Perjalanan politik Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjadi perhatian
ramai. Setiap gerak dan aksinya ditafsirkan, serta memberi impak besar
kepada negara. Sosok ini ternyata dihormati, digeruni, diwaspadai dan
tidak kurang dibenci.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat
mungkin orang yang sesuai, bukan sahaja untuk membuat pengamatan lebih
menyeluruh terhadap penampilan semula Mahathir, tetapi beliau juga rapat
dengan bekas seteru ketatnya, Anwar Ibrahim. Ada cerita di sebalik
tabir yang yang mahu dikongsinya.
Ikuti perbualan Ahmad Lutfi Othman bersama Saifuddin dalam
kesibukannya menguruskan parti dan mengatur kempen PRU14. Saifuddin
menjadi saksi mata dalam momen penting pertemuan Mahathir dan Anwar,
yang kemudiannya mengikat persefahaman strategik, dalam usaha menubuhkan
kerajaan baharu.
Wawancara eksklusif ini dipetik dari buku Mengapa Mahathir? yang
disusun Ahmad Lutfi, dan diterbitkan khusus untuk menjelaskan kekeliruan
terhadap faktor Mahathir yang menjadi pertikaian banyak pihak.
Bagaimana boleh timbul cadangan agar Tun Dr Mahathir Mohamad
dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan kemudiannya
dicalonkan sebagai perdana menteri jika BN dapat dikalahkan dalam PRU14.
PH bukan pakatan sentimental tapi pakatan yang pragmatik untuk
tumbangkan kerajaan kleptokratik. Kita perlu sertai PRU14 dengan satu
calon PM. Malangnya calon kita Datuk Seri Anwat Ibrahim (DSAI) di
penjara. Jadi secara konsensus kami setuju Tun Mahathir dicalonkan
sebagai PM kerana rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu masih suka
kepada Tun.
Mahathir sering diingati kerana rekodnya sebagai PM selama 22
tahun. Di sebalik kejayaannya, banyak pula tindakan beliau yang
kontroversi, baik dari segi politik, seperti langkah autokratiknya
berdepan musuh dalaman Umno, misalnya dengan Musa Hitam dan Anwar
Ibrahim, ataupun pemimpin pembangkang, misalnya dengan menggunakan ISA,
Operasi Lalang 1987; dasar-dasar ekonomi yang mengutamakan kenalan dan
kroni, juga konsep penswastaan yang membebankan rakyat, misalnya konsesi
tol dan janakuasa bebas; pemusatan kuasa, mencabuli kebebasan kehakiman
dan pindaan akta drakonian; dan lain-lain lagi. Isu-isu lampau ini
dijadikan hujah untuk terus menolak Mahathir sebagai Pengerusi PH dan
calon PM. Apa komentar sdr.
Kita tidak boleh merubah perkara lepas. Buruk baik perbuatan Tun
Mahathir sepanjang menjadi PM, apa lagi 22 tahun, sudah tentu memberi
kesan besar terhadap rakyat dan negara. Buat kami dari Keadilan juga
begitu. Peristiwa politik 2 September 1998 sukar dilupa. Namun kita
boleh saling memaafkan. Hanya dengan berbuat begitu, kita boleh bergerak
ke hadapan. Dan itulah yang sedang kami lakukan.
Rekod Tun boleh dinilai daripada dua sudut, baik dan buruknya. Tun
mulakan kerajaannya dengan nenerapkan nilai-nilai Islam, kebersihan,
punctuality/ punch card/ seragam waktu Malaysia Timur dan Barat, name
tag, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, dan lain-lain lagil.
