aktif dengan Pas, seperti Ustaz Fadzil, Ustaz
Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, semacam membuka laluan
kepada Anwar untuk terjun sama ke dalam parti Islam.

Namun, Anwar mempunyai perkiraan dan sifir politik tersendiri.
Keputusannya bukan sahaja menghampakan ramai orang tetapi cukup
mengecewakan. Anwar memilih Umno dan Mahathir. Mungkin itu jalan
praktikal untuknya mendaki takhta kuasa yang diidamkan. Pas tidak
berupaya memberi laluan singkat ke puncak.

Saya, seperti penyokong gerakan Islam yang lain, terkedu sedih, pedih
terhiris. Kami yakin Anwar telah memilih jalan yang salah; cita-cita
Islam tidak dapat dicapai melalui kaedah yang batil. Anwar hanya
dipergunakan untuk menyekat gelombang kebangkitan Islam awal abad ke-15
Hijrah. Dia akan berlumuran najis setelah masuk ke dalam tong tahi
walaupun niatnya untuk membersihkan daripada dalam! Paling pokok,
penyertaannya bersama Umno adalah bercanggah dengan kehendak syarak.

ABIM yang dilihat merestui langkah songsang Anwar itu turut mendapat
tempias buruk. Pas menjadi lebih popular di kalangan anak muda,
khususnya mahasiswa. Regim Mahathir-Musa pula hanya mengemukakan Islam
sebagai kosmetik, dan Anwar menjadi alat untuk Umno berdepan kebangkitan
Pas di bawah kepimpinan ulama selepas Datuk Asri Muda dijatuhkan. Saya
menghadiri satu pidato di Gombak, bertajuk Pas tuduh Umno kafir: Anwar
jawab! Dan dalam pilihan raya umum 1982, Anwar bertanding di Permatang
Pauh menentang penyandang daripada Pas, Haji Zabidi Ali, dan menang
bergaya.

Di seluruh negara, Pas hanya menang 5 kerusi Parlimen, empat
daripadanya di Kelantan, satu di Kedah. Serambi Makkah masih kekal di
bawah BN. Di Terengganu, Pas berjaya menang lima kerusi Dun. Namun
begitu, ungkapan Ustaz Hadi Awang menjadi azimat: “Lima kerusi itu
ibarat lima jari yang bila digenggam menjadi satu penumbuk yang kuat!”

Meskipun gagal diterjemahkan dalam bentuk undi yang berkesan pada
hari mengundi, pengaruh dan kekuatan Pas tetap terasa – khususnya bagi
kami, penyokong tegar-fanatik – makin membesar. Majlis-majlis ceramah
dan himpunan dihadiri puluhan ribu orang.

Kepimpinan baru Yusof Rawa menampilkan dua tokoh pemidato, iaitu
Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi. Kelantangan Ustaz Hadi menjadi tarikan
utama. Kampus yang masih terbuka kepada penceramah luar ketika itu
terhampar sebagai pentas untuk Ustaz Hadi menonjjolkan kepetahannya
menundukkan wakil Umno. Kaset ceramahnya begitu laris. Satu daripadanya,
yang saya ingat adalah syarahannya di Universiti Pertanian (sekarang,
Putra) Malaysia.

Saya sendiri menyaksikan dalam satu forum politik di Dewan Besar UTM,
wakil Umno seperti diperbudakkan oleh Ustaz Hadi. Dewan bergemuruh
dengan sorakan dan laungan takbir. Di lokasi yang sama, Anwar sebagai
timbalan menteri, dicabar oleh puluhan soalan, daripada mahasiswa
beratur panjang yang bersemangat bertanya, termasuk mempersoalkan
langkahnya menyertai Umno. Saya perasan Anwar seperti nampak gelabah dan
beremosi ketika menjawab serangan itu.

Tidak lama kemudian, pentadbiran universiti bertindak drastik
melarang tokoh-tokoh pembangkang daripada menghadiri program dalam
kampus. Maka hilanglah seri menara gading yang sekian lama menjadi wadah
percambahan minda kritis warganya dan platform membincangkan isu-isu
kontroversi secara bebas.

