Tuesday, January 22, 2013

Banyak lagi proses pembodohan di IPTA; hentikan!

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Kontroversi "video Listen!" menyedarkan kita bahawa proses "brainwashing" dan "pembodohan" masih berterusan di kampus-kampus. Dan ia dilakukan secara terbuka serta dinaungi pihak berkuasa. Lebih mengejutkan, majoriti mahasiswa, seperti dapat dikesan melalui paparan video berkenaan, nampak agak "kebingungan". Seolah-olah mereka bertepuk dan bersorak tanpa mengetahui hujung pangkal.

Terima kasih kepada ledakan teknologi maklumat dan keajaiban dunia komunikasi hari ini yang "secara tidak sengaja" telah mendedahkan  "penghinaan terhadap intelektual anak-anak muda" dan realiti sebenar di menara gading.
Sehingga 21 Januari, pengunjung klip video tersebut di YouTube mencecah lebih 960,000. Sekelip mata, pelajar tahun kedua undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani dikenali ramai dan begitu popular.
Baca Seterusnya......

Thursday, January 17, 2013

HKR: Akhbar Cina, Sinar Harian wajar dipuji; Utusan TV3 kekal primitif

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Harakah edisi Isnin lalu terpaksa dilewatkan penerbitannya bagi mendapatkan liputan terkini Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013. Lazimnya deadline kami, pada Jumaat malam; ada kalanya terlajak sekitar jam 3 pagi Sabtu, malah kadang-kadang sehingga azan Subuh.

Himpunan bersejarah paling aman itu berakhir lebih kurang jam 5 petang Sabtu. Kami perlu bergegas menyiapkan bahan untuk  proses percetakan tidak boleh melewati tengah malam. Saya masih di hotel dekat Pudu Sentral, sehingga jam 6 petang. Mengambil masa berehat sebentar sebelum memulakan tugasan. Malangnya, seorang editor jatuh pitam semasa berjalan balik dari Stadium Merdeka dan proses editing dan rekabentuk tersangkut sehingga 2 pagi.
Rakan-rakan di bahagian pengedaran berhak untuk khuatir jualan merosot jika pembeli menunggu lama sehingga senja Ahad, apatah lagi jumlah cetakan sengaja ditambah.
Baca Seterusnya......

Monday, January 14, 2013

Catatan tengah malam 12 Januari: 'Memang bersih sungguh kali ini'

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Alhamdulillah. Terbukti acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu bertaraf grand finale yang mencipta sejarah.Stadium Merdeka menjadi saksi bahawa gemuruh suara rakyat tidak boleh diremehkan. Mereka benar-benar mahukan perubahan! Dan ia tidak boleh ditangguh lagi.


Lebih penting, ada amaran tersirat: "Pastikan tiada penipuan dan manipulasi dalam PRU13. Hormati segala tuntutan Bersih selama ini."
Segalanya berjalan teratur, lancar dan aman sekali. Malah, ramai berasa selesa dengan ketiadaan kelibat FRU. Ratusan ribu rakyat prihatin bergerak tanpa gangguan. Tekad polis untuk menjadi fasilitator atau pemudahcara boleh dikatakan berjaya.
Tanpa provokasi dan gangguan seperti siri perhimpunan raksasa sebelumnya, Kuala Lumpur tidak bingit lagi dengan tembakan gas pemedih mata atau pertembungan langsung dengan pasukan keselamatan.
Baca Seterusnya......

Friday, January 11, 2013

"Turun tengok masalah kami"

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Jam 2 petang, Rabu, 9 Januari, sebaik  melintasi jalan di hadapan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUM), Cheras, selepas menjalani rawatan rutin dengan Prof Dr Zamrin Dimon, saya dan isteri agak terperanjat apabila sebuah teksi tiba-tiba berhenti mengejut  sambil pemandunya membuka tingkap.