Tun mulakan penswastaan bagi melahirkan golongan pertengahan dan
usahawan Melayu. Projek lebuh raya, pelabuhan, janakuasa, penerbangan,
telekomunikasi dan sebagainya diswastakan dengan dua objektif. Pertama,
melahirkan kelas nenengah usahawan Melayu. Kedua, mengurangkan hutang
kerajaan. Tanpa penswastaan mungkin tidak ada Melayu yang menjadi
usahawan dan jutawan hari ini. Tidak siapa yang boleh menafikan bahawa
gandingan Mahathir sebagai PM dan Anwar sebagai Menteri Kewangan dan
TPM, tercatat sebagai zaman paling gemilang hingga Malaysia diiktiraf
sebagai tiger ekonomi. Malaysia catat tujuh tahun surplus budget,
reserve negara paling tinggi, inflasi rendah dan pertumbuhan ekonomi di
atas enam peratus. Peruntukan kepada pendidikan antara yang terbanyak,
dan rakyat Malaysia dihantar belajar di seluruh dunia. Ketika itu
peruntukan kepada universiti swam tidak pernah dipotong, tidak ada
PTPTN.
Ya, Tun bersifat “diktator” bila menghadapi musuh politiknya, seperti
Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Anwar. Bagaimanpun semua musuh
pilitiknya kembali bersama beliau dan kini Anwar juga bersama beliau.
Kita jangan lupa rakyat merindui team Mahathir-Anwar untuk mengangkat
semula maruah bangsa dan negara yang kini tersungkur kerana kerajaan
kleptokratik.
Orang ramai mungkin tidak terkejut jika seteru politik lama
Mahathir, seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu boleh
menerima Mahathir. Namun mereka terperanjat menyaksikan Anwar Ibrahim,
Dr Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah dapat bersedia bekerjasama dengan
Mahathir. Mungkin ada cerita yang boleh dikongsikan.
Tun Mahathir pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.
Pertemuan pertama Tun M dengan DSAI selepas peristiwa itu ialah pada 5
September 2016. Lokasinya di bilik saksi Mahkamah Tinggi, Jalann Duta,
Kuala Lumpur.
Saya ada brrsama di situ. Kak Wan dan semua anak-anak kecuali Mohd Ehsan (tinggal di AS) dan cucu-cucu juga berada di situ.
Saya masih ingat, ayat pertama Tun M, “how are you Anwar?
DSAI jawab, “I’m fine, and you, Tun?
Tun M jawab, “baik..”
Tun M kemudian bertanya DSAI, “how is your shoulder. ”
DSAI jawab, “Alhamdulillah, getting better.”
Tun M tanya lagi, “do they allow you to get treatment?”
Dijawab DSAI, “yes they do.”
Bertemu selepas 18 tahun “berperang” sengit, begitu rupanya komunikasi dua tokoh ini!
Perbualan selanjutnya berkisar kandungan afidavit Tun M membantu kes DSAI lawan kerajaan Malaysia isu akta MKN.
Keesokannya, 6 September 2016, saya berjumpa DSAI lagi. DSAI berbisik kepada saya yang dia tidak lena tidur malam tadi.
Saya berseloroh, adakah sebab teruja kembali “berbaik” dengan Tun M?
Dijawab DSAI, “fikiran bercampur baur.”
Adakah kesediaannya menerima Tun M melukakan hati isteri, anak-anak
dan penyokong-penyokongnya. Adakah tindakannya itu betul. Mereka yang
paling terkesan, ujarnya.
Begitulah DSAI yang saya kenali. Senantiasa memikirkan perasaan dan derita orang lain, walhal dirinya sendiri terpenjara.
Saya sempat berpesan, “Datuk Seri, memaafkan itu lebih baik walaupun
sukar. Fikiran akan mjadi lebih tenang dan kita boleh move on.”
DSAI kemudian memeluk erat saya.
Detik yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya di sisinya
saat dia dipecat, 2 September 1998. Saya juga berada di sisinya saat Tun
M dan dia berbaik.
Bermula dari pertemuan itu, saya menjadi saksi bagaimana DSAI, Kak
Wan, Izzah bersungguh-sungguh melupakan sengketa lama. Hal ini penting
kerana selepas Tun M dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia, kerjasama antara parti dan PH menjadi lebih
mudah. Ini kerana PH ialah suatu “coalition of trust”.