Ketika itu juga, sekitar 1983, mahasiswa semakin ramai mendukung
perjuangan Islam Pas. Identiti dan jatidiri Pas sebagai gerakan Islam
diperkukuhkan. Pengaruh revolusi Islam Iran berkembang pesat dan
menyuntik rasa yakin pemerintahan “jahiliyah” mampu ditumpaskan walaupun
bersandar kuasa besar dunia.

Buku-buku Ikhwan Muslimin dan Jamaat Islami menjadi rujukan.
Pemikiran tokoh-tokoh seperti Hassan al-Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan,
Maududi, disanjung, dikupas dan dihayati. Antara karya yang dihadam
ialah Petunjuk Sepanjang Jalan dan Apa Erti Saya Menganut Islam. Kisah
Imam Khomeini bersenjatakan tangan kosong menjatuhkan regim Shah Iran
juga menimbulkan inspirasi berpanjangan.

Rakan-rakan saya turut meminati buku-buku terjemahan daripada ulama
dan pemikir Iran. Isu Syiah tidak begitu ketara lagi. Tumpuan lebih
kepada mengambil semangat daripada kebangkitan golongan tertindas,
mustadhafin, menentang golongan mustakbirin, penindas.

Saya juga pernah mengikuti program anjuran penyokong revolusi Iran di
sebuah hotel dekat Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di waktu yang sama,
beberapa aksi Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam
Negeri dilihat sebagai anti-Islam, serta menimbulkan kegelisahan,
sehingga ada sahabat-sahabat saya nekad menelefon rumah Musa untuk
menyuarakan amarah mereka!

Ya, walaupun kami masih di tahun-tahun awal pengajian, berusia dalam
lingkungan awal 20-an, berjumlah hanya sekitar 30-40 orang, namun impian
dan harapan adalah untuk mengubah dunia, kembali tunduk menyerah kepada
Allah.

Tiada solusi terbaik kepada segala masalah, kemelut dan krisis di
muka bumi ini kecuali penyelesaian yang dikemukakan Islam. Dan apabila
rakan-rakan saya ini menyertai pilihan raya kampus, motto yang digunakan
mereka semua seragam, iaitu Allah Matlamat Kami. Sokongan pelajar pula
hampir menyeluruh. Kami menang besar.

Di kala Pas kalah teruk dalam pilihan raya umum, tapi di kebanyakan
kampus, “anak-anak Pas” bukan sahaja menguasai Majlis Perwakilan
Pelajar, malah membentuk kekuatan yang dihormati. Ia berjaya menyemai
personaliti yang berakhlak, walaupun terdapat elemen memandang agak
rendah kelompok lain.

Sekitar pertengahan 1980-an, waktu Anwar menjadi Menteri Pendidikan,
hanya Universiti Kebangsaan Malaysia dimenangi kumpulan pelajar
pro-Umno. Kampus-kampus di utara Semenanjung, Universiti Utara Malaysia
dan Universiti Sains Malaysia turut kritikal dengan pemerintah.

Bayangkan, Pas hanya memperolehi satu kerusi Parlimen pada 1986 -Tok
Guru Nik Aziz Nik Mat pun kalah di Bachok – tetapi pengaruh Umno di
menara gading seperti tersudut. Justeru, kami yang terasuh dengan
tarbiyyah Pas, tetap melihat masa depan Islam dengan penuh optimis.
Sekurang-kurangnya masyarakat terpelajar menjadi aset berharga untuk
membentuk masa depan gemilang buat Islam. Itulah keyakinan kami tentang
potensi yang menjanjikan.

Sesuatu yang indah dalam kehidupan berjemaah di kampus adalah jalinan
ukhuwwah yang akrab dan ikhlas. Dan kami diasuh bahawa persaudaraan
yang berpaut erai itu bukannya dirapatkan oleh faktor keturunan atau
keluarga atau kepentingan tertentu, tetapi dinaungi faktor aqidah dan
perjuangan yang satu. Kita boleh sahaja berpisah atau bercerai, walaupun
daripada satu keluarga, jika tidak disatukan oleh asas perjuangan yang
sama. Wah, bersemangat betul ketika itu!