"Sdr Ahmad Lutfi, ya? Ketua Pengarang Harakah?" tanya pemandu, berwajah ceria, mahu kepastian. Apabila saya mengangguk, senyum, beliau terus keluar, meluangkan pintu belakang dan mempelawa saya masuk.
"Saya nak bawa sdr melihat sendiri kawasan perumahan kami. Dan hampir tiga minggu tak ada air. Zalim betul kerajaan. Sdr Lutfi dapat saksikan sendiri susahnya kami," lancar saja dia berbicara.
"Tak jauh pun dari sini, kat Flat Melaka hujung sana, yang penting sdr tengok sendiri ...," tambahnya, separa merayu, sambil tangannya menunjuk ke arah simpang ke Tasik Permaisuri.
Saya berpandangan dengan isteri, Siti Hawa. Kami keletihan selepas menunggu lama tadi. Malah, ada kesilapan kecil semasa mengambil ubat di farmasi menyebabkan terpaksa berulang alik ke klinik yang agak sesak disebabkan dalam proses ubahsuai.
Baca Seterusnya......

Bhagat Singh dan hidup selamanya revolusi!

Oleh  Ahmad Lutfi Othman

Mukadimah: Saya jarang, malah tidak pernah rasanya, menulis khusus tentang filem. Cuma saya pernah menyinggung sepintas lalu filem The Legend of Bhagat Singh, sekitar Ogos 2002, lebih 10 tahun lalu. Berikut adalah tulisan berkenaan:

SEJAK  20 tahun lagi, saya jarang dapat menikmati keenakan menonton filem. Kalau adapun, hanyalah siri pendek drama TV. Untuk terpaku lebih dua jam, apatah lagi menonton filem Hindi selama tiga jam, ianya cukup memenatkan.
Walaupun isteri saya terpaksa membeli VCD Kuch Kuch Hota Hai, sebanyak tiga kali -- kerana yang sebelumnya rosak dan yang lainnya dipinjam orang tanpa dikembalikan -- minat saya langsung tidak terusik.
Apabila dikatakan filem Phir Bir Hindustani dapat menggambarkan mood reformasi, saya cuba menontonnya, tetapi secara melompat-lompat, dan akhirnya merasakan ia tidak lebih dari filem murahan Hindi yang lain.
Baca Seterusnya......

Memburu target 1 juta, tanah Kelantan dan Rahim Noor

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dijadual petang Sabtu depan, 12 Januari 2013, sekitar Stadium Merdeka, nampaknya belum lagi diberi "publisiti percuma" oleh media Umno. Pihak polis pun masih enggan membuka mulut.
Lantaran itu, ada rakan-rakan yang diusik kebimbangan dengan jumlah kehadirannya nanti. Bagaimanapun, saya optimis kali ini, ia bakal mencatat rekod perarakan paling besar pernah disaksikan di ibu kota.Memang targetnya cukup besar. Mengumpulkan satu juta orang. Sasaran yang dikira berpadanan dengan objetif utama perhimpunan, iaitu memastikan tiada penipuan dalam pilihan raya nanti.
Sebelumnya, melalui siri himpunan Bersih sejak 2007, hanya sekitar 100,000 ... dan berjaya. Dalam Bersih 3.0, pada 28 April 2012, dianggarkan hampir suku juta hadir. 
Dilihat gerakerja yang bermula di majlis pelancaran, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan, 3 November lalu, kemudiannya mendapat sambutan meriah di peringkat zon dan negeri, program kemuncak di Kuala Lumpur ini begitu "menjanjikan".
Baca Seterusnya......

2006 Altantuya diletupkan, 2013 siapa pula berkecai diibom Deepak?


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tahun 2013 sudah pasti tahun pilihan raya, tiada keraguan lagi. Semua maklum hal ini. Tarikh PRU13 tidak begitu dibincangkan lagi sekarang. Cepat atau lambat, bedanya tidak ketara, sama sahaja.
Walaupun ramai menjangkakan Parlimen akan dibubar selepas Tahun Baru Cina -- mungkin atas perkiraan pengundi Tionghua yang sukar dijinakkan BN -- tetapi jika Najib Razak terus menganjak sedikit lagi ke depan, saya rasa, tiada siapa yang peduli.

 Setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan BN sudah bersiap sedia sejak lebih setahun lalu, malah mungkin sebahagiannya mula mengadu keletihan dan tidak mustahil ada jentera kempen yang semakin kepupusan sumber.
Namun begitu, tinjauan rambang yang saya lakukan secara tidak sengaja semasa cuti hujung tahun baru-baru ini menunjukkan mood untuk melakukan perubahan sukar digugat lagi.
Baca Seterusnya......