Monday, September 24, 2018

Selagi AMANAH tidak menang di Kelantan, Terengganu …

Sekitar jam 5 pagi. Menjelang Subuh, Sabtu, 22 September. Saya terbangun selepas mendapat cukup rehat susulan rutin dialisis yang meletihkan pada sore tadi.

Sempat menatap mesej yang masuk, sebelum ke bilik air. Dua tiga teman memaklumkan mereka dalam perjalanan ke Temerloh. Menghadiri sambutan ulangtahun ketiga Parti Amanah Negara di kampung pahlawan bangsa.

Baca Seterusnya......

Friday, September 21, 2018

Apa salahnya Umno-Pas berpakat?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Tidak pasti bagaimana ia bermula, tetapi Muktamar Pas baru-baru ini mengesahkan hubungan intim parti berkenaan dengan Umno bukan rahsia lagi, apabila Presiden parti yag pernah menerajui kerajaan lebih enam dekad itu, Ahmad Zahid Hamidi bersama pimpinan tertingginya hadir memenuhi jemputan.

Sudah pasti bibitnya bukan baru mula bertunas dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis atau Seri Setia, malah ia diintai lebih awal lagi, mungkin sejak pasca pilihan raya umum 2008, yang merakamkan tsunami politik tidak terduga.

Baca Seterusnya......

Saturday, September 15, 2018

Nota 9 Mei yang tertangguh, Revolusi Tanpa Darah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Sejak tarikh keramat PRU14, 9 Mei 2018, saya seperti kehilangan kata-kata. Bukan disebabkan begitu teruja atau terkejut dengan keputusan rakyat yang menghukum regim 61 tahun Umno, tetapi keuzuran berpanjangan menghalang saya untuk turut memberi respons terhadap peristiwa penuh bersejarah itu.

Selain kualiti penglihatan yang merosot teruk, rutin tiga kali seminggu dialisis juga cukup melesukan. Hampir tiga tahun saya tidak lagi membaca akhbar edisi cetak. Dalam tempoh hampir sama juga saya meninggalkan kelaziman menonton berita TV jam 8 malam. Saya membeli buku terakhir lebih dua tahun lalu, dan balutan plastiknya masih belum dibuka hingga kini. Dalam tempoh itu saya berjaya menyiapkan dua buku politik, tentang Parti Amanah Negara dan faktor Dr Mahathir Mohamad menjelang PRU14. Pastinya ramai sukar percaya bahawz buku-buku terbitan Februari 2018 dan April tahun sama itu, belum lagi mampu saya baca naskhahnya kecuali dalam bentuk PDF.

Baca Seterusnya......