1987. Saya mula berkhidmat dengan Harakah, akhbar rasmi Pas yang baru
mendapat lesen atau permit penerbitan seminggu sekali. Untuk
bulan-bulan awal, staf Harakah tidak mendapat gaji; kami diberi
kemudahan makan percuma. Alhamdulillah, saya yang tinggal serumah
bersama sahabat-sahabat jemaah dikecualikan daripada bayaran sewa dan
keperluan dapur. Malah, ada sedikit sumbangan wang tunai untuk saya,
yang dikumpulkan dari beberapa rakan yang prihatin. Terasa manisnya
persahabatan dan segarnya idealisme yang dikongsi bersama, meskipun
selepas keluar kampus.

Semasa dua tahun bergiat aktif dalam gerakan mahasiswa (1984-86),
saya belajar erti kesabaran demi matlamat yang lebih besar, memahami
perbedaan di antara jemaah, memaksa diri untuk bertolak ansur, mengenali
birokrasi yang dicipta untuk menekan kebebasan, meraikan kepelbagaian
yang nampak menyulitkan tetapi sebenarnya mendewasakan, bekerja keras
dalam tekanan yang tinggi termasuk bergerak solo apabila rakan sepasukan
dihimpit masalah, tidak memandang rendah saingan dan berusaha menangkap
peluang yang melintas laju di hadapan.

Dalam diam, sesama jemaah Islam yang pelbagai itu, rupanya ada rasa
keakuan yang “membunuh”. Usaha menambah keahlian baru juga boleh
menimbulkan sengketa; masing-masing mahu melepaskan pucuk. Apabila ada
rundingan, keputusan bukan ditentukan dalam mesyuarat tetapi harus
dirujuk sepenuhnya kepada pihak di belakang tabir.

Apa pun, bagi saya, ia adalah permulaan satu proses kematangan yang
panjang. Bukankah kampus itu medan atau operasi kepada rantaian
eksperimen, yang tidak seharusnya dikunci oleh pantang larang dosa
pahala semata? Ia gelanggang usaha saling mempengaruhi dan membina
ketrampilan. Jika ada kumpulan merasakan mereka yang terbaik, itu juga
sentimen yang lumrah bagi kelompok idealis.

Masa dan perubahan zaman
adalah penawar paling ampuh untuk merawat “penyakit” itu.

Saya sedikit resah apabila ada pihak mahu memastikan jalur gerakan
mahasiswa terkurung dengan jemaah atau pertubuhan di luar. Mereka hanya
mengaminkan titah ketua yang tidak menghayati idealisme perjuangan
pelajar. Sedangkan, bukankah tabiat anak muda itu ghairah dengan
eksperimen dan siri percubaan?

Apa salahnya memberikan ruang selesa untuk mereka beraksi berani
mencetuskan pembaharuan, biarpun nampak nakal dan sedikit “gila”.
Lepaskan mereka untuk merintis, dan sesekali tersadung atau terjatuh.
Pengalaman, kekhilafan dan kesalahan makin cepat mendewasakan.
Harungilah krisis, kemelut dan konflik. Belajarlah untuk berkomunikasi
dengan semua pihak yang mempunyai pemikiran, idea dan pendekatan
berbeda. Usah hidup di bawah tempurung dan sangkar sempit. Pelangi
warna-warni alam kampus jangan dicat hitam-putih.

Kampus bukan hanya membekalkan pemimpin masa depan atau generasi
intelek yang berkemahiran dan beradab untuk mengisi posisi kritikal di
hari muka. Ia juga berperanan besar menyediakan satu kekuatan
(ketumbukan) luar biasa yang tiada berkepentingan, sebagai penggerak
zaman, pengawas elit penguasa, jurubicara masyarakat yang dipinggirkan,
penggegar pemerintah korup, penyedar rakyat tentang hak dan kewajipan
mereka.

