Monday, September 24, 2018

Selagi AMANAH tidak menang di Kelantan, Terengganu …

Sekitar jam 5 pagi. Menjelang Subuh, Sabtu, 22 September. Saya terbangun selepas mendapat cukup rehat susulan rutin dialisis yang meletihkan pada sore tadi.

Sempat menatap mesej yang masuk, sebelum ke bilik air. Dua tiga teman memaklumkan mereka dalam perjalanan ke Temerloh. Menghadiri sambutan ulangtahun ketiga Parti Amanah Negara di kampung pahlawan bangsa.

Baca Seterusnya......

Friday, September 21, 2018

Apa salahnya Umno-Pas berpakat?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Tidak pasti bagaimana ia bermula, tetapi Muktamar Pas baru-baru ini mengesahkan hubungan intim parti berkenaan dengan Umno bukan rahsia lagi, apabila Presiden parti yag pernah menerajui kerajaan lebih enam dekad itu, Ahmad Zahid Hamidi bersama pimpinan tertingginya hadir memenuhi jemputan.

Sudah pasti bibitnya bukan baru mula bertunas dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis atau Seri Setia, malah ia diintai lebih awal lagi, mungkin sejak pasca pilihan raya umum 2008, yang merakamkan tsunami politik tidak terduga.

Baca Seterusnya......

Saturday, September 15, 2018

Nota 9 Mei yang tertangguh, Revolusi Tanpa Darah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Sejak tarikh keramat PRU14, 9 Mei 2018, saya seperti kehilangan kata-kata. Bukan disebabkan begitu teruja atau terkejut dengan keputusan rakyat yang menghukum regim 61 tahun Umno, tetapi keuzuran berpanjangan menghalang saya untuk turut memberi respons terhadap peristiwa penuh bersejarah itu.

Selain kualiti penglihatan yang merosot teruk, rutin tiga kali seminggu dialisis juga cukup melesukan. Hampir tiga tahun saya tidak lagi membaca akhbar edisi cetak. Dalam tempoh hampir sama juga saya meninggalkan kelaziman menonton berita TV jam 8 malam. Saya membeli buku terakhir lebih dua tahun lalu, dan balutan plastiknya masih belum dibuka hingga kini. Dalam tempoh itu saya berjaya menyiapkan dua buku politik, tentang Parti Amanah Negara dan faktor Dr Mahathir Mohamad menjelang PRU14. Pastinya ramai sukar percaya bahawz buku-buku terbitan Februari 2018 dan April tahun sama itu, belum lagi mampu saya baca naskhahnya kecuali dalam bentuk PDF.

Baca Seterusnya......

Monday, May 7, 2018

Buat rakan-rakan Pas: Manfaatkan undi untuk pulih negara

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Tinggal berbaki dua hari sahaja lagi untuk mengundi. Alhamdulillah, suasana nampak berjalan seperti biasa. Kempen PRU14 stabil, tiada insiden besar berlaku.

Himpunan dan rapat umum raksasa Pakatan Harapan nendapat sambutan luar biasa di mana-mana. Tapak lokasi sesak dan sendat. Siaran langsung FB mencecah hampir 100,000 penonton.

Sementara itu, masih terbuku kerisauan dan kegelisahan, bahawa kemenangan yang diimpikan mungkin tertangguh lagi. BN mampu kekalkan kuasa walaupun ia di pihak minoriti.

Baca Seterusnya......

Sunday, May 6, 2018

4 soalan kepada Adam Adli tentang Mahathir

Makalah ringkas ini cuba menyelami polemik berkaitan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan pengerusi gabungan pembangkang

ADAM ADLI ABDUL HALIM, aktivis gerakan anak muda yang dikenali ramai sejak zaman mahasiswa, dipilih untuk mewakili suara generasi baru yang kritikal dengan agenda reformasi dan perubahan.

Baca Seterusnya......

Saturday, May 5, 2018

Bagaimana Anwar boleh maafkan Mahathir?

Perjalanan politik Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjadi perhatian ramai. Setiap gerak dan aksinya ditafsirkan, serta memberi impak besar kepada negara. Sosok ini ternyata dihormati, digeruni, diwaspadai dan tidak kurang dibenci.

Baca Seterusnya......

Wednesday, May 2, 2018

Peralihan kuasa secara lancar, tanpa riuh-rendah

Oleh Ahmad Lutfi Othman'

Sejak hari penamaan calon, kudrat saya terjejas. Sekadar perhati perkembangan kempen PRU14 dari jauh.
Memang agak sukar untuk buat penilaian menyeluruh dalam keadaan undi tolak-BN berpecah, khususnya apabila Pas berusaha menarik keluar sokongan pembangkang.

Namun begitu, nurani saya berbisik, mungkin BN bakal tumbang dalam situasi ramai menjangka Najjb Razak dapat kekalkan kuasa.

Baca Seterusnya......

Saturday, April 28, 2018

Pas memang kingmaker, pastikan Umno-BN kekal berkuasa

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Dua buku yang saya hasilkan dalam tempoh dua bulan mencerminkan kerisauan saya terhadap senario politik tanahair.

Memang berlaku gelombang kebangkitan rakyat termasuk di kawasan kubu tradisi Umno, khususnya di kampung dan penempatan Felda.

Umno berdepan keretakan besar apabila Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja keluar parti dan menubuhkan Bersatu, tetapi hampir setiap malam menjelajah segenap pelosok negara berkempen untuk menjatuhkan regim korup Najib Razak.

Baca Seterusnya......

Wednesday, April 25, 2018

Najib dibayangi tirai besi

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kolum ini lama tidak terisi dengan komentar segar. Dua kali tulisan pemanas badan dikutip daripada buku Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.

Memang sudah terlalu lewat untuk saya memulakan. PRU14 sekitar dua minggu sahaja lagi. Namun, langsung tidak mempedulikan momen terpenting untuk bersama-sama merakam sejarah baru buat tanahair tercinta lagilah merupakan sikap tercela.

Baca Seterusnya......

Thursday, April 19, 2018

Sedih dan pilu bila Pas berkrisis

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Memang sedih dan pilu menyaksikan parti Islam yang saya dokong sejak zaman sekolah rendah lagi digugat konflik dan krisis dalaman yang parah.

Cuma saya rasa agak lega kerana terhindar daripada dilema menjadi ketua pengarang Harakah susulan saya bercuti sakit, dan kemudiannya dipindahkan ke posisi lain, iaitu unit latihan kewartawanan.

Tidak dapat bayangkan, bagaimana harus saya membuat pilihan tepat untuk mengisi halaman akhbar apabila berlaku percanggahan pendapat sesama pimpinan, yang mendedahkan kelemahan ketara parti.

Baca Seterusnya......

Wednesday, April 18, 2018

Sikap saya terhadap Pas dan Amanah

BAHAGIAN PERTAMA
Sehingga 2015, bermula daripada pertengahan 1970-an, apabila minat siyasah saya berputik, saya tidak pernah terfikir untuk menyokong mana-mana parti politik, selain Pas.

Saya pernah memberitahu Dr Janet Steele, sarjana media Universiti George Washington, Amarika Syarikat, yang membuat kajian khusus tentang jurnalisme dan politik Islam di Asia Tenggara, berdasarkan kes antara lain, Harakah, bahawa sokongan terhadap Pas bukan pilihan saya, tetapi ia merupakan satu kewajiban dan tuntutan agama.

Selemah mana pun Pas, saya tidak terfikir untuk memilih parti lain. Alasan tunggalnya kerana Pas satu-satunya parti Islam yang ada. Titik.
Baca Seterusnya......