Anwar sudah maafkan Tun M sejak 2006 lagi. Tun pun sudah minta maaf
kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kesilapannya masa jadi PM dulu.
Antara kesilapan terbesar Ialah menyuruh Pak Lah lantik Najib. Keluarga
Anwar dididik dalam suasana Islam, tanpa benci dan dendam, sebaliknya
kaya dengan kesabaran dan kemaafan .
Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah faham bahawa dalam konteks politik hari
ini, rakyat perlukan gandingan Tun M dan Anwar untuk menyelamatkan
Malaysia daripada muflis.
Mungkin ramai bersetuju bahawa faktor Mahathir dapat
mendekatkan pengundi Melayu, khususnya di luar bandar kepada PH tetapi
ada yang sangsi kejujurannya untuk melaksanakan perubahan atau
mereformasikan institusi penting negara kita. Sdr pula menilainya
bagaimana?
Pertama kali saya berjumpa Tun M ialah pertengahan 2015 di ofisnya di Perdana Leadership.
Saya berkongsi pengalaman kami dalam Keadilan tentang agenda reform.
Tun M pesimis. Ujarnya, “Najib mesti dijatuhkn dahulu sebelum reform
boleh dijalankan. Lebih baik bekerjasama jatuhkn Najib sebelum kita
bicara perkara-perkara lain, termasuk reform.
Itu sikap Tun M yang saya faham. Namun Tun M setuju reformasi pilihan
raya mesti dilakukan segera. Sebab itu Tun M turun himpunan Bersih5,
dua hari berturut-turut. Berlaku banyak lagi pertemuan saya dan Tun
selepas itu.
Sehinggalah hari bila Tun M secara rasmi menjadi Pengerusi PH dan
calon PM, saya dapati Tun M, pantas belajar dan cepat mengesan bagaimana
komitednya kami rakan-rakan barunya dalam PH bersungguh dengan agenda
reform. Saya percaya Tun M juga begitu.
Sdr berpengalaman menghadiri mesyuarat Majlis Presiden
Pakatan Rakyat dahulu bersama Anwar dan kini dalam mesyuarat Pakatan
Harapan bersama Mahathir. Tentu ada keistimewaan tertentu dua negarawan
tersebut pada pemerhatian sdr.
Ini pengalamn real saya sebagai anggota Majlis Presiden PR dan kini PH.
DSAI mengurus sesuatu perbincangan secara makro. Macro manage,
kata orang putih. Details dan perinciannya sekretariat PR yang urus dan
selesaikan. DSAI mahir dalam menguruskan imbangan kuasa atau political balancing, khususnya Pas-DAP. DSAI mementingkan komunikasi personal dengan key leaders PR sebelum sesuatu keputusan penting yang perlu dibuat dalam Majlis PR.
Sehingga apabila perkara yang sensitif sekalipun dibincang dalam
Majlis PR, iklim perbincangsn menjadi sangat kondusif. Perbincangan
berlangsung tertib dan saling hormat.
Tun M pula seorang pendengar yang baik atau good listener. Tun sabar mendengar setiap hujah dari setiap pimpinan Majlis PH yang ingin berikan pandangan.
Kehebatan Tun ialah bilamana membuat rumusan terhadap perkara yang dibincang, ia disenangi dan diterima semua pihak.
Tun sangat fokus dan details. Dia tahu ke mana mahu dipandu keputusan
mesyuarat. Tun juga sangat berdisiplin. Tiba tepat masa dan tidak
menyentuh telefon bimbit sepanjang mesyuarat!
Setiap kali mesyuarat PH akan akan ada keputusan dan progres. Lihat
sahaja bagaimana PH bersetuju dengan satu simbol. Juga perkara
mendaftarkn PH. Tun sendiri pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan, ROS.