Tentunya peranan penting itu hanya dapat dijayakan semasa masih
bergelar mahasiswa dan sama sekali tidak boleh ditebus selepas
meninggalkan kampus. Jangan menjadi orang tua yang berlagak dewasa dan
matang ketika rakyat mendambakan gerakan anak muda yang nenggelegak
darah dan berkobar semangat mereka. Usah risau, sabarlah, nanti anda
juga akan menjadi tua, dewasa, lebih cermat, terlalu berhati-hati dan
“berpandangan jauh”.

Meskipun saya aktif bersama jemaah Pas di kampus, semasa menerajui
Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (PMUTM), saya membuka
peluang kepada pimpinan ABIM – yang dilihat rapat dan dekat dengan
Umno-Anwar – untuk mengisi program kami. Nampak seperti biasa sahaja,
tetapi ia sebenarnya memecah adat. Saya dianggap “budak Pas” yang keras
kepala, degil dan tidak bertolak ansur dengan pentadbiran universiti,
terutama dalam menangani isu kontroversi ketika itu, pengharaman purdah,
namun ia tidak menghalang saya untuk kerap berbincang dan
bertukar-tukar pandangan dengan Naib Canselor, Tan Sri Ainuddin Wahid
dan timbalannya, Prof Anuar Maarof. Selalunya saya bertamu di pejabat
mereka selepas solat Asar.

Anuar pernah menghadiahkan buku tentang militan Islam. Itu pada tahun
1985. Dia menasihatkan saya jangan bersikap terlalu keras seperti Ikhwan
Muslimin di negara Arab. Belajarlah, tambahnya, daripada pengalaman
Nusantara dan tokoh-tokoh Islam Indonesia.

Anuar juga mencadangkan saya menelaah kitab Buya Hamka, Tafsir Azhar
dan bukan hanya merujuk karya Syed Qutb. Ainuddin, yang mesra dipanggil
Bapak Tan Sri, semasa diwawancara wartawan Harakah, sekitar 2006,
melahirkan rasa pelik dengan watak saya, “Lutfi tu nampak aja lembut dan
mudah berbincang, tapi keras masa dia pimpin persatuan siswa dulu.”
Saya hanya mampu tersenyum bila diberitahu begitu,Namun begitu, pengalaman kewartawanan saya, bermula sebagai pemberita
sambilan untuk tabloid polbitik, seperti Mingguan Tanahair, dan kerap
menulis untuk Watan dan Mingguan Bumi sekitar pertengahan 1980-an,
kemudiannya didisiplinkan lagi semasa menjadi warga Harakah pada 1987,
mengajar saya untuk menjadi lebih kritis, sering bertanya dan meragui
khabar yang diterima, mempastikan dan berusaha mengesahkan info yang
dimaklumkan.

Selain itu, saya diasuh untuk meneliti dan menekuni pelbagai sudut
pandang sebelum merumuskan. Sekiranya timbul juga keraguan tetapi perlu
membuat keputusan segera, maka dengarlah apa kata hati kecil atau
nurani. Lebih baik untuk tidak menyiarkan berita yang dicurigai
kebenarannya, walaupun datang daripada pimpinan tertinggi parti.

Ya, benar, saya ada pengalaman tersendiri, apabila siarkan juga
khabar yang disangsikan kerana dimaklumkan oleh seorang pemimpin yang
rapat, dan nurani saya berbisik untuk menolaknya, tetapi kerana “malu
alah” saya siarkan juga. Akhirnya, terbukti berita itu hanya propaganda
dan saya berasa bersalah untuk tempoh yang lama. Kadang-kadang kita
takut menggunakan neraca logika mudah dan pertimbangan rasional
semata-mata kerana menurut arahan pihak atasan.

Benar kata beberapa teman penulis, bahawa saya bukanlah seorang
editor yang baik untuk lidah rasmi parti seperti Harakah. Bagi mereka,
ketua pengarang organ parti hanya menerima satu arahan, iaitu daripada
pimpinan parti dan tiada dolak-dalik lagi. Sedangkan saya, tambah
mereka, banyak pula karenahnya, apatah lagi saya turut aktif
memperjuangkan kebebasan akhbar.

Ada kalanya, dilihat pertimbangan kewartawanan melebihi kepentingan
atau muslihat (strategi) politik parti (atau tokoh tertentu). Misalnya,
menjelang PRU13, saya pernah mengabaikan arahan pimpinan tertinggi
Harakah agar tidak menyiarkan di muka depan, foto perdana menteri
memegang bahu bekas ratu cantik yang terdedah. Saya mempersoalkan rakan
wartawan yang memaklumkan perintah itu kepada saya, “kenapa bos tak
arahkan terus kepada saya, boleh juga saya bertanya kenapa tak boleh
siar, sedangkan gambar itu eksklusif untuk Harakah”.

Sejurus selepas disiarkan, bos besar itu segera menelefon saya, marah
dengan keengkaran saya itu. Saya hanya memohon maaf tidak mahu
memanjangkannya sambil memberi jaminan perkara seumpama itu tidak akan
berulang. Dalam diam, saya memegang prinsip, “lebih baik minta maaf
daripada minta izin!”

Saya juga membuat pertimbangan sendiri dalam pemilihan berita,
susulan Langkah Kajang bagi mengenepikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim. Pergeseran Pas dengan Keadilan nampak ketara. Serang
menyerang berlaku secara terbuka.

Hubungan Pas dan PKR putus secara rasmi pada muktamar 2017.

Dalam satu majlis tertutup, yang dihadiri 5,000 orang, dekat Rusila,
Terengganu, Ustaz Hadi melemparkan kritikan keras, dan agak personal,
terhadap Presiden Keadilan, Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menafikan
kelayakan Ketua Pembangkang itu sebagai calon pengganti Khalid. Wakil
Harakah Terengganu menghantar transkrip ucapan Ustaz Hadi itu. Pelik
juga, taklimat dalam majlis tertutup mahu dihebahkan seluas-luasnya.
Saya cuba menyemak program itu dalam youtube.

Suasananya nampak seperti
dalam majlis terbuka. Saya merasakan kandungan ucapan Presiden Pas itu
tidak sesuai disiarkan kerana boleh mengundang perpecahan lebih serius
dalam barisan oposisi.

Dalam hati saya terlintas, kalaupun Pakatan
Rakyat akan bercerai-berai, janganlah ia berpunca daripada Harakah.
Biarlah ia menjadi viral dalam media sosial, namun organ parti tidak
perlu menyebar-luaskan lagi.

Satu lagi insiden, yang membuktikan saya bukan editor Harakah yang
baik, adalah liputan muktamar Pas 2014 di Batu Pahat. Saya tidak pasti
bagaimana bentuk laporan “doa laknat” yang dibacakan oleh perwakilan
Wilayah Persekutuan, seorang ulama. Rasanya ia tidak ditonjolkan kerana
aksi melampau itu begitu memalukan.

Wakil Kuala Kedah yang secara spontan bangun menegur cara perbahasan
berselindung di sebalik doa itu, dihalang oleh pihak keselamatan, walhal
Pengerusi Tetap muktamar belum membuat apa-apa ruling. Namun, apa yang
pasti, ucapan penggulungan presiden – yang kontroversi dengan ungkapan
barua, broker – yang saban tahun disiarkan Harakah secara penuh, kaki
itu hanya dibuat berita ringkas.

Saya masih ingat, dalam mesyuarat editorial di bilik kerja Pengarah
Urusan, saya mencadangkan agar ucapan penuh amarah presiden itu, tidak
disiarkan secara verbatim, kerana ia boleh mendorong kepada suasana
lebih gawat dan memburukkan lagi keadaan.

Saya menerima teguran, “susahlah kalau ucapan presiden dalam muktamar
pun mahu disekat dan digelapkan oleh akhbar parti sendiri.”