PH menerima banyak kesan baik hasil kepimpinan beliau.
Mahathir juga dibimbangi keupayaannya untuk membina semula
negara yang rosak teruk sekarang ini, disebabkan faktor usia dan
kesihatannya.
Pada usia 93 tahun, saya kagum dengan disiplin penjagaan
kesihatannya. Beberapa kali muncul program bersama beliau, Tun masih
mampu berdiri dan berucap satu jam.
Beliau juga menjaga riadahnya, berkuda dan berbasikal. Fikirannya
tajam. Bila mahukan sesuatu Tun sangat fokus. Benarlah kata orang, umur
itu sekadar angka!
Umur bukanlah ukuran kerana pejuang akan berjuang untuk rakyat dan
negaranya hingga ke akhir hayat. Orang politik saja yang bersara, tetapi
pejuang bangsa tidak pernah bersara. Sama ada mereka ada jawatan atau
tidak, mereka akan tetap berjuang untuk bangsa dan negaranya.
Saya lihat Mahathir dan Anwar memiliki komitmen dan daya juang yg cukup tinggi.
Gandingan Mahathir-Anwar kali ini lebih mantap kerana mereka akan
dibantu oleh ramai reformis dan profesional daripada pelbagai bidang
kemahiran.
Reformasi institusi politik akan menyuburkan demokrasi dan membersihkan imej Parlimen daripada menjadi sarkis yg dipenuhi badut.
Sementara itu, Pas berazam mahu menjadi penentu atau
kingmaker kepada penubuhan kerajaan selepas PRU14 nanti. Bolehkah
pengundi menerima peranan baru Pas itu, dan bertindak menyokong idea
itu?
Ustaz Hadi Awang mahu jadi kingmaker untuk “Cash is King”?
Sebenarnya saya dan ramai rakan-rakann, termasuk dalam Pas juga,
sudah menduga bahawa Pas berpecah bila Tok Guru Nik Aziz meninggal
dunia.
Dengan nencanangkan idea kingmaker, Pas sebenarnya nengakui ketidakupayaannya bersaing dalam PRU14 nanti.
Ahli-ahli Pas sendiri pun sedar jika Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan
Tok Guru Nik Aziz masih hidup, kedua dua mereka kini akan berdiri
sepentas dengan Tun dan Dr Wan Azizah.
Kemenangan PH bukan bermakna segalanya berakhir, sebaliknya ia satu
permulaan perjalanan yang panjang untuk memartabatkan negara ke tahap
yang lebih baik. Selain peranan kerajaan baru, apa pula fungsi terbaik
parti-parti politik, NGO, masyarakat sivil dan rakyat khususnya untuk
sama-sama membina semula tanahair tercinta ini? (BOLD)
Saya impikan sistem dua parti dalam negara kita. Check and balance akan menjadi lebih berkesan.
Institusi demokrasi akan berfungsi sesuai tujuan kewujudannya. Rakyat
akan dapat yang terbaik. Masyrakat sivil bebas berperanan dan
menyumbang.parti-parti politik akan lebih bertanggungjawab.
Rakyat tidak lagi diambil mudah atau take thing for granted. Impian ini hanya dicapai dengan cara Umno kita kalahkan.
Antara idea reformasi Ialah melahirkan demokrasi dua parti seperti mana di negara maju. Kini kita sudah ada PH dan BN.
Sistem dua parti akan kurangkan politiking dalam serba serbi. Dengan
menghadkan tempoh PM dan MB, menjadikan Parlimen sebagai sumber segala
kuasa, hapuskan istilah “pembangkang” dari kamus politik, maka naratif
politik masa depan akan berubah daripada Politic in Malaysia –politik
Melayu, Islam, politik ras dan agama — kepada Malaysian Politik, yakni
politik rakyat Malaysia untuk negara, Malaysia.
No comments:
Post a Comment