Saya yang diamanahkan sebagai ketua pengarang Harakah pada awal 2006,
selepas dipindahkan daripada akhbar Siasah, cuba membuat beberapa
perubahan, antaranya dengan memuatkan temubual panjang tokoh-tokoh bukan
Pas, malah bukan daripada kalangan politikus pun. Misalnya, Tan Sri
Ainuddin Wahid, Prof Emiritius Abu Bakar Hamid dan Tan Sri Basir Ismail.

Selain itu, saya mempelawa beberapa pimpinan DAP dan Keadilan untuk
menjadi kolumnis, selain pemikir bebas Wan Saiful Wan Jan. Agak
mengejutkan, sebaik tersiar tulisan pertama Nurul Izzah Anwar, sudah ada
bantahan serius daripada Muslimat Pas. Aneh juga, mengapa perlu protes,
Nurul Izzah bukannya mengambil ruang orang lain. Dan kami bersedia
untuk menghamparkan peluang kepada pemimpin Muslimat Pas jika mereka
berhasrat untuk menulis.

Malang sekali, itulah kali pertama dan terakhir Nurul Izzah menulis
walaupun sambutan pembaca baik sekali. Kolum pemimpin muda DAP, Liew
Chin Tong bertahan lama tetapi sering mendapat rungutan terutama apabila
menyinggung isu-isu sensitif, seperti hudud, hak non Muslim dan
sebagainya. Ruang tetap rakan saya, Lim Hong Siang ada kalanya turut
dikritik tetapi saya mempertahankannya. Hujah saya mudah, daripada
kedua-dua kolum Liew dan Lim itu, kita mendapat maklum balas respons
masyarakat bukan Islam terhadap Pas. Kalau ada yang mahu mengkritik
kolum tersebut, silakan menulis, Harakah pasti menyiarkannya. Tetapi
haruslah bersedia jika berlaku polemik berpanjangan.

Hayat kolum Wan Saiful tidak panjang kerana ada keputusan muktamad
bagi menamatkannya dari pihak atasan, walaupun jelas ia didorong oleh
sentimen lama yang hanya difahami oleh orang-orang tertentu sahaja.
Walaupun perubahan kecil untuk memperbaiki citra dan kandungan Harakah
menemui sedikit kesulitan, namun saya tidak menyalahkan pimpinan Pas
sepenuhnya. Ia satu cabaran yang menggalakkan saya kebih kreatif.

Di mana-mana juga penerbitan akhbar, apatah lagi organ parti, akan
berdepan pelbagai rintangan, hambatan dan pantang-larang. Malah,
sesungguhnya, di atas segala kekangan itu, saya mengangap pemimpin Pas
secara umumnya masih menghormati kebebasan ketua pengarang. Namun
begitu, suasana selesa dan kondusif itu hanya dibenarkan sehingga hujung
tahun 2014, berbetulan sehingga khidmat saya ditamatkan.

Apa pun saya yakin, faktor yang lebih penting adalah sikap editor itu
sendiri: apakah dia bersedia untuk menurut apa jua arahan tanpa
soal-jawab, ataupun bersikap kritis dan berdiri atas profesionalisme
kewartawanan tetapi masih bertanggungjawab untuk memajukan parti.

Alhamdulillah, saya agak lega meniti detik-detik sukar ketika Pas
mula retak sekitar hujung 2014. Tempoh meruncing itu datang sewaktu
kesihatan saya merosot dengan begitu teruk. Kualiti penglihatan
menjunam, pandangan kabur sehingga hampir tidak mampu membaca sama
sekali. Kadang-kadang terpaksa dituntun untuk berjalan, terutama apabila
pendarahan berlaku pada kedua-dua mata.

Masa sama, kegagalan buah pinggang sudah di tahap serius. Fungsi
ginjal jatuh di bawah 12 peratus. Kerap muntah, mual, dan pening yang
kuat. Payah untuk bergerak, apatah lagi untuk memandu ke pejabat. Saya
seperti berada dalam dunia tersendiri, halusinasi. Mendengar berita TV
pun sudah merimaskan. Berat badan menurun 20kg. Selera makan terpadam.
Lidah terasa bagai ada logam, tanda toksik berkumpul dalam badan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7262871021820044493.post-13181331518276399872017-02-26T20:48:00.004+08:002017-02-26T20:51:11.649+08:00Membebaskan media, minda sama sukar sama sunyi

Oleh Al-Abror Mohd Yusuf

Mengapa perlu buku setebal lebih 800 muka surat untuk sebuah buku tentang Ahmad Lutfi Othman dan hal sekitar kebebasan media?

Judul Lorong Sunyi Media Bebas memang agak menjanjikan, terutama di
kalangan seseorang yang pernah - atau masih - bergelumang dengan dunia
kewartawanan atau persuratkhabaran.

Selain itu mungkin hanya orang yang berminat kepada dunia berkenaan
yang ingin mengetahui apa yang terkandung dalam buku ini. Juga sesiapa
yang mengenali nama Ahmad Lutfi yang terkenal itu.

Lorong Sunyi Media Bebas dibidani sebagai suatu 'hadiah' kepada bekas
ketua pengarang Harakah yang terlibat selama 30 tahun dalam dunia
kewartawanan.

Keuzuran membuatkan buku ini diusahakan oleh "rakan-rakan Ahmad Lutfi" yang karib.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dipisah-pisahkan pula oleh bab berasingan.

Bahagian pertama memuatan dua temu bual agak panjang bersama Ahmad
Lutfi, manakala kedua berisi 54 rencana daripada 54 penulis berbeza yang
bercerita mengenai Ahmad Lutfi.

Beberapa bab (entah mengapalah agaknya ia diberi nama "bab" bagi
memisahkan seorang penulis dengan penulis lain) awal memang menggiurkan.

Bermula dengan prakata oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, tulisan awal bahagian kedua itu dengan mudah mengasyikkan.

Penulis terlalu ramai

Sebahagiannya memberikan gambaran dan maklumat awal mengenai Ahmad
Lutfi dan kesukaran - serta kegigihannya - memperjuangkan kebebasan
media.

Janet Steel misalnya menghidangkan tulisan yang santai, selesa dan
bersahaja tapi tetap memberitahu banyak tentang Ahmad Lutfi. Malah dari
sisi tertentu tulisannya begitu terasa berbeza berbanding penulis lain.

Melalui pertemuan Janet dan Ahmad Lutfi, pembaca diberitahu bahawa
sebahagian wartawan media arus perdana "tidak ada semangat dan keinginan
untuk berjuang".

Ia mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang tetapi hal yang sudah disedari sejak sekian lama oleh sebahagian yang lain.

Janet juga bercerita bagaimana Ahmad Lutfi sendiri mendedahkan "orang politik, secara umumnya" tidak suka kepada media bebas.

Selepas itu ada beberapa nama lain menulis mengenai Ahmad Lutfi,
seperti Zin Mahmud, Noor Azam Shairi, Shahbudin Husin, Helmi Khalid dan
anak Ahmad Lutfi sendiri, Ahmad Luqman Hakim.

Jumlah penulis yang terlalu ramai itulah masalahnya, kadang-kadang.
Selain cara penyampaian yang sesekali amat lewah, pengulangan beberapa
maklumat berkali-kali agak mengganggu.

Ia
kira-kira sama seperti 'keluhan' Ahmad Lutfi ketika dia dikunjungi
ramai orang selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA).

Kerimasan Ahmad Lutfi ialah kerana dia terpaksa bercerita hal-hal yang sama berulang-ulang kepada orang yang berbeza.

Limpahan penulis yang - barangkali - diundang menyiapkan Lorong Sunyi
Media Bebas menjadikan beberapa maklumat sama diceritakan berkali-kali
oleh penulis yang berlainan.

Antaranya mengenai kegigihan Ahmad Lutfi menerbitkan majalah dan
tabloid tidak berkala, berlawan dengan kehendak Kementerian Dalam
Negeri, menguruskan pejabat di Medan Idaman di Gombak dan menguruskan
Harakah.

Dan kebiasaannya rencana yang pendek dan ringkas itu jauh lebih
'sedap' berbanding tulisan meleret-leret dan lewah. Pada bab (saya masih
terganggu dengan penggunaan "bab" dalam buku ini) tertentu penulis
kelihatan seperti mahu bercerita lebih tentang dirinya sendiri
berbanding Ahmad Lutfi.

Namun kebosanan itu diselamatkan pada bab yang lebih terkemudian. Ada
beberapa cerita dan sisi menarik diceritakan. Misalnya mengenai detik
Ahmad Lutfi ditahan di Balai Polis Brickfields (oleh Zul Mohamad) serta -
hal yang penting - mengenai hubungan antara watak itu dengan
allahyarham Tan Sri Azizan Razak (oleh Helmi Khalid).

Semangat membaca kembali ada

Bahagian ketiga pula rasanya akan digemari oleh sesiapa saja yang suka kepada tulisan Ahmad Lutfi.

Ia memuatkan 24 petikan rencana ditulisnya pada masa terpilih. Antara
isu disentuh Ahmad Lutfi yang dipilih dimuatkan pada buku ini ialah
tentang isu majalah Detik dan Wasilah, ketokohan allahyarham Datuk
Fadzil Noor, penggantungan Harakah serta kesan penahanan ISA.

Beberapa tulisan mengenai Ahmad Lutfi yang pernah tersiar dalam media
pula mengisi bahagian keempat buku Lorong Sunyi Media Bebas ini.

Bahagian kelima pula berisi empat "analisis teman-teman" Ahmad Lutfi
mengenai isu kebebasan bersuara yang memang menjadi perjuangan utama
bekas Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia
itu.

Ia boleh memarakkan semula minat pembaca yang tidak hanya terikat
dengan tulisan Ahmad Lutfi semata-mata. Misalnya rencana Taufek Yahya
tentang perubahan Harakah daripada suara rakyat menjadi suara sejati
parti dan bahaya tiadanya "naluri lawak" kerajaan (oleh Zunar).

Bahagian keenam pula memuatkan dua temu bual media dengan Ahmad Lutfi
yang bercakap mengenai nasib majalah Detik yang diusahakannya serta isu
Anwar Ibrahim.

Terakhir pada bahagian ketujuh memaparkan "pengalaman berkaca" Ahmad
Lutfi menulis dan menerbitkan buku politik. Bermula daripada bab pertama
buku hasil Penerbitan Pemuda ini ditutup oleh bab ke-104. Ya, bab
ke-seratus-empat!

Biasalah. Hidup yang panjang akan ada cerah redupnya, panas dan
hujannya. Begitu juga Lorong Sunyi Media Bebas ini - ada sedap dan
asyiknya, tapi ada juga sedikit bosan dan deranya.

Namun
secara umum Lorong Sunyi Media Bebas ini berbaloi untuk didapatkan dan
dibaca.

Ketika kesihatan Ahmad Lutfi masih tetap tidak mengizinkan, buku
ini dapat mendekatkan pembaca dengan susuk terpuji dan kental ini.

Ahmad Lutfi bukan saja berdepan dengan kerajaan sepanjang kerjayanya
bergelar penulis dan wartawan, malah dihadapkan juga dengan kekangan
parti yang selama ini dibanggakan ramai orang.

Lorong Sunyi Media Bebas bukan saja tentang membebaskan media di
negara ini, malah memberi pencerahan tentang hal-hal yang banyak belum
diketahui umum, terutama pada era WhatsApp, Facebook, Twitter dan
Instagram mewabak kini.

Ia memang berbaloi untuk dimiliki.

Bagi sesetengah pembaca pula, Lorong Sunyi Media Bebas adalah seasyik
mengunyah nasi Arab disediakan isteri Ahmad Lutfi, Siti Hawa Samsam.

Judul: Lorong Sunyi Media Bebas Ahmad Lutfi Othman

Penerbit: Penerbitan Pemuda (Mei 2016)

Halaman: 831 muka surat

Harga: RM45Unknownnoreply@blogger.com0